Isu PPSMI adalah isu pendidikan yang paling hangat masa kini.
Pada dasarnya saya berada 75 peratus bersama arus penentangan terhadap dasar tersebut.
Benar, ini bukan isu kecil untuk diputuskan sesedap rasa, sesuka hati.Isu PPSMI adalah isu masa depan anak bangsa.Mereka akan menghukum kita jika tindakan kita hari ini mampu ‘membunuh’ dan melemahkan mereka.
Namun, pada hemat saya gesaan agar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya adalah kurang tepat dan bersifat tidak cermat.Pemansuhan sepenuhnya terhadap dasar tersebut sebenarnya suatu pembaziran yang amat besar terhadap perbelanjaan yang kita telah lakukan.
Terlalu besar jumlah peruntukkan RM5 billion yang digunakan untuk dasar tersebut.Bukan sekadar kerajaan yang kerugian, malahan syarikat-syarikat swasta berkaitan juga akan turut sama terjejas.
Mungkin ada yang bertanya, mahukah kita rugi RM5 bilion tersebut atau mahukah kita rugi masa depan anak bangsa yang bakal gelap gelita lantaran dasar yang membunuh.
Jawapan saya, saya tidak mahu kerugian kedua-duanya.
Saya lebih cenderung agar dasar dipinda tersebut yakni dengan pengubahan (adjustment) yang besar dan signifikan.
Pertamanya, mansuhkan pengajaran tersebut dalam mata pelajaran Sains namun kekalkan dalam mata pelajaran Matematik.
Rasionalnya, Matematik bukanlah mata pelajaran yang banyak menggunakan istilah sebaliknya ia banyak bermain dengan angka.Oleh itu,perlaksanaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik pasti tidak akan menjejaskan pelajar.
Keduanya, segmentasi perlaksanaan perlu dibuat agar pelajar di luar bandar dan bandar mampu mengikuti dasar tersebut tanpa wujud keciciran yang besar.
Hal ini demikian kerana, dasar tersebut tidak terlalu menyukarkan pelajar di bandar berbanding luar bandar lantaran sikap dan asuhan mereka yang dibiasakan dengan bahasa Inggeris semenjak kecil.
Kerajaan boleh melaksanakan penggunaan bahasa yang lebih fleksibel di kawasan-kawasan luar bandar.Guru-guru boleh menggunakan bahasa Melayu jika pelajar mengalami kesukaran dalam sesuatu keadaan.
Hakikatnya, dasar PPSMI juga sebenarnya ada kebaikan, namun kita perlu bijak membuat ‘adjustment’ agar perlaksanaannya mampu mencapai maksud.







Cukuplah dengan apa yang telah dibuat oleh pemimpin yang syok sendiri. Tidak mahu merujuk terlebih dahulu dengan cerdik pandai. Masih syok dengan nama UMNO yang ala keinggerisan. Sebab jiwa mereka keinggerisan.
saya melihat isu ini sebagai isu yang besar melanda negara sekarang ….ini dibuktikan dengan keputusan keputusan pmr yang keluar baru2 ini…ppsmi sebenarnya memberi kelebihan kepada pelajar di bandar yang sememangnya mempunyai penguasaan bahasa inggeris yang lebih bagus berbanding pelajar luar bandar …penguasaan kuala lumpur dalam keputusan pmr baru-baru ini memebuktikan pendirian saya ….cadangan saudara hasbie sememangnya cukup bernas dalam mengatasi masalah ini …jadi kita tukar ppsmi kepada ppmi….
setuju dengan jingga biru…ppsmi..lebih memihak kpd plajar bandar..berbanding plajar luar bandar, persoalannya kenapa ini berlaku? Did the teacher use different english while teaching them? =p of coz not…pelaksanaan ppsmi ada baik-buruknya..
setuju dgn jingga biru jugak anak saya pmr d kota damansara K.L kemudian saya pindah ke melaka(bertukar kerja)bila anak pindah sekolah bila sampai d melaka anak saya cakap nape sekolah ni masih cakap Melayu masa Math tapi tulis inggeris dlm buku baba????jadi saya pening gak jadi nya,,,,mengapa tidak buat kajian sebelum perlaksanan,,,dah laksana baru nk kaji buang duit rakyat,,,