Pandangan pengerusi GERAK saudara Nazree Yunus bahawa kepimpinan PMIUM perlu ditukar segera kerana kurang efektif adalah kurang ‘kena’ pada tempatnya dan bersifat provokatif semata-mata.
Kayu ukur yang beliau gunakan adalah tidak kredibel – pandangan tegas daripada pucuk pimpinan PMIUM berkaitan isu Rafiah Salim dipecat yang tidak kedengaran. Saya tidak pasti adakah beliau mahu mengesyorkan agar pimpinan PMIUM membantah keras pemecatan itu ataupun meratib kuat mengalu-alukan kehadiran Naib Canselor yang baru, Profesor Ghauth Jasmon.
Isu pemecatan (penamatan kontrak) Datuk Rafiah Salim bukanlah isu besar yang signifikan kepada mahasiswa UM apatah lagi mahasiswa Malaysia secara umumnya. Bonda, walaupun tidak serakus Ayahanda (Tiri) Razali Agus dalam menyerang gerakan mahasiswa Islam di UM namun beliau tidak banyak membantu.Ini adalah pandangan peribadi saya.
Justeru saya berpendapat bahawa aksi tegas dari pihak PMIUM adalah tidak perlu. Cukuplah dengan hanya responsif tawar.
Keduanya, menyentuh tentang tenggelamnya ‘domain’ PMIUM dalam menjuarai isu nasional dan kampus secara agresif dan bersungguh-sungguh.Saya bersetuju. Namun saya juga ingin menarik perhatian bahawa PMIUM sentiasa komited menghantar duta-dutanya ke segenap proksi mahasiswa bagi menggerakkan agenda yang belum pernah selesai.
GAMIS, GMMA, Persada, SMM, Bersatu Perak, Pro Mahasiswa Nasional adalah antara sumbangan aktivis-aktivis dan pimpinan PMIUM yang tidak wajar dipertikaikan. Apakah soal nama PMIUM yang menjadi ukuran sesuatu kejayaan dalam gerakan mahasiswa?
Kita bukan berkerja untuk mendapat gah pada nama.
Apapun saya menghormati pandangan beliau selaku mantan Presiden PMIUM yang masih cakna pada pergolakan pasang surut kampus khususnya terhadap PMIUM.
Komentar