Isu kampus dan mahasiswa tidak pernah surut.
Terbaru pada 25 Jun Timbalan Menteri KPT, Datuk Idris Haron mengumumkan bahawa kerajaan membenarkan syarikat francais seperti Kopitiam, Starbucks dan Dunkin Donuts untuk membuka premis mereka di IPTA. Syaratnya adalah syarikat tersebut perlu mendapat kebenaran daripada Naib Canselor universiti terlebih dahulu dan premis tersebut mestilah dipasang perkhidmatan jalur lebar Wi Fi untuk kemudahan pelajar.
Saya meneliti rasional yang beliau kemukakan.’Menghalang’ mahasiswa melepak jauh ke luar dan kemudahan ‘wireless’ untuk mahasiswa barangkali adalah pokok ngapa?alasan dan asas cadangan beliau. Namun, saya berpendirian kenyataan (dan kebenaran tersebut) tidak perlu di keluarkan pada masa kita.
Asasnya mudah saja. Kesemua syarikat francais yang disebutkan tadi adalah syarikat francais ternama yang sudah tentu harga produk mereka (makanan dan minuman) adalah relatifnya jauh lebih tinggi daripada harga produk makanan dan minuman di kafe-kafe kecil yang lain.
Walaupun mungkin disubsidi oleh kerajaan atau pihak pentadbiran universiti, syarikat-syarikat fransaisee yang mendapat lesen francais daripada firma besar francaisor tadi sukar untuk meletakkan harga yang rendah lantaran kos produk mereka yang tinggi.







Komentar