Apa Kena Dengan Rosmah Mansor?

rosmah1. Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah (isteri Tunku Abdul Rahman) tidak pernah dilihat sebagai beban (burden) kepada suaminya. Begitu juga dengan Tun Rahah Tan Sri Noah (isteri Tun Razak) dan Tun Suhaila Tan Sri Noah (isteri Tun Hussein Onn).

2. Malahan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali (isteri Tun Mahathir), Datin Seri Endon Mahmood dan Datin Seri Jean Abdullah (kedua-duanya isteri Tun Abdullah Ahmad) pula dilihat sebagai pendokong kuat kerjaya suami mereka – yang semuanya Perdana Menteri. Mereka dilihat sebagai isteri-isteri PM yang sangat supportive. Imej mereka baik dan mereka disayangi rakyat jelata.

3. Seingat saya, paling teruk pun yang dikutuk dalam kalangan mereka adalah Tun Dr Siti Hasmah. Itu pun kerana dikatakan bahawa Tun Siti Hasmah memakai rambut palsu. Itu sahaja. Ia hanyalah kutukan untuk memuaskan hati pihak-pihak tertentu yang sakit hati. Tiada lebih.

4. Namun malangnya, isteri Perdana Menteri pada masa ini sangat kontradik. Dia tidak dilihat sebagai aset sebaliknya liabiliti. Ini pertama kali berlaku dalam sejarah negara tercinta kita, Malaysia.

5. Beberapa hari yang lalu, dua orang pelajar UM ditangkap kerana didakwa cuba mensabotaj kehadiran Rosmah Mansor ke Universiti Malaya. Secara jujurnya, saya juga tidak bersetuju dengan apa yang mereka lakukan (jika benar mereka melakukan). Namun pada masa ini, bukan lagi untuk fikirkan soal setuju atau tidak. Ia dah jadi soal yang sudah lepas, sejarah. Pada masa ini, kita harus memikirkan kenapa sebegitu teruk imej isteri PM Malaysia kita ini. Di mana silapnya?

6. Datin Seri Rosmah Mansor mungkin akan kembali menjawab . “I’m not a politicion and i’m not running for any post, i’m just the wife of a politician” – satu jawapan yang ringkas tapi sangat luar biasa mengerikan.

About these ads

13 thoughts on “Apa Kena Dengan Rosmah Mansor?

  1. Saya pun tengok dia sebagai satu liability. Sepatutnya dia sebagai wanita pertama, seorang yang menyejukan bila pandang dia. Tapi ini adalah sebalik nya.

    Fikir-fikirkan lan wahai Rosmah!! mana silap nya, jika mahu suami anda disegani oleh rakyat.

  2. Salam,

    Mungkin pesan Allahyarham P. Ramlee dalam lagu ‘kisah suami-isteri’ (kalau tak silap tajuknya) boleh dijadikan iktibar…hehehe!

    Wasalam.

  3. … lebih-lebih lagi tang lirik yang berbunyi, “kadang-kala terdapat si isteri memerintah suami… suaminya dulu hansem… rambut panjang dah jadi botak!… u-la-la…”

    Hehehe!

  4. saya mengharapkan dati seri menutup aurat,yang melambangkan wanita islam dan wanita pertama negara.Ini akan menjadi contoh kepada semua rakyat dlam menegakkan suruhan Allah.

  5. it’s not a matter of tutup aurat atau tidak. Sememangnya wajib ng wanita Islam menutup aurat, tapi isu Rosmah ini, beliau tidak ada ciri2 wanita pertama.

    Tidak seperti Tun Dr. Siti Hasmah mahupun isteri DSAI yg kelihatan sangat berwibawa dan sesuai digelar wanita pertama, Rosmah sebaliknya. Rosmah sepatutnya berubah kerana suami beliau adalah Perdana Menteri kita. Tidak salah bergaya, tapi bertepatanlah dengan status. Datin Seri Endon juga suka bergaya, tapi sentiasa kelihatan sopan & terjaga..

  6. Aku lihat Rosnah nie pelek bin ajaib sikit orangnya. Tak tau apa yang dia nak…………….

    Kalau dulu KJ yang dipersalahkan………tapi akan datang RM. Percayalah!!!!!

    Tapi masa tu dah tak berguna lagi. Nasi dah jadi bubur :-(

    Orang2 UMNO bangkit lah……………jangan tidur. Betulkan keadaan kalau betul2 sayangkan UMNO

  7. gue sokong. kalau sekali skala dia tukar nama kepada Tipah ke, Bedah ke, Gayah ker…. ok gak. He he he. Wat ever RM tetap maintain stylomyLo.
    “I’m not a politicion and i’m not running for any post, i’m just the wife of a politician”
    Klu masuk mengundi, sah-sah aku pejam mata pangkah yg lain.
    Walaupun aku disogokkan dgn RM oleh ‘RM’ aku Xkan terpedaya. he he he

  8. apa hak kita menuduh RM dgn berbagai2 fitnah,,,apa kah diri kita cukup smpurna ? sedang kan rasullulah saw yg di utus tuhan pun tidak pernah menuduh2 org lain,,,,,,ingat lah mmfitnah itu cukup besar dosa nye di sisi allah swt,,ingat lah di akhirat kelak allah akn menilai segala amalan kita di dunia tanpa pengecualian kita dr parti mana x kira kita dr parti PAS ,UMNO ,PKR ka semua nye akn di hisab tanpa dpt di tolong oleh sesiapa walaupun di dunia kita penyokong kuat mana2 parti,,jgn lah kita seronok brplitik shingga lupa dosa dan pahala,,,,

    1. Isunya bukan tuduhan dengan pelbagai fitnah. Tetapi ni adalah pandangan tuan punya blog. Dengan campur tangan RM dan peruntukan yang diberikan untuk RM (program PERMATA), ia seolah-olah menunjukkan RM cuba menonjolkan diri dan menumpang populariti suaminya..
      RM tidak dituduh dalam artikel ni. Isunya, isteri sebagai penyokong suami tetapi RM tidak dilihat memainkan peranan sebegitu..

      1. Saya pelik dengan tuduhan Ustaz Maya. Di mana tulisan saya yg menfitnah DS Rosmah? Saya hanya sebut DS Rosmah berbeza dengan bekas-bekas isteri PM terdahulu.

        Nampaknya Ustaz Maya yg menfitnah saya.

        Terima kasih Ustaz Zuhair.

  9. Ustaz Maya..>> ini bukan soal tuduh atau menfitnah.. Sebagai seorang ustaz anda lebih tentu peka dengan gaya seorang pakaian pemimpin agar menjadi tauladan pada wanita wanita lain. Ustaz mau kah bini ustaz menjadi tontonan ramai melihat aurat bini ustaz.?? Nampak sangat ustaz ni seorang penjilat UMNO sampai tak dapat membezakan yang mana afdal dan yang mana mungkar!! Ada lah menjadi kewajipan seseorang umat menegur umat lain jika teguran itu membina…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s