Memperkasa Media Mahasiswa Malaysia (2)

31 05 2009

Penguasaan MASSA melalui media adalah salah satu daripada jalan-jalan untuk ke tampuk penguasaan.Pihak yang mahu berkuasa/mahu terus berkuasa mestilah memiliki media yang berpengaruh, besar dan dihormati.

Parti pemerintah Umno-Barisan Nasional (UBN) misalnya memiliki media yang berpengaruh dan besar namun kurang dihormati.Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3, RTM, Kosmo adalah gerombolan media yang lengkap dan berupaya membantu dalam memastikan UBN untuk terus berkuasa.Media-media ini bukan sekadar melaporkan berita, namun yang paling utama ia menghidangkan propaganda yang bertujuan untuk menawan hati rakyat dan menentukan sikap rakyat terhadap satu-satu isu.Oleh kerana media-media ini sudah mulai kurang dihormati, maka bisa propaganda yang dihidangkannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini sudah mulai tawar.

Parti-parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR) juga memiliki media.Akhbar Harakah, Siasah, Suara Keadilan dan Rocket adalah media yang belum cukup berpengaruh, besar dan dihormati. Kemenangan PR di beberapa buah negeri bukanlah kerana peranan yang dimainkan oleh media-media ini berkesan sebaliknya adalah peranan media-media alternatif yang lain seperti portal Malaysiakini serta blog-blog picisan yang pro kepada mereka.Saya tidak pasti samada Malaysiakini ada kaitan istimewa dengan Pakatan Rakyat, namun kebanyakkan laporan yang disiarkan banyak menguntungkan PR berbanding UBN.

Read the rest of this entry »





Majoriti Pilih Anwar Ibrahim Sebagai PM

31 05 2009

Undian tentang siapakah bakal PM Malaysia yang dianggap layak telah dibuat di dalam blog ini (http://hasbiemuda.wordpress.com).

anwar_ibrahimhj-hadi391

kuli0034kota-bharuln-najib

Keputusan

DS Anwar Ibrahim (162 undi – 41%)

DSTG Abdul Hadi Awang (119 undi – 30%)

DS Mohd Najib Razak (94 undi – 24%)

TS Tengku Razaleigh Hamzah (22 undi – 6%)

___________________________________

*Undian adalah terhad bagi setiap IP yang digunakan.Kiraan setakat 8 Malam 31 Mei 2009 daripada 397 responden yang berbeza.Poll telah ditutup.





Memperkasa Media Mahasiswa Malaysia (1)

31 05 2009

burst_student_power

Mahasiswa Malaysia khususnya gerakan mahasiswa pada hari ini ketara berbeza dengan gerakan mahasiswa Malaysia pada era 70-an dan 80-an. Perbezaan ini berpunca daripada pelbagai faktor. Antara faktor yang dominan adalah orientasi dan corak perjuangan gerakan mahasiswa.

Orientasi perjuangan berkait erat dengan ideologi dominan yang menguasai gerakan mahasiswa pada satu-satu masa.Pada era 60-an da 70-an kelompok aliran sosiolis dan nasionalis paling menonjol.Orientasi perjuangan mahasiswa pada ketika itu tertumpu kepada isu-isu rakyat marhein yang tertindas, soal bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, soal kepimpinan Tunku yang dipertikaikan serta beberapa isu yang berkaitan dengan ideologi yang mereka dokong.

Antara lewat 70-an dan 80-an, ideologi gerakan mahasiswa yang dilihat bertunjangkan Islam mula mengambil tempat.Persatuan mahasiswa Islam seperti PKPIM dan PMIUM menonjol dalam mengetengahkan idea ‘Faham Islam’ dalam mengubah masyarakat ke arah mempraktikkan Islam yang lebih sempurna.Impaknya bukan hanya kepada masyarakat kampus, sebaliknya juga kepada masyarakat luar kampus.

Read the rest of this entry »





Isu Mat Rempit @ Samseng Jalanan

17 05 2009

matrempit

1. Isu Mat Rempit semakin membimbangkan. Ia adalah signal yang jelas mengenai keruntuhan moral dan akhlak sebilangan rakyat Malaysia sekaligus pengurangan jumlah bakal-bakal modal insan negara yang berkualiti. Kerajaan terpaksa membelanjakan banyak wang dan memperuntukkan banyak masa dan tenaga untuk mengatasi masalah ini.

2. Selain pihak berkuasa, banyak NGO-NGO berkaitan turut sama bertindak untuk mengatasi masalah ini. Walaupun telah banyak tindakan dilakukan, masalah Mat Rempit bukan setakat tidak mampu diatasi, malahan ia belum mampu dikurangkan.

3. Usaha pihak tersebut untuk mendekati Mat Rempit adalah hampir sia-sia. Perbelanjaan kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut juga adalah hampir sia-sia. Kempen-kempen memujuk Mat Rempit untuk berhenti merempit  juga adalah hampir sia-sia. Hakikatnya, Mat Rempit tidak akan berhenti merempit melainkan mereka merasa sudah tiba masanya untuk mereka berhenti merempit (umur sudah tua), ataupun apabila mereka meninggal dunia ketika merempit, atau jika mereka cedera parah dalam kemalangan dan tidak lagi mampu merempit.

Read the rest of this entry »





Perkongsian Artikel : Mengapa Yahudi Bijak?

5 05 2009

Saya ingin berkongsi artikel yang saya perolehi beberapa bulan yang lalu berkaitan bangsa Yahudi.Walaupun blog ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan artikel tulisan saya sendiri, namun pandangan dan intipati tulisan Dr. Stephen Carr Leon ini amat bernilai untuk dikongsi.Ia wajar dijadikan renungan dan muhasabah khususnya untuk memperbaiki kedudukan bangsa dan umat Melayu kita.

Oleh : Dr. Stephen Carr Leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu ‘Mengapa Yahudi Bijak?

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang seperti kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olahan manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Read the rest of this entry »








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.