1. Tan Sri Datuk Mohd Asri Haji Muda adalah bekas Yang DiPertua Agung (kini dipanggil Presiden) PAS yang keempat selepas Haji Fuad Hasan, Dr Abbas Ilias (pemangku) dan Dr Burhanuddin Al Helmi.
2. Beliau juga adalah Presiden PAS yang paling lama memegang teraju kepimpinan – sekitar 14 tahun. Sewaktu PAS memperoleh kejayaan demi kejayaan – kemenangan 12 MP PAS dan penguasaan Kelantan pada tahun 1969, menguasai beberapa kementerian dan agensi kerajaan sewaktu PAS menyertai BN dan pelbagai lagi, Datuk Asri disanjung tinggi. Cukup tinggi. Pada ketika itu, tidak sedikit ahli PAS yang taksub pada Datuk Asri lantaran kebijaksanaan strategi siasahnya, kehandalan berpidatonya serta PRnya yang menyenangkan.
3. Namun, dalam penceritaan sejarah Presiden PAS hari ini, Datuk Asri telah digambarkan sebagai seorang yang telah tercabut dari akar perjuangan. Beliau dikatakan telah membawa parti kepada ideologi Nasionalis Islam. Kepimpinan dan jasa beliau semacam tidak dikenang lagi. Seboleh mungkin nama Asri mahu dipadamkan terus dari sejarah PAS. Saya tidak pasti adakah pemuda-pemuda yang pernah memalukannya dalam muktamar dulu pernah memohon maaf pada akhir-akhir hayatnya sebagaimana Tun Mahathir menyantuni Tunku Abdul Rahman.
4. Dalam Muktamar Thanawi PAS 1982, beliau telah dijatuhkan dengan cara yang sangat kasar dan biadab. Datuk Mahfuz Omar dan Abang Mat Sabu adalah antara pemuda PAS yang berdiri sepanjang muktamar mengecam dan menghentam Asri. Laungan ‘Takbir’ dan ‘Marakbar Asri’ menguasai Tingkat 5 , Dewan Bahasa dan Pustaka pada hari itu. Datuk Asri akur dan berundur dalam kekecewaan yang tiada taranya.
5. Mengapa perkara itu berlaku pada seorang Presiden parti yang disanjung tinggi?
6. Apabila Asri memutuskan untuk menyertai BN pada 1973, majoriti masih menganggap keputusan itu betul. Apabila Asri memutuskan untuk keluar dari kabinet Tun Hussein Onn pada 1977 lantaran rampasan kuasa di Kelantan, majoriti ahli PAS masih menganggap beliau betul. Memang ada suara yang mengkritik, tapi masih sembunyi-sembunyi. Waktu itu blog pun belum wujud – tidak sebagaimana hari ini.
7. Apabila PAS kalah teruk dalam Pilihanraya Umum 1978 dan kemudiannya 1982, Asri Muda mula dipersalahkan secara besar-besaran. Ahli mula tersedar dan percaya bahawa Datuk Asri telah banyak membuat keputusan-keputusan yang tidak betul.
8. Wujud perancangan sulit untuk menjatuhkan beliau. Lebih halus, istilah Kepimpinan Ulama’ dicipta dan didoktrinkan kepada ahli. Kebetulan Timbalan Presiden PAS pada ketika itu adalah seorang Ulama’ – Tuan Guru Haji Yusuf Rawa. Kepimpinan PAS bertukar tangan kepada golongan Ulama’. Natijahnya tidak dinafikan baik, parti telah menjadi semakin kukuh dan PAS mula berpengaruh.
9. Tetapi satu fakta yang tidak boleh dinafikan adalah PAS berpengaruh melalui kesempatan, bukan kekuatan. Pada 1990, pakatan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dengan Semangat 46 serta1999 – Era Reformasi pasca pemecatan Anwar Ibrahim. PAS belum pernah dan belum mampu mencipta kejayaan atas kekuatan yang dimiliki sendiri.
10. Mengapa ini berlaku?
11. Segala-galanya adalah berpunca daripada bagaimana cara ahli PAS berfikir. Baik 30 tahun dulu ataupun pada hari ini.
12. Mereka lupa bahawa pada era Datuk Asri dulu, ahli-ahli PASlah yang menyebabkan parti itu lemah. Parti itu lemah kerana Presidennya kerapkali membuat keputusan yang salah. Keputusan yang salah wujud kerana ahli-ahlinya yang tidak memainkan peranan, menasihati Presiden. Ahli-ahli terlalu yakin dengan kebijaksanaan, kehebatan dan kemuliaan pemimpinnya itu. Lebih parah apabila sanjungan dan keyakinan ahli itu telah ditafsirkan sebagai mandat mutlak ahli kepadanya (Asri).
13. Mandat mutlak adalah punca kejatuhan banyak pemimpin dan kerajaan demokratik di dunia. Apabila pemimpin menganggap bahawa kepimpinannya diterima secara mutlak, maka pemimpin itu cenderung untuk membuat keputusan berdasarkan gerak hati sendiri, bukannya pandangan massa apatah lagi pendapat ahli-ahli bawahan yang dianggap pasti akan tetap menyokongnya dalam apa jua keadaan. Hasilnya – bercambahlah keputusan-keputusan yang salah. Keputusan-keputusan yang salah itu akan menyebabkan parti akhirnya rebah.
14. Apa yang berlaku pada 30 tahun yang lalu tidak mustahil akan berulang lagi.
15. Apabila Presiden terlalu yakin dengan kebijaksanaan peribadinya sehingga mengabaikan nasihat-nasihat yang baik dan kritikal terhadapnya, parti sedang dibawa ke lembah kebinasaan. Lebih parah apabila pimpinan-pimpinan utama dipilih dan dilantik dari kalangan yang sukar berbeza pandangan dengan Presiden. Semalam Cikgu Pa yang boleh dianggap veteran parti telah dilantik sebagai Setiausaha Agung (Saya akan mengulas dalam tulisan yang akan datang).
16. Pada masa ini, ahli masih tidak memberontak. Kalaupun ada, hanya letusan-letusan kemarahan di ruang-ruang blog dan kedai-kedai kopi. Pada masa ini kerusi PAS di Parlimen masih banyak, 2 kerajaan negeri masih dikuasai. Ahli-ahli masih berada dalam zon yang sangat selesa. Sangat selesa hinggakan ahli tidak perlu berfikir dengan kuat tentang apakah yang terbaik untuk parti.
17. Apabila keputusan-keputusan salah terus dibuat oleh pucuk pimpinan, hasilnya akan dilihat dalam PRU 13 nanti. Pada waktu itu PAS mungkin akan tewas di banyak kerusi parlimen. Kedah dan Kelantan mungkin kembali ke tangan UMNO. Jika itu berlaku, ahli-ahli PAS akan mula marah secara besar-besaran. Mereka akan mula lupa pada Kepimpinan Ulama’. Mereka akan lupa pada status Ulama’ seorang Presiden. Mereka akan lupa segala-galanya yang mereka sedang pertahankan pada hari ini.
18. Pada waktu itu, Ustaz Hadi mungkin akan diperlakukan lebih teruk daripada Asri Muda. Mungkin selepas itu konsep Kepimpinan Ulama’ akan terus berkubur.
19. Jika ini berlaku, PAS akan menunggu masa yang lama lagi untuk pulih.
20. Al Fatihah untuk Allahyarham Datuk Mohd Asri Haji Muda.









tertarik dengan kenyataan anda…
Ramai pemimpin tumbang akibat sanjungan orang bawahan dan kesan daripada ‘gam’ yang masih melekat disisi ahli dari mengkritik apatah lagi mendatangkan perbezaan pendapat di dalam kelompok parti…
Kita jangan jadi macam UMNO yang terus menerus membodek, sehingga akhirnya mereka tumbang dengan teruk disebabkan terlalu selesa dengan kedudukan yang diampu ahli bawahan…
Sudah sampai masanya sistem wala’ menjalani transformasi dari segi pelaksanaan…ini kerana terdapat suara2 sumbang yang merasakan ruang kritikal dalam PAS sudah hilang…ini boleh dirujuk kepada statement HUsam Musa selepas beliau tewas…
Mungkin artikel nih kalau digabungkan dengan artikel anda mengenai ‘krtikal dan kritik’ dapat memberi kefahaman yg jelas dalam memajukan PAS…
wallahua;lam
Akhi..
kalo berkelapangan, enta tulisla kupasan tentang transformasi perlaksanaan sistem wala’ dalam PAS..
ana menantikan kupasan enta ttg isu itu.
Salam…
Redha Allah atau redha manusia yang perlu dituruti?
Tugas seorang yang beriman hanyalah mengikut perintah Allah dan tidak boleh mengikut akal yang dipengaruhi oleh nafsu semata-mata atau mengikut suara majoriti… Ini adalah kerana Allah jugalah yang memberi penentuan.
Nabi Daud A.S sendiri pernah ditegur Allah kerana menghakimi mengikut akal dengan merasakan empunya 99 tidak patut meminta kepada empunya yang satu. (Surah Sad:22)
Makna perkataan Islam itu sendiri berasal daripada perkataan Salam yang bermaksud sejahtera atau pundamai. Dan perpaduan sesama umat Islam tanpa mengira warna kulit, budaya mahupun fahaman politik adalah perkara yang paling dituntut di dalam Islam. Contohilah Rasulullah S.A.W yang membawa kesejahteraan ke seluruh alam melalui kasih sayangnya pada umat baginda.
Sedikit pengajaran daripada Kalam Allah Tuhan sekian alam, dan daripada Nabi Muhammad Pesuruh dan hamba
Allah…..
“Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.”(Surah al-A’raf [7]:199)
Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudara (kamu yang bertelingkah) itu. (Surah Al-Hujurat: Ayat 10)
Ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (Islam), janganlah kamu berpecah belah dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam) maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran semasa jahiliah) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu…(ali-‘Imran: 103)
“Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”. (Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)
“Sesungguhnya lelaki yang paling dibenci Allah ialah yang paling gigih dalam permusuhan.” (HR Bukhari dan Muslim).
Hadith drp Abdu Daud, Tarmidzi, Ibnu Majah, dan Baihaqi, “Barangsiapa meninggalkan pertengkaran, padahal dia salah, maka akan dibangunkan untuknya rumah di sekitar surga. Dan barangsiapa meninggalkan pertengkaran, padahal dia benar, maka akan dibangun untuknya rumah di lantai tengah surga. Sedang barangsiapa yang membaguskan akhlaknya, akan dibangun baginya rumah di tingkat paling atas surga.
Wassalam….
saudara,
sy memahami nas yg saudara cuba bangkitkan.
cuma kita seharusnya memikirkan sesuatu permasalahan dari kerangka pemikiran yang lebih luas serta berpijak di bumi yg nyata.
kerap aku bertemu TGHH di pejabat pas jalan pusara sejak beliau tewas dalam pilihanraya 1978. seingat aku, tak pernah dia mengkritik dato asri, walaupun aku memberikan beberapa contoh kesilapan fikrah dato asri, dia cuma kata ada sedikit kekeliruan.
Pernah aku tanya mengapa dia bersama pas, sedang sukar mengubah pas dari parti politik kepada harokah islamiyyah. dia jawab, itulah pilihan yang ada untuk ummat islam di malaysia .
dalam muktamar ipoh dan shah alam,beliau berani menegaskan bahawa pas mesti menerajui perubahan (maknanya bukan dsai) sebagai badan siasah, dakwah dan tarbiyyah.
cuma sedikit malang, tgna mahu melihat pas sebagai parti politik!!! yang hebat dsai!!!
saya menghormati tuan guru.
sy tidak pernah katakan bahawa tghh bermasalah apatah lagi teruk.
cuma dibimbangi jika ahli tidak memainkan peranan sebagai penegur, keputusan yg akan dibuat tghh mungkin akan ada yg cenderung salah.
setahu saya Datuk Asri bukan dikalangan Ulama…dia dijatuhkan dan diganti oleh Kepimpinan Ulama.
Penulisan ini nampaknya macam dah confirm UG itu ialah masuk UMNO..saya harap penulis dapat berlaku adil dalam penulisan.Jangan membuat fitnah..saya mintak penulis jgn menulis membabi buta…dan berlagak seperti org yg dah faham apa itu idea presiden PAS.
salam perjuangan…
Satu soalan!!!
Adakah penulis tidak bersetuju dgn idea Presiden PAS ttg UG dan kenapa? cuba jelaskan di sini. Adakah hanya mereka UMNO semata-mata atau ada di sana hujjah atau nas atau dalil yg mengatakan HARAM sekali-kali idea tersebut?…
salam.
saya tidak pernah tulis bahawa asri itu ulama’ walaupun dia pernah mengajar agama di maahad ihya assharif.
UG tidak bermakna masuk UMNO.tp istilah unity govt adalah satu model pemerintahan tanpa pembangkang.kalaupun tak masuk umno, barangkali masuk bn.ataupun tubuhkan satu lg koliasi gabungan parti mirip bn.sama saja.
saya tiada nas untuk dikongsi ttg unity govt – saudara boleh rujuk pandangan saya dalam artikel yg sebelum ini.
nampak sgt ko ni mush pimpinan pas.cube meracuni ahli pas..ni kalau tak org BN,ni mesti penyokong tegar PKR atau DAP nih..
salam
tuduhan saudara berat.sy bukanlah org bn, apatah lagi pyokong dap dan pkr.
Ini lah masalahnya bila ahli/pengikut/penyokong PAS berkiblatkan DSAI….. Jgn laa taksub sgt….. dah faham ker apa itu UG???? Mengapa perlu terikat dgn DSAI… Ideologi politik berbeza2… lagi pon PR tidak mempunyai ikatan macam BN….. Penulis terkilan kerana DSAI tak dpt jadi PM bila UG terbentuk kan..??? Maybe rezeki/Qada DSAI bukan sbg PM….Maybe..???
Salam..
pertamanya – sy bukanlah ahli pas , apatah lagi ahli pas yg berkiblatkan dsai.sy belum mendaftar mana-mana parti politik.
keduanya – saya faham ttg UG kerana persoalan ini pernah dibahaskan dalam dewan kuliah di universiti dulu.
ketiganya – untuk apa saya terkilan jika anwar tidak m’jadi pm jika UG terbentuk?
saya petik soalan yg diajukan oleh seorang pengkomentar(ibn_jauzi) kpd tuan, ada respon tak..
sy quote soklan dia
Adakah penulis tidak bersetuju dgn idea Presiden PAS ttg UG dan kenapa? cuba jelaskan di sini. Adakah hanya mereka UMNO semata-mata atau ada di sana hujjah atau nas atau dalil yg mengatakan HARAM sekali-kali idea tersebut?…
salam
saudara,
pandangan sy berkaitan UG jelas – ia idea yg baik namun masa ini bukanlah masa yg sesuai.
bergabung dgn umno belum tentu menjamin kekuatanmelayu-islam di malaysia.mungkin yg berlaku sebaliknya.saudara boleh rujuk pandagan sy di artikel yg sebelum ini.
Tuan penulis yang dihormati,
Seolah-olah tulisan sdr mengajak ahli-ahli PAS bangun menentang pimpinan tanpa ada adab, mana adab jemaah sdr? ya, boleh bertentangan pendapat atau mengata tidak pada idea TGHH ttp ini bukan cara dan adabnya…adakah kerana ia pernah dilakukan dulu kita nak ulang kembali sejarah silam?
Saya salah seorang perwakilan muktamar, perkara ini jelas dan sepatutnya tak menjadi isu, PAS akan tetap bersama & memperkuatkan PR tetapi kita boleh berbincang untuk kepentingan Islam dengan sesiapa pun…apa masalahnya???????? Perjelaskan fikrah sdr, senang kita nak bincang…pada sesiapa sdr wala’…..benarlah kata Dr. Haron din, berjaga-jaga dengan musuh dalam jemaah / parti.
Sudah… hentikan komen-komen dan tulisan-tulisan yang tak bawa kebaikan dan membawa pepecahan kepada jamaah!..jika masih teruskan juga maknanya sdr mungkin dalam golongan yang disebut oleh dr. Haron din.
salam,
saudara terlalu merendahkan mentaliti ahli jemaah pas.seolah-olah tulisan sebegini mampu membawa perpecahan kepada jamaah.
apakah ahli-ahli jamaah pas sebodoh itu?
Insyallah Ahli PAS tak sebodoh itu, ttp ahli PAS jugak manusia biasa….mungkin sdr berasa tulisan sdr “tak apa”…tetapi sdr lupa jika tulisan sdr dicampur dengan lain-lain tulisan yang senada didalam blog-blog dan juga media massa yang memang berniat jahat ia boleh mendatangkan pepecahan.
Saya tak pasti setakat mana penglibatan sdr dalam jemaah, tetapi saya terlibat bermula dari prkt grass root iaitu Cawangan, Kawasan dan prkt Negeri amat bimbang dengan tulisan-tulisan sebegini…bayangkan ada ahli2 kita yang masih percaya pada tulisan-tulisan media UMNO (UM dsb), apatah lagi jika mereka terbaca tulisan-tulisan spt tulisan sdr….sdr sepatutnya turun ke peringkat grass root untuk melihat sendiri…bukan hanya pandai menulis tanpa ada rasa tanggungjawab…maaf, saya tiada niat lain ..hanya nak jemaah kesayangan kita PAS terus hebat, insyallah.
dalam jemaah pandangan dan perbezaan pendapat adalah sat perkara yang patut di raikan…sebahagian dari saudara yg memberi komen negatif, saya beranggapan adalah satu sikap yang tidak demokrasi seperti UMNO. islam menggalakkan kita menegur pemimpin. cara mana pemimpin di tegur itu bergantung. saudara hasbie bukanlah figure dalam PAS. jd pandangan beliau adalah satu pandangan dari anak muda yg mempunyai medannya iaitu blog. tindakan membunuh idea dan pemikiran yg kritis akan menyebabkan sindrom pak turut dalam jangka masa panjang hayat PAS di dunia ini. ini yang kita tidak mahu berlaku seperti UMNO hidapinya sekarang
Terima kasih mat jang.
assalam.
org muda patut di bimbing bukan di patahkan…ilmu itu seperti sampah…musuh lebih berharga daripada kawan yang bodoh. Wallahualam.
Salam
terima kasih saudara qamarqarsyidi.
tapi sy kurang faham dgn ungkapan saudara “ilmu itu seperti sampah”
hidup hasbie muda….
Kenapa selalu ‘matdan2′ ungkit tentang gerak kerja yg dia buat….
Teruskan mengomentar…kita anak muda berjiwa besar…hasbie adalah sebahagian think tank PAS…
‘mandan pas’ hanya ahli bukannyya pemikir dalam PAS…
Hanya melihat dari kacamata penulisan…
Salam
asqalani,
siapalah ana utk jd think tank pas?
pas parti besar dan berpengaruh.
ana cuma seorang anak muda kerdil yg resah .. hehe
GB,
Analisis yang berfakta. perbandingan sejarah yang baik. Asri joint BN selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Tun Razak menjemput atas kepentingan Melayu dan Nasional. PAS terima dengan hati terbuka. Politik Malaysia & Melayu pada 1972-1977, agak tenang. Selepas Tun Razak, UMNO dikuasai oleh kumpulan lain bukan berfikrah Tun Razak, Kerajaan PAS Kelantan disabotaj. PAS ditendeng keluar dari BN. Krisis kepimpinan PAS bermula dan Kelantan diMEGERANkan. PAS kalah teruk pada 1978 dan 1982 kerana corak kepimpinan yang “hebat berpidato”, pandai cakap & kritik tapi tak tahu buat dan mentadbir. Para pemimpin PAS masa itu ramai yang jenis – “CAKAP TAK SERUPA BIKIN” – “CAKAP BERDOLAK DALIK” – “WATAK-WATAK BERJUANG MENGEJAR DUNIAWI” . Rakyat curiga & terus menolak PAS!
Tetapi selepas 1982, bangkit pejuang2 PAS yang jujur memulih imej negatif PAS. Nama2 Tn. Hj Yusuf Rawa, Tn. Guru Nik Aziz, Ustaz Fadhil Nor, dll masih segar dalam ingatan. Mereka mengambil peluang yang strategik untuk PAS dan rakyat Malaysia. Pada tahun 1988 krisis kepimpinan UMNO. PRU 1990, kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, PAS mengembalikan penguasaan Kerajaan Negeri Kelantan. Krisis pemecatan Anwar Ibrahim, 1998, PAS mengorak langkah menguasai Kerajaan Negeri Terengganu selepas PRU 1999. Kesepakatan pembangkang melalui Pakatan Rakyat & faktor Anwar Ibrahim, PAS mencapai keputusan paling gemilang dalam sejarahnya dan menguasai 3 negeri: Kelantan, Kedah & Perak serta menyertai 2 kerajaan negeri pembangkang yang lain.
Apakah PAS buta dari menganalisis dan menilai punca sebenar kekuatannya selain dari mendasari konsep Islam yang hakiki itu?
Sekarang ini UMNO amat sedar kelemahan dan kekuatannya. UMNO juga amat sedar kelemahan dan kekuatan PAS, PKR & DAP – PR. UMNO seboleh2nya ingin rungkai keakar umbi segala kekuatan pembangkang. UMNO cipta pelbagai cara untuk tujuan itu. PR, PAS, PKR & DAP, Anwar Ibrahim perlu dipisahkan dari hati rakyat. Cipta segala kekeliruan dan kebencian rakyat kepada PR demi survival UMNO pada PRU13 nanti!
Kini PAS dalam PR menjadi senjata yang ampuh kepada UMNO bagi tujuan tersebut. – “kepentingan MELAYU” – Apakah sebahagian pimpinan PAS yang dijulang ahlinya itu, tidak tercium akan telatah & gelagat sumbang UMNO itu?
Saya amat setuju terhadap ulasan artikel ini, senario hari ini dilihat mengulangi sejarah silam PAS diatas.
PAS perlu berhati2 dan bertindak membetulkannya. PAS perlu ramai PEMIKIR dan AKTIVIS yang jujur daripada TUKANG SYARAH tapi CAKAP TAK SERUPA BIKIN!
1. Sedih melihat kepada yang mengaku perwakilan muktamar & aktivis PAS takut dialog & analisa yang provokasi……
2. PAS akan memerintah Malaysia. Ahli PAS seharus bersikap terbuka. Hujjah lawan hujjah. Analisa lawan analisa.
3. Hassan Albana pernah menasihati kita .. hanya Allah & rasul sahaja yang tidak boleh di bantah. Pada saya kita boleh gunakan cara kasar arab badawi untuk tegur sesiapa termasuk ulamak.
4. UG adalah lanjutan projek khianat Boneka UMNO berkomplot ngan UMNO nak tubuhkan kerjaan melayu di Perak dan Selangor.
5. Sdr Hasbie, teruskan analisa anda yang bermutu seperti ini.
Salam~
Maaf…saya tak berapa alert ttg isu ini. Walau apapun, pandangan begini baik untuk perbincangan. Biasalah, ada yang tak setuju dan ada yang setuju. Apa-apahal kembaLi semuLa kpd Allah dan RasuL.
Bagi saya sendiri kritikan bagaikan huJan emas. Ia rahmat. Ulama’ pun ada yang khiLaf dan berbeza pandangan tetapi mereka profesionaL. Pernahkan mereka mengutuk sesama mereka seperti apa yang kiTa lakukan pada hari ini. Pada hari TGHD dan TGNA berbeza pandangan, siapa yang sebok-sebok melalak tak tentu pasaL..?
Bijak meniLai isu, mana propaganda dan yang mana sekadar picisan yang tak perlu dibesar-besarkan.
Saya sendiri sebak apabila mengenangkan peristiwa ke atas Datuk Asri Muda. Saya percaya dengan pepatah; Pemimpin tidak pernah membuat keputusan yang siLap, tetapi mungkin akan membuat keputusan yang tidak tepat’. Kerana itu pentingnya ahli (jundi) sebagai pengimbang yang baik. Yang akhirnya, peniLai yang sebenar adaLah Allah.
So, ahli2 PAS (termasuk saya; dah mendaftar aLhamdulillah) jom kita pakat2 tambahkan ILMU.
salam
owh..dah daftar ahli..tahniah2..
dewan muslimat perlukan muslimat progresif seperti saudari yg boleh berkongsi pandangan yg kritikal dgn mereka..
assalamualaikum
PAS kini mengalami perubahan besar dari segi masa dan kedudukan. Dengan ahli yang progresif dan mantap peribadinya, kita melihat PAS semakin mendapat tempat di hati rakyat(termasuk Saya, namun tak berkesempatan untuk menyertainya). Saya mengharapkan PAS terus menjadi relevan di hati rakyat Malaysia. Isu-isu sejarah seperti ini harus dijadikan sempadan oleh ahli-ahli PAS dan penyokongnya termasuk saya agar kejadian yang menimpa Allayarham Dato Asri Muda tidak berulang kali kedua……………………………………. PAS UNTUK SEMUA……………….
salam
himura.
PAS memerlukan pemuda yang berkomiten tinggi dan berfikiran tajam seperti saudara..
terukan berkomentar, saudaraku.
melihat kpd individu2 yang membantah artikal sdr. ianya masih lagi mpunyai tahap pmikiran PAS zaman 60′an..tidak boleh ditegur & dikritik..kononya utk kbaikan..tguran tidak beradab dsb..nak beradab mcm mana?? adakah ada saluran yg trus kpd Tok Guru HA??
PAS perlu terbuka..jgn takut apabila ditegur, takut brpecah..soal adab, Saidina Umar tidak pernah tegur ttg seorang pemuda yang memberi respon dgn mengangkat pedang seraya berkata ‘aku akan tegur menggunakan ini(merujuk kpd pedang)apabila Saidina Umar mengatakan tegurlah beliau kalau ada salah silap, tetapi Saidina Umar menggalakkan…
Patut la PAS seolah-olah kmbli smula pd ms lalu, rupanya masih ada prwakilan yang hidup zaman skrg ttp berfikir zaman 60′an..Maaf,wslm
Anak muda mesti diberikan galakan memberi pandangan dan idea. Yang penting pd masa yg sama mrk menambah ilmu & pgthuan serta menimba pglmn..sdr. Hasbi mesti juga terlibat dgn PAS @ membantu menangkat imej Islam@PAS..jgn komen & kritik sahaja.apa2 pun mg maju jaya.teruskan menulis
terima kasih kickdefella jr..
anak muda seperti sy masih perlu mentah dan perlu tambahkan ilmu dan harta dahulu..
kalau masuk parti nnt tidaklah timbul masalah dan fitnah..
apapun terima kasih atas pandangan saudara.
tahniah, penulisan dan komentar yang sangat baik..aku lihat hang nih memang meminati untuk mengkaji kepribadian pimpinan besar…
komentar terhadap organisasi pas itu sangat baik dan aku bersetuju jugalah, walaupun bukan 100%…bezanye zaman Asri tiadanye Majlis Syuro yang memandu PAS…tapi kalu ikut kenyataan Khalid Samad, syuro hanya berperanan badan yang memastikan PAS dalam landasan islam…Presiden adalah badan pelaksana…dan mungkin Asri, berijtihad dilapangan dan zamannye…sebab join umno ke perkukuhkan pr ke, itu semua strategi dalam siyasatud dakwah….
Nasionalis Islam ini bukan hanya Asri je, Dr. Burhanuddin pun sama…tapi itu sesuai dalam zaman mereka, dan mereka telah membuat sesuatu dalam memartabatkan Islam…cuma zaman hari ini, politiknye lebih dinami, lebih pantas perubahannye..pimpinan kena bijak mengatur strategi dan berani membuat keputusan…
sama macam tok guru nik aziz bersama Semangat 46, ramai je ahli menentang, tapi tok guru tetap dengan keputusannye, disebabkan itu adalah langkah siasah yang tepat ketika itu…
salam..
setuju yang paling (pinjam kata2 prof abu hasan)
TGNA, dan Datu Asri Muda masing2 telah buat ijtihad pada zaman depa.sama saja.
bezanya adalah TGNA adalah seorang yg gemar meminta pandangan ramai org sebelum buat keputusan..kadang2 beliau agak lambat buat keputusan. namun kbyakkan keputusannya sgt tepat..
apapun, kita doakan pimpinan skrg byk membaca dan mendengar nasihat dr cerdik pandai.
inysaAllah selamat..
PAS pada hari ini dilihat menumpang diatas rasa simpati rakyat keatas seorang pemimpin sekutunya dari PMTG PAUH itu dan bukan atas sebab dasar atau usaha parti itu sendiri untuk memenangi hati rakyat. Cuba klau kes atau masalah yg dihadapi oleh pemimpin permatang pauh itu tak pernah wujud, mungkinkah PAS akan memenangi kerusi parlimen seperti tahun lalu &1999?
Hanya Allahyarham Datuk Asri Muda saja yg telah mempamerkan kekuatan PAS sebenar….