

Ini gambar kawan baik saya, Muhammad Afiq Abdul Karim. Kami berkawan semenjak di alam matrikulasi.
Gambar di sebelah kiri adalah sewaktu dia berumur 10 tahun. Di sebelah kanan pula sewaktu 21 tahun.
Masa di bangku sekolah, memang Afiq seorang yang agak berisi. Pipinya tembam dan jalannya lambat-lambat. Awek pun tak berapa nak dekat. Maklumlah, terlebih berat.
Disebabkan tekanan, Afiq tekad mahu berubah. Habis SPM, dia berjoging setiap petang, berdiet, kawal selera makan dan kuat bersenam. Tak sampai lima bulan, beratnya turun mendadak. Di kolej kami dulu, Afiq adalah antara jejaka yang menjadi idaman. Ramai aweks yang mahu menjadikannya teman.
Afiq mengajar saya tentang erti perubahan. Transformasi. Ianya payah, tapi amat bererti.
Ya, sesiapapun mampu berubah. Asalkan ada kemahuan, pasti ada jalan.
Tak percaya, tanyalah Obama.

p/s: Al Fatihah buat Allahyarham Michael Jackson.









assalamualaikum..boleh tak ana nak jemput abg untuk bagi ceramah di smapk? kalau boleh,tolong hantarkan alamat tempat kerja abg dan number telefon untuk dilampirkan dalam kertas kerja.abg boleh hantar ke email ana- sharkdeath_92@yahoo.com..syukran.
InsyaAllah,
nanti ana emelkan..