Isu kampus dan mahasiswa tidak pernah surut.
Terbaru pada 25 Jun Timbalan Menteri KPT, Datuk Idris Haron mengumumkan bahawa kerajaan membenarkan syarikat francais seperti Kopitiam, Starbucks dan Dunkin Donuts untuk membuka premis mereka di IPTA. Syaratnya adalah syarikat tersebut perlu mendapat kebenaran daripada Naib Canselor universiti terlebih dahulu dan premis tersebut mestilah dipasang perkhidmatan jalur lebar Wi Fi untuk kemudahan pelajar.
Saya meneliti rasional yang beliau kemukakan.’Menghalang’ mahasiswa melepak jauh ke luar dan kemudahan ‘wireless’ untuk mahasiswa barangkali adalah pokok ngapa?alasan dan asas cadangan beliau. Namun, saya berpendirian kenyataan (dan kebenaran tersebut) tidak perlu di keluarkan pada masa kita.
Asasnya mudah saja. Kesemua syarikat francais yang disebutkan tadi adalah syarikat francais ternama yang sudah tentu harga produk mereka (makanan dan minuman) adalah relatifnya jauh lebih tinggi daripada harga produk makanan dan minuman di kafe-kafe kecil yang lain.
Walaupun mungkin disubsidi oleh kerajaan atau pihak pentadbiran universiti, syarikat-syarikat fransaisee yang mendapat lesen francais daripada firma besar francaisor tadi sukar untuk meletakkan harga yang rendah lantaran kos produk mereka yang tinggi.
Umum mengetahui bahawa mana-mana francaisee (syarikat baru yang membuka premis francais) perlu membayar kos yang agak tinggi kepada francaisornya (firma besar yang memiliki lesen dan hakcipta sesebuah perniagaan francais). Maka, francaisee tersebut terpaksa meletakkan harga yang agak tinggi kepada pelanggan (dibaca:mahasiswa) bagi menampung kosnya yang tinggi. Sudah tentu ia membebankan mahasiswa.
Natijahnya hanya dua, sama ada pelanggan yang suffer lantaran kos makanan yang mahal atau francaisee tersebut yang suffer kerana mereka akan ketandusan pelanggan!
Saya pernah berkesempatan menjamu selera di Starbucks. Memang kita maklum bahawa harganya amatlah tinggi, baik jika diukur secara relatif ataupun mutlak. Bayangkan jika secawan kopinya menyamai 3 pinggan Nasi Ayam Hailam di kafe-kafe Kolej Kediaman Ke12 Universiti Malaya!
Maka, dengan membudayakan ‘makan-makan’,'minum-minum’ dan ‘lepak-lepak’ di kafe Starbucks sudah tentu bertentangan dengan saranan Timbalan Perdana Menteri agar rakyat mula mengubah gaya hidup lantaran harga minyak petrol yang dinaikkan secara ekstrem.
Saya keliru, adakah gaya hidup baru yang perlu diamalkan adalah gaya hidup yang lebih mewah dan boros ataupun mungkin saranan itu hanyalah modal ucapan dan pemanis kata seorang politikus.
Cadangan Saya
Pertama, saya mencadangkan agar pihak pentadbiran agar meneliti objektif atau matlamat murni yang dimaksudkan Datuk Idris. Barangkali pihak NC boleh membenarkan pengusaha-pengusaha rangkaian restoren bukan francais yang baru berkembang dan harga produknya adalah lebih berpatutan.
Cukup banyak pengusaha-pengusaha restoren tempatan yang baru bertatih dalam perniagaan kulinari yang perlukan sokongan pihak IPT untuk memberikan mereka tempat dan ruang untuk mereka kembangkan perniagaan mereka. Langkah ini adalah serampang 2 mata. Bantu IKS dan bela kebajikan mahasiswa.
Kedua, pihak pentadbiran universiti boleh membantu kafe-kafe sedia ada di dalam kampus dalam memperkasakan servis serta produk mereka agar mahasiswa lebih ‘jatuh hati’ untuk menjadi pelanggan setia premis mereka. Tak perlu lagi ke Bangsar atau mana-mana tempat di luar yang lebih menarik kerana kafe di kampus sudah cukup menarik.
Perkasakan dari segi 4Ps. Price (harga), Place (tempat), Promotion (promosi) dan Product (produk). Saya pasti niat murni KPT akan tercapai.









salam hasbie,
tiada bantahan rasmi dari mahasiswa?
Hi bro..nice article..
keep it’s up..
Dear Hasbie,
As much as I would like to agree with you but at the same time,I wonder how much have you learn in Economics?
Consumer has a right to choose how to spend their money in any ways they think fit. Willing seller and willing buyer. With the increase of petrol price which is your concern,I have to say as a student leader, you somehow don’t live up to that. Why do I say so?
It’s because you think you’re in power and authority to decide for the rest of us! At the same time, you put our thinking and reasoning ability to test. I mean, with all the increase in cost of living, don’t you think that we, undergraduate, know how best to manage our own life??
Do widen your thinking peripheral and see things from different angle..
Salam persaudaraan buat sahabat saya saudara ‘Malaysian’,
terima kasih atas komentar yang bernas,cuma saudara barangkali terlupa dengan tulisan saya di bawah:
“……Natijahnya hanya dua, sama ada pelanggan yang ’suffer’ lantaran kos makanan yang mahal atau francaisee tersebut yang ’suffer’ kerana mereka akan ketandusan pelanggan!……”
Memang benar kuasa pengguna adalah penentu utama mekanisme pasaran,maka apabila pelanggan/pengguna (majoriti adalah mahasiswa) mengurangkan permintaan mereka(yakni tidak ke premis-premis francais tersebut),maka situasi itu akan mennyebabkan francaisee ’suffer’.Saya yakin saudara faham maksud saya.
Ia berkait dengan teori ekonomi dan pengetahuan asas perniagaan juga.Tidak membenarkan premis mereka beroperasi di IPT bukan bermaksud menafikan kematangan mahasiswa dalam berbelanja,tapi bertujuan mengurangkan risiko kerugian yang mungkin dihadapi dua-dua belah pihak.
..kebajikan kita, para mahasiswa dan kemandirian perniagaan mereka,para francaisee..Dua-dua harus difikirkan.
Saya barangkali tidak sepintar saudara dalam teori-teori ekonomi,namun saya masih punya kefahaman yang baik dan jelas berkaitan isu ini.
Untuk makluman saudara Malaysian juga,saya tiada kuasa atau authority yang cukup utk buat apa-apa keputusan,sekadar memberikan pandangan..I’m not a top leader in src…Saya hanya ‘pembangkang kerdil’ mpmum yang seringkali dibenci dan dicurigai apabila lantang bersuara..
anyway,TQ 4 ur comments
salams… bg aku,aku cadangkan dr masukkan starbucks kt ipta ni,bek masukkan produk tempatan cam RFC ke,linda onn chicken rice ke,laksa shack ke,kopitiam ke… watpe nk agung2kan produk luar kan? dah la mahal… bek sapot produk sdiri.. cmnela melayu nak maju.. produk lua diagung2kan..ibarat menyusu kera di hutan,anak mati kelaparan!
no prob with that.. ape salahnya starbucks masuk kampus huhu, tak payah la kitaorg kluar kampus memalam nak lepak hehe.. even rasanya kalau lepak kat luar tu lagi bnyk masalah timbul.. takkan takut duit student abis kot, aku rasa budak2 pun tau la berjimat, bukan budak sekolah.. dah masuk u pun. biar ler budak2 kaya jer lepak kt starbuck tuh huhu..
Dear All. I think there was a misconception and misunderstanding of this issue. If you could just open and broaden your mind in someways. The issue of Starbucks or Dunkin D on campus were just EXAMPLEs of franchises or businesses that can be considered. Not necessarily nor they were given permission to open on campuses. If you look it at another angle, why only after a poke at the stomach,everyone i.e public and business people started to realised the fact that we lack initiative. An eye opener to us, especially to our local food or product and service industries. When Datuk Idris Haron Deputy Minister of Higher Education suggested “Startbucks”, it was a slap and a wake up call to our local franchise players; where are they before this? Where is our Kopitiam, Linda Onn, Hainanese Chicken Rice Shop.Just Three local players in food franchise industry? As what was commented before this, consumer has the choice to purchase. In the developed countries many Cities are made from Universites, or what you call it university city, where everything is there from laundry, barbers, machanics, shops to big supermarkets, where students, families get to work part time and businesses grew. So what if McDonalds were to opened in UM? Malaysian Students mentality is not at par with their counterpart overseas. Here less than 5% work as partimers to earn some pocket money to assist them in their daily live as a student. Moreover, our government practically spoon fed our students with PTPTN loans, which makes our students complaisant. Please think way beyond your witty but closed minds…Salam!