Kenapa Kita Sambut Hari Merdeka?

1 09 2009

1. Pada 31 Ogos 2009, genaplah 52 tahun kita merdeka. Hari Kemerdekaan disambut saban tahun dengan pelbagai jenis ragam dan bentuk sambutan.

2. Saya percaya bahawa sambutan kemerdekaan membawa sejuta makna bagi individu yang memahami erti sebuah kemerdekaan. Individu yang merasai zaman penjajahan pasti memahami keperitan hidup dijajah. Sudah tentu mereka akan menikmati kemerdekaan dengan begitu bersyukur sekali.

3. Namun bagaimana dengan generasi pasca merdeka yang lahir sesudah negara kita merdeka?

4. Pada tahun ini, sebahagian besar rakyat Malaysia adalah dari generasi pasca merdeka. Golongan dewasa , belia, remaja dan kanak-kanak ini menyambut Hari Kemerdekaan tanpa merasai nikmat sebenar bebas dari penjajahan. Kadang-kadang, sambutan 31 Ogos menjadi ruang untuk menghiburkan diri dengan sambutan yang jelas tidak selari dengan semangat sebenar kemerdekaan.

5. Setiap orang daripada kita seharusnya cuba meletakkan kaki ke dalam kasut datuk nenek kita yang pernah hidup di zaman penjajahan. Cubalah merasai ketakutan yang dialami oleh mereka.

6. Ketakutan dari dibunuh atau dicederakan penjajah tidak sama dengan ketakutan pekerja naif pada majikannya yang garang, atau ketakutan mahasiswa mandom pada pentadbir kolej kediamannya yang korup, atau ketakutan anak-anak pada ibu-bapanya jika anak-anak itu melakukan kesilapan.

7. Selain rasa takut yang ekstrem, zaman penjajahan juga menjanjikan masa depan yang begitu kelam sekali. Apakah yang memotivasikan datuk nenek kita pada masa itu untuk terus berjuang?

8. Kesusahan menjadikan kita lebih kuat dan lebih berdikari.

9. Saya percaya bahawa perjuangan mengisi dan mempertahankan kemerdekaan adalah lebih sukar. Kita berhadapan dengan sejuta macam musuh yang kadang-kadang kita tidak mampu kenalpasti. Sekiranya kita leka dan lalai, musuh akan menelan kita pada bila-bila masa sahaja.

10. Sambutan kemerdekaan mungkin tidak mampu memberikan kita rasa yang serupa dengan apa yang nenek moyang kita rasa. Namun sambutan kemerdekaan pada saban tahun saharusnya mampu menjadi titik tolak untuk kita memastikan bahawa setiap sesuatu yang dibelenggu harus dimerdekakan.

11. Membebaskan sesuatu dari ‘belenggu yang sedang membelenggu’ memerlukan kekuatan yang cukup. Ia tidak mampu dilakukan oleh generasi yang masih melihat sambutan kemerdekaan sebagai masa untuk mersorak, bertempik dan bersuka ria semata-mata.

12. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 52.

About these ads

Actions

Information

2 responses

1 09 2009
alzinki

Salam ramadhan akhi. Pe macam puasa tahun ni. Selamat berkenalan. Kita sefikrah kan?

2 09 2009
Mohd Hasbie Muda

salam..alhmdllh baik sekali..
yea slmt berkenalan juga dgn teman sefikrah..hehe..

bila balik malaysia?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 5,210 other followers

%d bloggers like this: