1. Alhamdulillah, semalam saya diizinkan oleh Allah untuk bergraduasi tepat pada masanya – 3 tahun pengajian. Saya juga bersyukur kerana diizinkan-Nya untuk hadir ke Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya semalam walaupun kesihatan agak kurang memberangsangkan. Saya bimbang juga, takut-takut pitam sebelum sempat menerima skrol di pentas.
2. Setelah bertungkus-lumus selama 3 tahun di UM, setahun di KMKN, 5 tahun di SMAPK, 3 tahun di SKKN dan 3 tahun di SKDM – akhirnya ilmu saya diiktiraf dengan pengurniaan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya.
3. Impian untuk bergelar graduan Ekonomi telah berputik seawal di tingkatan 2. Namun, angan-angan itu saya halakan ke UKM ataupun UIA. UM terlalu jauh dari angan-angan. Kata senior-senior saya, persaingan di UM terlalu mencabar.
4. Sebelum melangkah ke SMAPK pada tahun 2000, Abang sulung saya, Abang Jaladi pernah membawa saya meninjau-ninjau UKM. Katanya ” Sudah datang belajar di Kajang, mesti kena make sure dapat masuk Universiti”. Cabaran itu telah saya telan dengan rasa yang payah. Bukan mudah mahu bergelar pelajar universiti. Apatah lagi universiti tersohor seperti UKM.
5. Sesudah menerima keputusan SPM, hati saya hampir sepenuhnya untuk ke UIAM. Pada waktu itu, pelajar SMAPK memang ramai tertumpu ke UIAM. Saya tidak terkecuali. Surat tawaran untuk ke Matrikulasi KPM iaitu ke KMKN telah saya lipat dan bakulsampahkan. Tekad ke UIAM kononnya. Namun apabila Istikharah saya membawa makna yang agak kontradik dengan niat asal, saya akhirnya memilih untuk merantau jauh ke Kuala Nerang Kedah. Alhamdulillah, jalan yang Allah tunjukkan itu membawa begitu banyak nikmat dan rahmat yang tidak mampu digambarkan.
6. Sesungguhnya perjuangan menuntut ilmu bukanlah sesuatu yang mudah. Ia payah penuh dengan onak ranjau. Saya berterima kasih kepada semua yang banyak membantu saya selama ini. Antaranya:
- Bonda saya Puan Kelthom Mohd Amin yang tidak jemu-jemu melayan karenah anaknya ini. Juga Ayahanda Muda Abdullah yang telah kembali kerahmatullah pada usia saya 1o tahun.
- Adik-beradik yang sangat supportive. Semua yang banyak memberikan dorongan, nasihat dan semangat di masa susah dan senang – Kak Nor, Kak Dah, Kak Ha, Abang Di, Saifu (Allahyarham), Din, Kero, Kak Tie, Ro, Kay, YaMie, MieYu, abang-abang dan kakak ipar.
- Saudara-mara.
- Para guru dan pensyarah yang komited mendidik.
- Sahabat,teman-teman rapat, kawan-kawan dan semua kenalan.
- PMIUM dan IKRAM
- SKDM
- SKKN
- SMAPK
- KMKN
- Universiti Malaya
- ECONS Malaysia
7. Doakan semoga ilmu yang saya miliki mampu diterjemahkan kepada himpunan budi dan jasa yang pahalanya berkekalan. Terima kasih semua!








Salam dan tahniah akhi!
Semoga dayung yang baru diperoleh memampukan anta mengemudikan perahu di lautan kehidupan ini dengan jaya!
Wasalam.
Salam
terima kasih akhi
mudah-mudahan insyaAllah
Salam Adinda,
Tahniah atas kejayaan ke Puncak Menara Jaya UM!
Kami bangga dengan ketekunanmu mendaki dengan tanpa mengira penat dan lelah!
Teruskan usaha untuk mendaki ke puncak yang lebih tinggi.
Taniah juga Untuk Pak Uda dari Dzul, Ammar, Ijah & M’yam.
Salam abg di
terima kasih byk atas dorongan slame ni
insyaAllah mudah-mudahan..
trima kasih juga pada dzul,ammar,ijah n maryam..hehe~
Salam tahniah buat Ustaz Hasbie..
Ana pun sebenarnya tak nak masuk UM..
Ana nak sambung blajar dkt UUM..
Nak sangat belajar ekonomi..
Tapi dpt masuk UM plak..
Dlm bdg pengajian Melayu plak tu..
Tp ana yakin dgn suratan Ilahi..
Kerana sbelum ana buat pilihan course,
ana dah istikharah byk dah..
Sbb tu la ana msuk UM juga..
Wlaupun sbenarnya ana rasa lgsung x ada pluang nk masuk ke situ..Hehe.. (^_^)
Salam
terima kasih dan tahniah kembali kerana berpeluang blaja di UM..sebenarnya ana bukan tak nak blaja kat um, cuma rasa mcm payah nk dapat..bila da dpt mmg syukur byk2.
Teringin jgk utk blaja di bidang pgajian Melayu..minat utk mgkaji ttg bangsa sendri.
apapun selamat meneruskan perjuangan!
salam , tahniah abg hasbie ….smoga berjaya dlm kehidupan dunia dan akhirat ,saya doakan ….terima kasih atas tuhjuk ajar kpd saya selama ini….sukri hashim..fac eko , thun 2
salam
terima kasih atas doa,ingatan dan ucapan..insyaAllah mudah-mudahan.
moga dapat terus maju ke hadapan.Abg tggu bila shuk nk start blogging..hehe~
Salaam… Tahniah buat akhi… Moga terus thabat dalam perjuangan… Semoga berjaya dalam setiap peliang yang terhampar di hadapan…
Insyaallah..mudah-mudahan
ana hargai kasih dan syg teman-teman
Salam. Tahniah kepada Adik Bie.
Semoga yang kita bincangkan hari tu menjadi kenyataan, insyaAllah.
tengkiu abg eyman @ cik man chubby
haha~
nobel
bom nuklear
kapal angkasa
selipar jepun.
nnt bncg lagi..
Insyaallah…tunggu2kanlah bila masa sesuai sya akn blogging …hehehehe
salam…
saya sekadar ingin mendapat pandangan dari saudara…
saya merupakan lepasan stpm…
alhamdulillah, keputusan yg saya dapat cukup memuaskan hati saya…
saya bercadang untuk menyambung pelajaran dalam bidang ekonomi…
saya ingin bertanya, universiti apakah yg paling baik untuk saya menyambung pengajian saya ini…
ada yang berpandangan, bahawa ukm paling bagus kerana sudah ramai melahirkan tokoh ekonomi….
dan ada yang berpandangan bahawa um la universiti yang bagus untuk kos ekonomi ini…
saya berharap, saudara dapat memberikan pandangan kepada kekeliruan saya ini…
salam,,anda dahulu amik jurusan apa time matrk?saya aliran sains hayat nak amik economi,,pointer kena brp?