Memang tidak boleh dinafikan bahawa UMNO pada asalnya adalah parti yang ikhlas berjuang untuk bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini. Sesiapa pun (melainkan Allah) tidak mampu membalas jasa dan pengorbanan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO terdahulu yang berkerja kuat untuk membina negara Malaysia yang makmur.
Namun malangnya, aspirasi perjuangan UMNO yang asal sudah terlalu jauh tersasar disebabkan oleh ramai ahli-ahli dan pemimpin-pemimpinnya kini yang melihat kepentingan peribadi melebihi segala-galanya. Kita cukup bimbang dengan budaya politik wang, kronisme dan krisis moral yang melanda parti kesayangan bangsa ini.
Sudah tidak ramai pemimpin yang baik-baik berada dalam parti UMNO. Kebanyakan daripada mereka sudah lupa pada pemimpin-pemimpin asal UMNO yang gigih berjuang tanpa mengira keuntungan buat diri mereka. Salah seorang yang mereka lupakan adalah Tun Dr. Ismail, mantan Timbalan Presiden UMNO.
Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato’ Hj. Abdul Rahman (4 November 1915 – 2 Ogos 1973), lebih dikenali sebagai Tun Dr. Ismail, merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-2 Tun Abdul Razak.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah, Johor Bahru, dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abu Bakar, (dulu dikenali sebagai English College), Johor Bahru. Setelah menamatkan pelajarannya di sekolah tersebut, Tun Dr. Ismail meneruskan pengajiannya ke Kolej Perubatan King Edward di Singapura.Pada tahun 1943, beliau berangkat ke Australia untuk melanjutkan ilmu perubatannya di Universiti Melbourne Australia. Beliau memperolehi Ijazah doktor perubatan tahun 1945 dan merupakan anak Melayu pertama yang memperolehi ijazah doktor perubatan dari universiti Melbourne, Australia.
Tun Dr. Ismail terdorong menceburi politik selepas perletakan jawatan Dato’ Onn Jaafar sebagai presiden UMNO, dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman. Beliau menceburkan arena politik setelah dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO pada 1951.
Tun Dr. Ismail menjadi duta pertama ke Amerika Syarikat pada tahun 1957. Beliau juga diberikan tauliah menjadi Duta negara ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kedua-dua jawatan ini dipegang oleh beliau sehingga tahun 1959.Tun Dr. Ismail menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1 September 1960 sehingga 21 Mei 1967, apabila beliau meninggalkan kabinet atas sebab-sebab kesihatan. Jawatan Menteri Hal ehwal Dalam Negeri yang dikosongkannya diisi oleh Tun Abdul Razak.
Tun Dr. Ismail sekali lagi dilantik oleh Tun Abdul Razak menjadi menteri Hal Ehwal Luar Negeri pada 14 Mei 1969 berikutan peristiwa berdarah 13 Mei. Tun Abdul Razak mempengerusikan MAGERAN dan meminta Tun Dr. ismail membantunya. Tun Dr. Ismail kembali menjawat jawatan Kabinet dan kekal sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri sehingga 1 Ogos 1973.
Semasa hayat beliau, Tun Dr. Ismail pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jawatan terakhirnya ialah Timbalan Perdana Menteri. Tun Dr Ismail Abdul Rahman merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua selepas Tun Abdul Razak pada 1970.
Jasa paling besar Tun Dr. Ismail adalah mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Malaysia. Menurut Tun Suffian “it was during the agonising days that his outstanding qualities came to the fore. Perhaps it can be said that more than anybody else the Tun contributed substantially to the restoration of public confidence in the Government’s determination to restore law and order after the May 13th incidents.”
Apabila Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan Perdana Menteri Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang cukup serius menangani masalah rasuah di kalangan pentadbir negara.Tun Dr. Ismail adalah antara pemimpin UMNO yang tegas dan berpegang pada prinsip. Ungkapan beliau yang sangat terkenal ialah ‘ Jangan sapu ke bawah permaidani’. Peribahasa ini timbul berikutan permasalahan ekonomi orang Melayu yang sangat daif tetapi cuba ditutup begitu sahaja, sehingga akhirnya tercetus Peristiwa 13 Mei.
Pada 1973 beliau meninggal dunia dan dimakamkan di Makam Pahlawan, Masjid Negara dan menjadi pemimpin pertama yang disemadikan di situ.







assalamualaikum..
semoga pertemuan dan diskusi kita diredhai Allah..
teruskn pjuangan, ya akh..
smoga btemu lg..insya Allah..
ko copy paste dr wikipedia kan..hmmm..
Salam..
wikipedia adalah rujukan utama saya bagi artikel ini..Fakta berkaitan Tun mmglah diambil dari web itu.namun,persamaan itu bukan bermakna bahawa tulisan sbg tulisan ‘copy and paste’ sepenuhnya..
..bacalah sebagai pengajaran.Saya menulis bukan kerana nama.sekadar berkongsi dgn teman-teman.
salam hormat
salam,
saya sangat kesal dengan orang-orang melayu terutamanya pemimpin umno. Tokoh yang sangat di hormati seperti tun dr ismail bin dato; abdul rahman telah di lupakan. Siapakah beliau ? Beliaulah tokoh di balik takbir dan mempunyai wawasan di bawah dua perdana menteri iaitu tunku abdul rahman dan tun razak.Beliau merupakan pemimpin yang sangat tegas dan mempunyai penglihatan dan pemerhatian yang amat tajam. Negara kita tidak akan menjadi tidak menentu seperti sekarang ini jika tun razak mendengar nasihat beliau supaya tidak menganbil dr mahathir yang di singkir kembali kedalam umno. Beliaulah merupakan pemimpin umno yang mahu dr mahathir di singkirkan dari umno mengikut kata-kata oleh yang amat mulia tan sri tengku razaliegh hamzah di dalam buku a reluctant politician tun dr ismail and his time. sekarang sudah pun terjawab dan orang melayu fikirankan sendiri sebab tun dr ismail mahu dr mahathir di singkirkan dari umno. dr mahathir telah banyak melakukan kerosakan ke atas umno dan kesannya sudah pun kelihatan dengan berlakunya kekecohan di perak. jika kuasa raja-raja melayu tidak di gugat peristiwa di perak tidak akan terjadi.
Beliau menubuhkan felda pada tahun 1956 bukan tun razak yang menubuhkan felda seperti yang di gembar grmburkan oleh media. bertanggung jawab menubuhkan taman-taman perindastrian di malaysia selepas beliau melawat singapura di mana beliau menyaksikan lee kuan yew telah membuka taman perindastrian jurong.menubuhkan wilayah persekutuan kuala lumpur selepas peristiwa 13 may 1969. jika ada pengampu mahathir kata beliau lah yang merevolusi malaysia menjadi maju adalah silap. tun dr ismail semasa menjadi duta di us dan juga bangsa=bangsa bersatu telah pun mempunyai idea tersebut di mana beliau telah melakukan lawatan keatas perusahaan-perusahan di amerika. melihat chicago dengan sistem pengangkuatan daratnya seperti monorel,jalan keratapi bawah tanahd an jalan raya. melalui lebuh raya di us pada tahun 1958, berjumpa dengan consultant pelaburan amerika yang bercadang untuk membawa masuk pelaburan seperti ford dan juga industri besi keluli di malaysia pada tahun 1958. tetapi malangnya menteri perdagangan pada waktu itu adalah orang puteh maka orang puteh tersebut tidak mengambil berat. Jikalau beliau menjawab jawatan menteri perdangan pasa masa itu malaysia akan menjadi negara maju lebeh awal lagi. untuk mengetahui beliau dengan lebeh lanjut lagi bacalah buku mengenai beliau yang boleh di dadapti.
Fakta yang menarik daripada saudara Rahim..
Moga Allah menempatkan Allahyarham Tun di kalangan orang-orang yg soleh..amin.
Salam Hasbiemuda,
Tanda Putera, sebuah filem terbitan Pesona Pictures dengan kerjasama FINAS akan menayangkan sebuah filem tentang era pentadbiran Tun Razak dan Tun Dr Ismail.
Kami amat berbesar hati jika Tuan dapat menyumbang pendapat Tuan di http://www.facebook.com/Tanda Putera.
Terima kasih.