>> Debat Presiden GAMIS dengan bekas aktivisnya
1. Pelawaan debat oleh saudara Mior Isfandy kepada Presiden GAMIS dalam soal isu Kerajaan Perpaduan sewajarnya disambut. Perkembangan ini adalah suatu yang menarik apabila dua individu dari kelopak platform perjuangan yang sama mahu bertentangan pandangan dalam wacana segar lagi ilmiah.
2. Saya yakin, saudara Dzulkhairi tidak akan keberatan untuk menerima jemputan itu. Saya juga yakin bahawa tujuan pelawaan debat dibuat bukanlah untuk menunjuk siapa hebat atau siapa handal. Ia bertujuan untuk menguraikan kekusutan yng berlaku pada GAMIS dan ahli-ahlinya lantaran timbulnya idea cadangan Kerajaan Perpaduan. Moga dengan debat yang bakal diadakan nanti, mampu membuka ruang perkongsian bagi pemikiran kritikal saudara Dzulkhairi yang selama ini berselindung di sebalik kritikan kerasnya.
3. Apapun saya menunggu apa jawapan kanda saya, Dzulkhairi.
4. [Kemaskini] Maklumat terbaru yang saya perolehi, saudara Dzulkhairi menolak pelawaan debat itu. Bagi saya, terserahlah kepada tuan punya badan untuk membuat sebarang keputusan. Cuma yang pastinya, GAMIS akan terus dipertikaikan pada masa ini. Mengkritik dengan penuh lantang dan berani, namun tidak mampu (atau mahu) menampilkan fakta dan kupasan yang ilmiah lagi berpijak di sebalik kritikan itu. Saya tidak berniat memprovok, namun sebarang kekalutan dan kekusutan haruslah diuraikan.
>> 24 Jun 2009
1. 24 Jun adalah tarikh lahir dua sahabat baik saya, saudara Sharif Ahmad dan Hafizan Mazuki @ Mat Jang. Dua-dua orang hebat dan berpotensi besar. Seorang bakal MB Kelantan dan seorang lagi bakal MB Terengganu.
2. Kepada Sharif, selamat menempuh hari-hari yang mencabar sebagai mahasiswa perubatan (yang agak berusia secara relatifnya). Jangan sedih, walaupun masih lambat lagi untuk berkeluarga namun ilmumu penuh di dada.
3. Kepada Mat Jang, selamat maju jaya sebagai mahasiswa Sarjana di USM. Oh yea.. dulu Datuk Ahmad Said pun pernah menuntut di sana. Moga nanti saudara akan duduk di tempatnya. Datuk Seri Mat Jang!
>>Penubuhan Koperasi Mahasiswa/i & Alumni Universiti Malaya
1. Alhamdulillah, usaha untuk penubuhan Koperasi Mahasiswa/i & Alumni UM semakin progresif dan menampakkan tanda-tanda positif. Petang esok, pimpinan ECONS akan berbincang dengan pihak KKUM di Rumah Universiti.
2. Penubuhan koperasi sedemikian diharapkan mampu merancakkan budaya keusahawanan di kalangan mahasiswa uniperdana ini. Saya difahamkan kuasa beli di UM begitu besar. Bayangkan jika Koperasi Kedai Buku UM (KKUM) adalah koperasi kedua belas terbaik di Malaysia. Sudah tentu kadar dividennya juga menakjubkan!
3. Saya impikan, suatu hari nanti fresh graduates uniperdana bukan hanya mampu dan berani menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan, namun juga yang besar dan mencabar. Zaman ini adalah zaman sektor perkhidmatan. Ia menjanjikan pulangan yang sangat lumayan.









hah…hasbie tinggi melangut mu puji aku….hasbie lg hebat…aku bukan sape2 pun…hanya insan biasa yg dikelilingi manusia luar biasa…
yea..hari ni mungkin bukan sape-saper..
20,30 tahun lagi insyaAllah dah jd seseorang..
oh yea..paper “MB TRG” tu mu akan seat 25 tahun lagi..so ada byk masa lagi untuk baca buku, tanya orang, belek nota,cari pengalaman,bincang dgn prof hamirdin dll..
moga dapat A..
aku yakin mu akn dapat A..
tq…kerana mu menjadi sorg sahabat yg sgt supportive..persepsi mu pada aku, ku simpan dlm hidup..sesuatu yg terlalu tinggi mu letakkan…
insyaAllah rezki org kita dop nmpk…tp rezki mu aku lebih nmpk skang…selamat berjuang hasbie…:-)
Salam~
Tertarik dengan kritikan nta untuk gamis. Hmmm… saya bukan orang yang terlibat dengan gamis tapi rasa macam tak sesuai pula bila kata gamis hanya hebat di jalanan. Sekarang nampak semakin rancak dengan kegiatan sosial; konsert antara benua, seminar pendidikan islam dsb. Mungkin sebab perkara macam ni tak ada apa sangat nak dihebohkan. Siapa yang ketawakan gamis..? Mungkin nta. Orang akan ketawa bila mereka rasa mereka lebih hebat. Hehe~~! Tidak perlu berdebat hanya sekadar isu yang kecil. Rasanya tidak ada hasil yang boleh dikeluarkan sekiranya debat yang nta maksudkan tu diteruskan. Sekadar pandangan=)
Apa pun, buat yang terbaik untuk ECONS. Menjadi ahli dan mengkritik memang mudah tetapi apabila kiTa di atas dan dibebankan tanggungjawab yang lebih berat baru lah kita tahu apa itu sebenarnya tanggungjawab~mampukah kita sebenarnya..?
Saya pun minat biznes. Kalau ada untung, boleh sHare!!
Salam..
ana tak berminat utk ketawakan gamis..mana mungkin pertubuhan yg kita dokong dan kasih mahu diketawakan..
apapun terima kasih atas pandgn dan ucapan enti..
salam
bila difikirkan balik, agak keterlaluan kritikan saya kpd gamis..
so, saya ubah balik dan murnikan ayat2 sblum ini.terima kasih atas teguran saudari syud..