Antara Keyakinan Bangsa Kita dan Mereka

27 03 2010

(Petikan mesej Presiden US dalam buku A New Era of Responsibility)

Bukan mudah untuk mengembalikan keyakinan sesebuah bangsa yang pernah dijajah. Apatah lagi untuk suatu tempoh penaklukan yang lama – 446 tahun.

Namun, bukanlah suatu yang mustahil untuk menggantikan sesebuah generasi lama dengan generasi baru yang jauh lebih kuat dan unggul. Di dalam dunia tanpa sempadan hari ini, hanya bangsa yang kuat akan terus berkuasa dan menguasai. Tidak akan selama-lamanya dasar affirmatif boleh dipertahankan oleh mana-mana bangsa melainkan mereka akan merungkaikannya satu-persatu.

Pada hari ini, malam sudah tidak menjanjikan bulan dan bintang.

Kejayaan hanya menjadi milik bangsa yang YAKIN pada diri-sendiri!





Syed Hamid Ali

19 03 2010

Saya mula perasan dengan nama ‘Syed Hamid Ali’ sewaktu membaca tulisan beliau dalam sebuah akhbar tabloid politik, 8 tahun yang lalu. Sebelum itu, saya hanya kenal Dr. Syed Husin Ali, Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada ketika itu. Rupanya mereka adik-beradik. Pak Hamid adalah anak bongsu daripada 4 beradik.

Semalam (18 Mac 2010), saya berkesempatan bertemu dan mendengar ucapan beliau secara live. Beliau mengimbau gerakan aktivisme mahasiswa era 60-an yang telah berupaya menggugat kepimpinan Tunku Abdul Rahman. Pak Hamid adalah mantan Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UMSU) untuk tahun 1967 dan 1968. Pada tahun 1969, beliau dipilih sebagai Presiden UMSU.

Perkongsian semalam sangat bererti. Beliau masih bersemangat sebagaimana beliau pada tahun-tahun 60-an, walaupun usianya sudah menjangkau 60-an.

Tahniah Pak Hamid. Juga tahniah kepada saudara Fahmi Reza yang berinisiatif menganjurkan syarahan ‘Student Power’ semalam. Semoga semangat dan roh perjuangan ‘Student Power’ akan kembali dalam jasad-jasad baru yang lebih bertenaga!





Iktibar Kegagalan Semangat 46

10 03 2010

1. UMNO masih parti politik yang kuat. Sebagai sebuah parti pemerintah (ruling party), UMNO masih sukar ditewaskan.

2. Sepanjang sejarah pilihanraya di Malaysia, telah wujud pelbagai pakatan parti-parti politik yang serius mahu menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional. Namun semuanya telah gagal.

3. Barisan Sosialis (SF) misalnya yang dianggotai Parti Rakyat dan Parti Buruh gagal disebabkan tekanan pemerintah pasca Tragedi 13 Mei 1969 di samping ideologi perjuangan sosialis yang kurang diterima oleh rakyat pada ketika itu. Barisan Sosialis juga telah dikaitkan dengan anasir komunisme.

4. Sebelum wujudnya Barisan Alternatif pada tahun 1999 dan Pakatan Rakyat pada 2008, telah wujud dua lagi pakatan parti politik yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah (melibatkan Parti Melayu Semangat 46, PAS, Berjasa, KIMMA dan HAMIM) dan Gagasan Rakyat (melibatkan Parti Melayu Semangat 46, PRM, DAP dan PBS). Kedua-duanya diterajui oleh YM Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), Presiden Parti Semangat 46.

Read the rest of this entry »





Keluar Parti Bukan Perkara Baru

4 03 2010

1. Pada tahun 1951, Yang Dipertua UMNO Datuk Onn Jaafar telah bertindak keluar parti kerana berkecil hati di atas penolakan ahli-ahli UMNO terhadap cadangan beliau untuk membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu. Langkah beliau turut diikuti oleh anakanda beliau Kapten Hussein Onn yang merupakan Setiausaha Agung UMNO pada ketika itu.

2. Pada tahun 1953, Yang DiPertua Agung PAS Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan telah meletakkan jawatan dan mengumumkan penyertaannya beliau ke dalam Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pimpinan Datuk Onn Jaafar. Beliau bertindak sedemikian apabila cadangannya untuk menyokong gagasan National Conference anjuran IMP ditolak oleh ahli-ahli PAS.

3. Selain mereka, ramai lagi pemimpin-pemimpin utama parti politik di Malaysia telah bertindak keluar atau lompat parti.

Read the rest of this entry »








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.