Keputusan Pilihanraya Kampus 2001 – 2011

23 02 2011

1. Pada era pasca-Reformasi ’98 iaitu selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, masyarakat kampus secara mutlak menolak front-front mahasiswa yang pro-Barisan Nasional dan memilih front-front anti-establishment. Ada juga kampus yang dimenangi tanpa bertanding kerana front-front utama melakukan persefahaman politik (tahalluf siyasi) sesama sendiri.

2. Pada ketika itu, Perdana Menteri Dr Mahathir dan para menteri gusar untuk turun ke kampus kerana takut diboo dan dimalukan. Kebangkitan front-front yang dilabelkan pro-pembangkang menyebabkan pemimpin Umno/BN tidak senang duduk. Mereka perlu melakukan sesuatu.

3. Hasilnya, grand design dilakar dengan penuh cermat. Beberapa wakil Pemuda Umno dan Puteri Umno bergabung tenaga untuk mencari jalan memenangkan front pro-BN. Naib Canselor yang neutral dan tidak bersedia menurut perintah Umno ditukarkan satu persatu. Di UM, Datuk Dr Annuar Zaini Mohd Zain ditamatkan dan digantikan dengan Datuk Hashim Yaacob. TNC HEP dilantik dari kalangan ahli akademik (dibaca: profesor kangkung) yang terlibat aktif dengan Umno/Alumni Kelab Umno Luar Negara. Antaranya Datuk Dr Razali Agus dan Datuk Dr Azarae Idris (gambar).

Read the rest of this entry »





Masa membuat tuntutan

22 02 2011

1. Undi kaum Cina telah menyelamatkan Umno/BN dalam pilihanraya umum 1999. Waktu itu, orang Melayu mengundi PAS secara besar-besaran namun PAS/Barisan Alternatif gagal menguasai kerusi Dewan Rakyat kerana undi Cina mutlak milik Barisan Nasional. Buat pertama kalinya DAP termasuk Lim Kit Siang tersungkur teruk.

2. Kemudian Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (SUQIU) muncul sebagai ketumbukan suara kaum cina dan membuat 83 tuntutan penting kepada kerajaan BN.

3. Kerajaan terpaksa akur dengan beberapa tuntutan SUQIU kerana ‘terhutang budi’ dengan undi kaum Cina yang memenangkan mereka. Antara tuntutan yang diterima adalah penghapusan sistem kuota dan digantikan dengan sistem meritokrasi.

4. Kerajaan boleh sahaja mengabaikan tuntutan-tuntutan itu, tetapi mereka mungkin terpaksa membayar dengan kekalahan dalam piliharaya penggal seterusnya.

Read the rest of this entry »





Tahniah Pro Mahasiswa!

22 02 2011

1. Pro Mahasiswa kembali menawan kampus-kampus utama dalam keputusan pilihanraya kampus (PRK) tahun ini. Pro M menang di UM, UKM, UPSI,UMK, USIM dan UMS manakala tewas di kampus UPM, USM dan UTM.

2. Sebelum ini, memang front mahasiswa yang anti-Umno menguasai kampus. Namun apabila Umno melaksanakan grand design menguasai MPP seluruh kampus, front-front tersebut tumbang di hampir kesemua kampus. Pada PRK 2003/04, semua kampus dirampas oleh front Aspirasi (Pro-Umno) kecuali UM dan UIAM.

3. Tahun-tahun gelap itu berlangsung hampir sedekad.

4. Tidak mustahil, grand design akan direncanakan semula. Lebih-lebih lagi Ketua Pemuda Umno kini tiada banyak kerja kerana tidak dilantik sebagai menteri.

5. Apapun, saya rakamkan ucapan tahniah kepada adik-adik Pro M di semua kampus. Allah telah menganugerahkan kemenangan hasil kerja-keras saudara-saudari. Moga ia diteruskan dalam mengisi kemenangan ini.

6. Kerja kuat!





Jangan melampau

21 02 2011

1. Saya kurang selesa dengan beberapa ucapan para pemimpin PAS yang terlalu keras dalam menghukum Umno. Terbaru ucapan seorang pemimpin pemuda di Perak yang menyelar sikap ‘bias’ Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dalam beberapa isu yang berbangkit. Antaranya isu ‘Ancak’, ‘UG’ dan beberapa lagi.

2. Pemimpin tersebut menyebut bahawa TS Harussani tidak berani untuk komen isu ‘Wang Judi’ di Pulau Pinang kerana dia sendiri dibayar oleh kerajaan Perak menggunakan ‘wang pelacur’. Katanya wang kerajaan negeri Perak adalah bercampur antara sumber halal dan haram. Oleh kerana itu, TS Harussani hanya mendiamkan diri.

3. Banyak lagi kecaman yang keras-keras dilakukannya terhadap TS Harussani.

4. Saya fikir kita wajar memilih sifat bersederhana dalam setiap perkara yang kita lakukan, termasuk berpolitik. Kecenderungan menghukum, melabel, memaki-hamun dan mengecam keras lawan politik kita adalah tindakan yang sudah tidak boleh diterima pada hari ini.

Read the rest of this entry »





Siapa Abdullah bin Ubai?

19 02 2011

Sedikit pengenalan tentang seorang tokoh Munafiq yang terkenal, Abdullah bin Ubai bin Salul. Nama beliau menjadi semakin terkenal di Malaysia kerana diangkat oleh negarawan Tun Dr Mahathir. Dalam blog CheDet, Tun Dr Mahathir mempersoalkan adakah Abdullah bin Ubai tidak boleh dianggap berjasa kepada Islam sedangkan dia telah membina Masjid Dhirar.

Gerakan munafik bermula di Madinah di bawah pimpinan Abdullah bin Ubai. Abdullah bin Ubai, sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w ke Madinah, merupakan seorang yang sangat berpengaruh di sana sebagaimana kedudukan Abu Sufyan di Makkah. Selepas Perang Bu’as tamat penduduk Madinah (nama asalnya Yathrib) sudah sepakat untuk melantik Abdullah bin Ubai sebagai raja di Madinah, malah mahkotanya pun sudah siap dibuat. Masyarakat Madinah bersetuju melantik Abdullah bin Ubai menjadi raja menunjukkan dia memiliki sifat-sifat yang menyebabkan dia dihormati dan dimuliakan.

Sebelum Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi sudah lama bertapak di sana. Kaum Yahudi dikenali sebagai ahli Kitab, orang beragama yang memiliki peradaban yang mulia. Kaum Yahudi juga menguasai bidang ekonomi dan mempunyai kekuatan dalam bidang ketenteraan. Kaum Yahudi yang dikenali sebagai ahli agama, ahli ilmu, ahli ekonomi dan ahli ketenteraan menyebabkan mereka dipandang tinggi oleh orang Arab Madinah.

Orang Arab Madinah memandang kaum Yahudi sebagai manusia yang berjaya dan disegani. Kedudukan kaum Yahudi yang demikian menyebabkan orang Arab Madinah suka meniru peradaban Yahudi tetapi mereka tidak memeluk agama Yahudi. Bagi orang Arab agama Yahudi dilihat sebagai khusus untuk orang Yahudi sahaja. Walaupun tidak menerima agama Yahudi tetapi banyak daripada nilai-nilai moral Yahudi diterima pakai oleh orang Arab Madinah.

Read the rest of this entry »





Siapa Mustafa Kamal Ataturk?

17 02 2011

Berikut adalah sedikit sebanyak pengenalan tentang Mustafa Kamal Ataturk, seorang tokoh nasionalis Islam progresif menurut kaca mata Tun Dr Mahathir Mohamad. Rujuk tulisan Tun Dr Mahathir di sini.

Mastafa Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Ataturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam Uthmaniyah Turki pada tahun 1343H (1924M).

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar Salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan kastam.

H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul ‘al-Zi’bu al-Aghbar’ atau ‘al-Hayah al- Khasah li Taghiyyah’ telah menulis:

‘Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. Nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.”

Read the rest of this entry »





Kempen ‘PAS ganti Umno’ retorik?

16 02 2011

1. PAS menyedari undi Melayu mulai kembali kepada Umno, hasil propaganda berterusan media milik kerajaan dalam menakut-nakutkan kaum Melayu dengan isu 3R (Royal, Race, Religion).

2. Menghadapi media Umno (TV3, RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo dan segala macam media arus perdana) bukan semudah yang disangka. Tambah memburukkan keadaan, minat rakyat terhadap media baru seperti blog, Twitter dan Facebook kian pudar.

3. Beberapa program dan kempen diadakan PAS untuk meraih kembali sokongan Melayu. Antaranya kempen ‘PAS ganti Umno’.

4. Saya optimis kempen ini boleh membawa impak yang besar. Namun beberapa aspek perlu diperbaiki. Antaranya pada medium hebahan atau ‘pemasaran’ yang paling luas digunakan iaitu ‘banner’.

Read the rest of this entry »





DUN Kerdau medan penentuan kelapan PAS

12 02 2011

1. ADUN Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kasim dilaporkan meninggal dunia pada jam 6.30 petang tadi. Al Fatihah dan takziah diucapkan buat ahli keluarga beliau.

2. DUN Kerdau adalah salah satu DUN di bawah Parlimen Kuala Krau, Pahang. Pada PRU 2008, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kasim mengalahkan calon PAS Hasanuddin Salim dengan majoriti 1615 undi. Allahyarham mendapat 4135 undi berbanding Hasanuddin 2520 undi. Jumlah pengundi pada tahun 2008 adalah 8451 orang sahaja.

3. Oleh kerana Pakatan Rakyat menetapkan calon PRK berasaskan status quo, maka kerusi Kerdau akan ditandingi oleh PAS selaku wakil Pakatan Rakyat. Tuan Ibrahim Tuan Man yang merupakan Yang DiPertua PAS Kuala Krau dijangka akan menjadi pengarah pilihanraya DUN tersebut sesudah PRK Merlimau.

Read the rest of this entry »








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.