Negara Kita, Tanggungjawab Kita

1. Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) dijangka akan diadakan pada awal suku kedua tahun hadapan, 2011. Jangkaan ini berdasarkan beberapa senario politik semasa negara yang kelihatan lebih menyebelahi Umno dan Barisan Nasional.

2. Dalam kita menuju ke negara maju 2020, ekonomi negara kita masih dibelenggu masalah stagflasi yang dirasai ramai orang. Harga barang meningkat tetapi kuasa beli di pasaran semakin jatuh disebabkan kemelesetan pasca krisis Subprima yang melanda US beberapa tahun lepas. Jumlah graduan menganggur dijangka sedang mencecah 90 ribu orang manakala tenaga buruh bukan graduan pula dianggarkan lebih ramai lagi. Gelembung hartanah dijangka akan berlaku walaupun ada penganalisis berbayar yang menjangkakan sebaliknya.

3. Pada masa yang sama, masalah moral rakyat khususnya generasi muda semakin membimbangkan. Gejala buang bayi yang berleluasa serta terbaru rakaman perlakuan seks sepasang kanak-kanak di Pulau Pinang menyedarkan kita bahawa masalah gejala sosial sedang berada pada tahap yang terlalu teruk.

4. Apakah yang kita boleh lakukan untuk mengubah dan memperbaiki keadaan ini?

5. Adakah Umno dan Barisan Nasional masih boleh diberikan mandat untuk terus memimpin walaupun telah terbukti gagal setelah 53 tahun memerintah?

6. Adakah PAS dan Pakatan Rakyat mampu diharapkan untuk melakukan perubahan? Atau lebih teruk jika mereka berkuasa?

7. Sebagai rakyat, kita perlu menempatkan diri kita di suatu kelompok masyarakat massa yang celik akal dan cakna fikiran khususnya dalam menilai sesuatu isu yang berlaku di sekeliling kita. Kecenderungan kita dalam menentukan sikap kita mestilah dibuat selepas penilaian yang menyeluruh dan jujur dilakukan. Kecondongan kepada satu-satu parti menyebabkan majoriti rakyat terbanyak seringkali diperalatkan oleh parti-parti politik samada yang sedang berkuasa atau yang mahu merebut kuasa.

8. Zaman telah berubah. Kita sebagai rakyat sepatutnya sudah tidak mudah untuk diperbodohkan. Kita perlu menilai sesebuah parti dalam kerangka penilaian yang lebih besar. Parti yang lebih kompeten, telus dan bertanggungjawab (amanah) mestilah menjadi pilihan nombor wahid kita semua. Tiga ciri-ciri ini yang akan menentukan sejauh mana negara kita, Malaysia boleh melangkah ke hadapan.

9. Setiap apa yang berlaku pada zaman ini, akan meninggalkan kesan kepada generasi akan datang.Mengundi sebuah parti yang salah akan merosakkan generasi zaman kita dan akan datang.

10. Adakah kita bersedia untuk dipersalahkan oleh generasi anak-cucu kita?

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s