Sudah ramai rakan-rakan bloggers yang memberi respon tentang isu-isu mutakhir.Isu kenaikan harga minyak adalah antara isu yang menarik perhatian ramai.
Namun, saya ingin mengingatkan rakan-rakan blogger agar tidak menulis semberono atau sambil lewa. Moleklah jika dibuat homework dahulu agar kupasan kita tentang sesuatu isu itu tepat dan substantif. Misalnya item perbandingan harga minyak di antara negara-negara.Ia tidak boleh dibuat secara tangkap muat. Misalnya, membandingkan harga minyak di Malaysia dengan harga minyak di Singapura adalah tidak tepat kerana negara itu tidak mengeluarkan minyak.
Begitu juga dalam soal penentuan matawang untuk perbandingan. Matawang dipengaruhi oleh kekukuhan/ketidak-kukuhan matawang sesebuah negara berbanding negara-negara lain. Banyak perkara yang perlu diambilkira sebelum membuat analisis.
Berkenaan kesan kenaikan harga minyak terhadap mahasiswa, saya masih teruja menantikan keputusan KPT dalam soal ‘Kad Diskaun’. Ia adalah satu cadangan yang sangat baik. Saya berharap agar item yang akan dilibatkan dalam senarai ‘barang-barang boleh di’discount’kan nanti adalah relevan dan bersifat kegunaan mustahak. Misalnya minyak petrol, buku-buku rujukan dan makanan.
Selain itu, pengurusan HEPA UM juga tampil dengan satu lagi idea menarik dan bagus. Bas (Shuttle bus) PERCUMA untuk mahasiswa kampus. Saya ucapkan jutaan terima kasih atas kecaknaan pihak HEPA khususnya dalam mengurangkan bebanan kewangan mahasiswa. Keputusan ini amatlah tepat pada masanya.
Selain itu, saya cadangkan agar semua kafe-kafe di dalam kampus diberikan subsidi agar mereka mampu mengenakan kadar harga yang berpatutan kepada mahasiswa. Caj makanan di kafe-kafe dalam kampus sepatutnya lebih rendah dan berpatutan buat mahasiswa. Misalnya harga makanan di kafe kolej 12. Pentadbiran kolej atau fakulti boleh mengenakan sewa yang rendah kepada pengusaha kantin/kafe dengan syarat harga makanan di kafe mereka adalah lebih rendah daripada harga luar kampus.
Cadangan-cadangan ini boleh dilaksanakan. cuma bagi saya caj sticker kenderaan RM10 kepada semua mahasiswa yang mendaftarkan kenderaan mereka di kampus adalah kurang sesuai.Memanglah amaunnya rendah tetapi caj itu tidak membawa apa-apa erti yang signifikan terhadap kebajikan mahasiswa yang berkenderaan. Saya tidak pasti apa pandangan teman-teman bloggers yang lain.
Untuk makluman rakan-rakan bloggers, saya berkesempatan mengadakan sedikit tinjauan ringkas berkaitan isu ini di kalangan mahasiswa. Saya menggunakan soal selidik dengan persampelan berstrata kerana ia paling sesuai untuk latarbelakang responden yang variatif. Latarbelakang kursus pengajian, jantina dan status penerima pinjaman/biasiswa dan lain-lain aspek adalah seimbang.
Daripada 50 sampel yang diuji, 94 peratus daripadanya tidak setuju dengan kenaikan harga minyak.Hanya 2 peratus yang bersetuju dan 4 peratus tidak pasti. Jumlah yang dominan ini menunjukkan bahawa mahasiswa hampir sepakat tidak bersetuju dengan langkah kerajaan ini.
Selain itu, ada beberapa cadangan dan harapan yang dikemukan oleh responden. 17 responden mencadangkan agar kerajaan pusat yang memerintah ditukar,12 responden pula mencadangkan agar rakyat turun berdemonstrasi dan 11 responden mencadangkan agar kerajaan kaji semula kenaikan harga minyak.
Selain itu ada juga yang mencadangkan agar mahasiswa berniaga/berkerja, mahasiswa ubah gaya hidup, KPT menaikkan kadar pinjaman atau biasiswa dan rebat diberikan kepada mahasiswa yang berkenderaan.
Untuk makluman pembaca,responden yang diuji adalah terdiri daripada mahasiswa pelbagai anutan ideologi politik kampus. Mahasiswa Aspirasi,Pro Mahasiswa dan Bebas diadunkan secara seimbang.
Tinjauan ini adalah sekadar untuk meninjau pandangan rakan-rakan mahasiswa rentetan isu kenaikan harga minyak yang hangat diperdebatkan hari ini. Ia tidak mewakili pandangan penulis.
Apa pula pandangan anda?









yeah..sy dgn sgt 100% stuju menyokong kenyataan dan analsis yang telah dibuat oleh saudara hasbie.. sptutnya pengeluaran minyak negara kita ptut dibandingkan dgn negara pengaluar minyak spt Brunei yang hanya menjual myak seliter dgn 80sen shj…pd pndgn sy, buarlah cukai dnaikkan sedikit, kerana pmbayaran cukai hnya dalam tempoh tertentu..tp tidak pd petrol kerana rakyat mmerlukan nya stiap hari..jd, rakan2 fikirlah sendiri..mgkin kita mmenrlukan kerajaan baru yang boleh menberi keselesaan kpd kite..kerajaan pusat yang baru…sy rasa, inilah mase yang pling ssuai..
jadi, renung2kan n slamat beramal..=)