Isu Mat Rempit @ Samseng Jalanan

17 05 2009

matrempit

1. Isu Mat Rempit semakin membimbangkan. Ia adalah signal yang jelas mengenai keruntuhan moral dan akhlak sebilangan rakyat Malaysia sekaligus pengurangan jumlah bakal-bakal modal insan negara yang berkualiti. Kerajaan terpaksa membelanjakan banyak wang dan memperuntukkan banyak masa dan tenaga untuk mengatasi masalah ini.

2. Selain pihak berkuasa, banyak NGO-NGO berkaitan turut sama bertindak untuk mengatasi masalah ini. Walaupun telah banyak tindakan dilakukan, masalah Mat Rempit bukan setakat tidak mampu diatasi, malahan ia belum mampu dikurangkan.

3. Usaha pihak tersebut untuk mendekati Mat Rempit adalah hampir sia-sia. Perbelanjaan kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut juga adalah hampir sia-sia. Kempen-kempen memujuk Mat Rempit untuk berhenti merempit  juga adalah hampir sia-sia. Hakikatnya, Mat Rempit tidak akan berhenti merempit melainkan mereka merasa sudah tiba masanya untuk mereka berhenti merempit (umur sudah tua), ataupun apabila mereka meninggal dunia ketika merempit, atau jika mereka cedera parah dalam kemalangan dan tidak lagi mampu merempit.

4. Tidak banyak yang mampu dilakukan untuk menyelesaikan masalah Mat Rempit yang sudah bergelar Mat Rempit. Tetapi, banyak perkara boleh dilakukan untuk mencegah bakal-bakal Mat Rempit daripada mula merempit. Bukankah pepatah Inggeris ada menyebut “prevention is better than cure” ?

5. Segala-galanya adalah berpunca di rumah. Mat Rempit adalah salah satu contoh produk rumah yang kurang berjaya. Punca utama lahirnya Mat Rempit adalah apabila remaja merasakan bahawa di rumah tiada lagi wujud kebahagian dan perhatian yang mereka harapkan. Kedua-dua ibu-bapa berkerja, balik lewat, melepaskan tekanan di tempat kerja kepada anak-anak, tidak memperuntukkan masa berkualiti bersama anak-anak dan sebagainya adalah antara penyebab yang perlu diberikan perhatian serius.

6. Orang Melayu di bandar dan pinggir bandar adalah penyumbang terbesar aktivis Mat Rempit ini. Kebanyakkan ibu-bapa mereka kedua-duanya berkerja. Masa yang mereka peruntukkan kepada anak-anak mereka sejak kecil juga kecil dan kurang berkualiti.

7. Memanglah apabila si ibu dan si bapa berkerja, produktiviti negara akan bertambah. Ekonomi negara juga akan bertambah baik. Islam juga tidak pernah melarang si ibu daripada berkerja. Ibu yang berkerja juga lebih terdedah dengan perkembangan maklumat dan ilmu. Namun, adakah peranan mereka di rumah harus diabaikan? Apa guna ekonomi negara yang makmur jika akhlak rakyatnya merosot?

8. Semenjak zaman Kesultanan Melaka dulu pun, kaum ibu telahpun terlibat dengan aktiviti ekonomi. Namun bebanan kerja mereka adalah tidak sama dengan si bapa. Jika si bapa keluar ke bendang membanting tulang dari pagi hingga ke petang, si ibu pula mungkin akan menguruskan jualan hasil tani mereka pada waktu pagi di pasar. Selebihnya adalah masa untuk si ibu pulang ke rumah menguruskan keluarga.

9. Peranan si ibu dalam keluarga adalah sangat penting. Biasanya ibu berperanan mendidik anak-anak manakala si bapa pula bertindak mendisiplinkan anak-anak. Sistem ini bersesuaian dengan masa si ibu yang lebih lama untuk bersama keluaga di rumah.

10. Ibu adalah insan yang paling hampir dengan anak-anak.Islam dengan jelas menyatakan bahawa insan yang paling hampir adalah tempat manusia menagih kasih sayang, cinta, perhatian dan segala-galanya.

11. Ibubapa khususnya ibu harus memahami perkara ini sedalam-dalamnya. Ibubapa bukan hanya berperanan untuk melahirkan anak-anak, malahan mereka juga berperanan untuk memastikan anak-anak mereka berjaya dari sudut EQ,IQ dan SQ. Kegagalan untuk memastikan anak-anak berjaya dalam hidup samada di dunia dan akhirat adalah satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.

12. Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia boleh memikirkan model yang terbaik dalam mengurangkan bebanan kaum wanita yang berkerjaya. Mungkin jam kerja mereka boleh dikurangkan setengah jam agar mereka boleh pulang awal ke rumah untuk menguruskan keluarga. Selain itu, masalah kesesakan lalulintas juga mampu dikurangkan.

13. Produktiviti negara mungkin akan merosot sedikit namun ekonomi negara tak akan terjejas. Dan yang lebih penting, wanita yang pulang awal ini mampu berperanan dengan lebih baik sebagai si ibu yang akan melahirkan bakal-bakal modal insan negara yang berkualiti tinggi dan tidak terbabas dalam kehidupan.

14. Saya rasa kerajaan juga elok mengkaji samada wajar atau tidak jika pesalah Mat Rempit yang ditahan itu diwajibkan untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang khas untuk mereka. Modul yang dikenakan kepada mereka mestilah lebih berat dan kem PLKN yang akan menempatkan mereka mestilah kebal dari dibolos keluar. Saya fikir tindakan ini lebih baik daripada memenjarakan mereka.

15. Selain itu, peranan penggerak-penggerak komuniti juga wajar diperkasakan.Rukun Tetangga, RELA, JKKK dan sebagainya berperanan mendekati dan membantu para belia dan remaja dalam mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah namun mencabar dan menarik. Seperti di Jepun, peranan penggerak-penggerak komuniti sebegini amat berkesan. Polis tidak perlu pening kepala untuk memikirkan masalah Mat Rempit (atau Bosozuka) di Jepun.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.