>>Micheal Jackson yang Penyayang
1. Sudah lebih seminggu Micheal Jackson meninggalkan dunia yang fana ini. Namun, kehilangannya masih ditangisi dan diratapi di serata dunia.
2. Saya sempat membaca beberapa rencana mengenai Jacko. Saya dapat merumuskan bahawa beliau masyhur dan disayangi ramai peminat kerana dua faktor utama. Pertama, persembahan luar biasanya hasil kerja keras berlatih semenjak kecil dan yang keduanya sifat penyayangnya khususnya kepada kanak-kanak. Lihat di sini dan di sini.
3. Kita tahu bahawa Jacko tidak menikmati zaman kecilnya lantaran sikap bapanya Joseph yang sangat mengongkong termasuk mendera. Namun Jacko tidak membalas dendam dengan melakukan perkara yang sama kepada anak-anaknya. Sebaliknya, beliau cuba menjadi seorang bapa yang sangat penyayang. Sangat-sangat penyayang.
>>’Ribut Dalam Cawan’ PMIUM
1. Ribut dalam cawan PMIUM masih wujud walaupun isu-isu panas yang timbul sebelum ini sudah mulai reda.
2. Ada teman dari kampus lain (selain UM) bertanyakan saya apa yang sebenarnya berlaku dalam PMIUM. Semacam ada perang besar katanya. Saya menafikan, memang tiada perang besar. Yang ada hanyalah perselisihan pandangan antara ahli-ahli dan juga para alumni.
3. Keadaan sebenarnya berpunca apabila wujudnya ‘Majlis Syura yang tidak rasmi’ dari kalangan segelintir kecil alumni-alumninya yang ‘hebat-hebat’. Disebabkan mereka ini sangat hebat, maka mereka mula ghairah mencaturkan perjalanan PMIUM mengatasi pimpinan yang telah dilantik secara sah. Disebabkan mereka ini sangat hebat juga, maka dengan sewenang-wenangnya teguran kepada YDP MPMUM (yang dikuasai PMIUM) dibuat tanpa adab dan akhlak berjemaah.
4. Saya tahu sebab saya pernah menganggotai Majlis Tertinggi PMIUM. Rupa-rupanya banyak keputusan yang dicatur oleh mereka yang ‘hebat-hebat’ itu.
5. Brainstorming dengan para alumni adalah budaya kerja yang baik. Namun apabila ia dijadikan platform oleh segelintir kecil alumni untuk campur tangan secara keterlaluan dalam hal ehwal PMIUM, maka itulah yang menyebabkan masalah. Budaya nasihat-menasihati sudah mula bertukar kepada budaya memberikan ‘arahan untuk dilaksanakan’.
6. Sepatutnya kita (alumni) memberikan ruang untuk pimpinan memikirkan apa yang terbaik untuk organisasi. Jangan menekan dan mengongkong mereka. Jangan lebelkan mereka penakut sekiranya cabaran atau cadangan kita yang ‘hebat-hebat’ itu tidak dipatuhi.
7. Kematangan alumni dalam membantu PMIUM adalah aset yang sangat bernilai. Ia mencipta sinergi dalam kepimpinan PMIUM. Saya menyarankan agar alumni-alumni PMIUM belajar daripada saudara Hisomuddin Bakar, saudara Ramadhan Fitri dan saudara Khoirol Anwar Mat Zuki.
>>13 Julai 2009
1. Tarikh ini adalah tarikh ulang tahun kelahiran bonda saya, Puan Kelthom Mohd Amin serta sahabat seperjuangan saya, saudara Faisal Mustaffa @ Pak Chan.
2. Untuk satu-satunya ibu tersayang yang saya miliki, moga dirimu terus sejahtera mengharungi hari-hari yang ceria. Terima kasih kerana membesarkan kami adik-beradik tanpa keluh-kesah. Terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan. Sesungguhnya, hanya Allah yang mampu membalasnya.
3. Kepada Pak Chan pula, selamat maju jaya dalam menempuh alam kerjaya yang mula mencabar. Terima kasih kerana menjadi seorang teman yang kritis dan pemurah. Terima kasih juga kerana rajin memasak di rumah Baitul Tarbiyah (BT).









Sedikit tambahan..
term ’syura tak rasmi’ itu tidak lah membawa konotasi yang seratus peratus negatif..
ia ada baiknya bila ada alumni turut luangkan masa berbincang ttg mslh kampus..ia juga adalah satu pengorbanan yg sgt bererti..
cuma apabila ia keterlaluan, atau dos terlebih.itu yg akan bawa masalah..mcm gula jugak..kalau dah masukkan 5 sudu utk segelas air, haru la jwbnya.