PRU13:PAS kuasai Terengganu?

15 03 2011

1. Dalam PRU12, PAS/Pakatan Rakyat gagal merampas Terengganu walaupun ‘tsunami politik’ telah berjaya menumbangkan Umno/Barisan Nasional di 5 buah negeri (Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan juga Kelantan).

2. Berdasarkan jumlah undi yang dikutip di 8 kerusi parlimen Terengganu, PAS/Pakatan Rakyat memperolehi 177,417 undi manakala Umno/BN berjaya memperolehi 212,158 undi. Undi popular milik PAS/Pakatan Rakyat adalah sekitar 45.5% manakala Umno/BN sebanyak 54.5%. Perbezaan adalah sekitar 9%.

3. Jumlah pengundi di Terengganu adalah sekitar 400,000 orang atau 0.4 juta orang. Untuk menang dan memerintah, PAS/Pakatan Rakyat perlu memperoleh sekurang-kurangnya 200,000 undi, iaitu lebih 23,000 undi daripada jumlah yang dicapai pada 2008.

4. Pengiraan jumlah undi popular di 8 kerusi parlimen ini mungkin berbeza dengan jumlah undi di 32 kerusi DUN di Terengganu, namun jumlah perbezaan itu adalah kecil dan bersifat tempatan. Ia mungkin disebabkan oleh faktor calon atau isu-isu setempat.

5. Umno/BN sebenarnya meraih banyak undi di kawasan sekitar Besut, Setiu dan Kemaman. Ia bukanlah suatu yang pelik kerana tokoh-tokoh utama Umno Terengganu berasal dari tempat-tempat tersebut. Walaubagaimanapun, PAS/Pakatan Rakyat perlu melipat-gandakan kempen di tempat-tempat tersebut di samping meletakkan calon ‘heavyweight’ bagi mencabar calon-calon Umno/BN.

6. Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli sememangnya wajar diturunkan bertanding di Kemaman manakala Timbalan Presiden Ustaz Nasharuddin Mat Isa wajar kembali diletakkan bertanding di Besut.

7. Di kawasan-kawasan DUN yang lain, PAS/Pakatan Rakyat sebenarnya bersaing rapat dengan Umno/BN. Julat perbezaan undi di kawasan-kawasan yang lain adalah amat kecil dan sangat jelas dipengaruhi oleh pengundi atas pagar.

8. Pada masa ini, pengundi atas pagar ini kebanyakkan mengundi berdasarkan keyakinan mereka terhadap keupayaan parti bertanding dalam membangunkan ekonomi Terengganu. Faktor ekonomi dan pembangunan ini amat penting di negeri ini memandangkan peluang pekerjaan yang terhad telah menyebabkan kadar pengangguran yang tinggi di Terengganu.

9. Intipati utama dalam kempen PAS Ganti Umno sewajarnya pembentangan secara jelas strategi PAS/Pakatan Rakyat dalam membangunkan ekonomi Terengganu.

10.  Selain itu, tawaran (buku Jingga) menaikkan royalti sebanyak 20% kepada negeri sumber minyak petroleum juga sewajarnya menjadi modal kempen yang diulang-ulang.

About these ads

Actions

Information

2 responses

16 03 2011
notamerah

PRU13: Terengganu memerlukan pemimpin yang “marketable”…

Pendapat | Reformasi 1998 selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim diheret ke penjara, boleh dikatakan rakyat khususnya orang-orang Melayu bangkin menentang Maha Firaun bernama Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagi Mahathir, kebangkitan rakyat boleh diredakan jika rakyat terus diberi jaminan makanan, seksual, tempat tinggal dan beberapa keperluan asas manusiawi seperti pada tahapan pertama dalam teori Meslow.

Ternyata, tapak sokongan rakyat khususnya di kalangan Cina, India, Sabahan serta Sarawakian majoritinya masih tidak menolak Umno BN kalau “ya” pun menolak Dr Mahathir sendiri.

Tetapi, orang-orang Melayu nyata terbuka menolak kezaliman Maha Firaun ketika itu.

Tapak sokongan rakyat kepada PAS dan Barisan Alternatif (oposisi) kian kukuh di Kelantan. Umno BN tumbang di Terengganu.

Di Kedah dan Perlis, tapak sokongan Umno goyah.

Realiti protes di keempat-empat negeri selepas pilihan raya umum ke-10 tersebut adalah manifestasi penolakan orang-orang Melayu terhadap Umno dan Barisan Nasional.

Dr Mahathir tidak ada pilihan kecuali melantik seorang pemimpin yang lebih sederhana untuk memulihkan tapak sokongan rakyat khususnya kaum Melayu.

Selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi dimahsyurkan sebagai Perdana Menteri, beliau memperkenalkan gagasan Islam Hadhari. Pelbagai dasar ala Islamis dipopularkan.

Semuanya semata-mata untuk meraih semula kepercayaan dan sokongan Melayu.

Ternyata, pemetaan semula lanskap politik Umno berjaya pada pilihan raya umum ke-11 berjaya.

PAS bertahan di Kelantan dengan perbezaan satu kerusi sahaja ketika itu. Terengganu tumbang.

Menjelang pilihan raya umum ke-12 lalu, Abdullah yang dikenali sebagai Pak Lah di pertikai dari “dalam” dan “luar” Umno BN.

Thunami Politik pada 8 Mac 2008 menyaksikan tapak sokongan rakyat di Kelantan kukuh menyokong PAS (kemudiannya Pakatan Rakyat).

Thunami itu turut melanda Kedah.

Protes ke atas Umno BN kali ini umumnya turut disertai oleh rakyat bukan Melayu – iaitu Cina dan India.

Malangnya Thunami itu tidak melanda Terengganu walaupun negeri “Penyu” itu, Kedah dan Kelantan adalah simbol kuasa pengundi Melayu.

Mengapa rakyat, khususnya menolak kepemimpinan Melayu dalam PAS ketika Umno dibenci oleh rakyat?

Bagi saya, selagi PAS Terengganu dipimpin oleh muka-muka “lama”, pejawat kerajaan (majoriti Melayu) serta orang-orang bukan Islam tidak akan menyokong Pakatan Rakyat di Terengganu.

Lagi pelik, pemimpin yang sah ditolak rakyat di Terengganu, tiba-tiba sebilangan besarnya dinaikkan di PAS Pusat pula.

Katanya PAS for all, tetapi segelintir pemimpinnya bukanlah pemimpin “marketable”.

Bagi saya, rakyat boleh menyokong PAS (dengan tolak Umno BN) boleh menang dengan syarat pemimpin kita bukan lagi CheguPa, ABC dan beberapa kuda tua yang lain.

Noted!

Zainulfaqar Yaacob
http://notamerah.wordpress.com

16 03 2011
Mr. MHM

Setuju.
Tengah fikir siapa pimpinan PAS Terengganu yg marketable. Selain Kemaman, PKR juga perlu letak calon yg marketable di Dungun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 5,210 other followers

%d bloggers like this: