KUALA LUMPUR 17 Oktober – Saudara Mohd Hasbie Muda dan saudara Ridzuan Subri dilantik menjawat jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Economics Student Leaders Council (ECONS), sebuah fraksi baru mahasiswa UM dalam satu mesyuarat jawatankuasa penaja pagi ini.
Saudara Hasbie Muda, bekas ahli MT MPMUM yang pernah bertanding melalui tiket Pro Mahasiswa dilantik untuk tempoh setahun berkuatkusa hari ini.Beliau melahirkan tekad untuk membawa perubahan besar dalam memperkasakan peranan ECONS dalam menjana kelahiran pemimpin-pemimpin muda negara.
Saudara Ridzuan Subri, bekas ahli MPMUM yang pernah bertanding melalui tiket Aspirasi pula melahirkan harapan bahawa ECONS mampu membawa perubahan yang besar kepada mahasiswa khususnya mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran tanpa mengira ras dan agama.
Beliau juga menyatakan bahawa ECONS akan bertindak sebagai fraksi mahasiswa rentas ideologi politik kampus demi memperjuangkan kebajikan mahasiswa.
Menurutnya lagi,beberapa orang mahasiswa yang berbangsa Cina serta India telah mendaftar sebagai ahli ECONS namun belum bersedia untuk dipilih untuk apa-apa jawatan.
Sementara itu, saudara Ahmad Fahmi Salleh dipilih menjadi Setiausaha Agung dan saudara Syazwan Hassan dilantik mejadi Bendahari Kehormat ECONS.Mereka merupakan
mahasiswa tahun kedua dan pertama fakulti tersebut.
Difahamkan bahawa dalam bulan November dan Disember ini, ECONS akan mengadakan roadshow dialog bersama pemimpin-pemimpin politik dan korporat yang lahir daripada fakulti tersebut.-mahasiswakini
Komentar