1. Saya berpeluang meneliti lontaran pandangan YB Dr Mujahid Yusuf dalam buku ‘Menuju PAS Baru’.
2. Saya juga sempat mengikuti jawapan balas Ustaz Riduan Md Nor dalam buku ‘Menerjang Badai’. Tulisan beliau banyak mengungkapkan sejarah perjalanan 60 PAS dengan penuh liku dan ranjau serta sedikit sanggahan balas terhadap tulisan Dr Mujahid.
3. Pokok utama perbincangan kedua-dua tokoh ini sebenarnya lebih berkisar kepada konsep ‘Kepimpinan Ulama’ yang telah diamalkan dalam PAS semenjak 1982. Punca polemik berpanjangan dalam PAS bukanlah kerana wujudnya konsep tersebut sebaliknya disebabkan oleh penyelewengan yang dibuat dalam mendefinisikan istilah tersebut.
4. Hujah Ustaz Riduan seakan-akan membenarkan bahawa ‘Kepimpinan Ulama’ bermaksud teraju utama parti iaitu Mursyidul Am, Presiden dan Timbalan Presiden mestilah dipilih dari kalangan ulama’. Pandangan Dr Mujahid pula menekankan tentang kewujudan Majlis Syura Ulama’ sebagai teras utama kepimpinan Ulama’ dalam PAS manakala jawatan utama seperti Presiden dan Timbalan Presiden mestilah dibuat berdasarkan kelayakan dan keupayaan seseorang.
5. Ustaz Riduan menyebutkan beberapa puluh nama Yang DiPertua PAS kawasan yang dipilih dari kalangan profesional dan aktivis. Namun hujah itu tidak terpakai kerana fokus perbincangan adalah pada dua jawatan utama di peringkat pusat.
6. Hujah Ustaz Riduan juga kelihatan tidak konsisten apabila mempertikaikan sistem pendidikan di Malaysia yang memisahkan hal-hal dunia dan akhirat hingga menyebabkan produk bukan aliran agama di negara ini tidak sebagus produk luar khususnya pimpinan utama Ikhwanul Muslimin. Namun dalam hujah yang berasingan, beliau kemudiannya memuji tokoh-tokoh bukan ulama seperti YB Husam Musa yang mampu memainkan peranan sebagaimana ulama yang lain.
7. Hujah Ustaz Riduan bahawa kekalahan YB Husam Musa dalam pemilihan 2009 berpunca daripada perpecahan undi dan bukannya kerana konsep ‘Kepimpinan Ulama’ kelihatan membenarkan unsur ‘denial syndrom’ mencemari tulisan beliau.
8. Kedua-dua buku ini memang belum berupaya merungkaikan persoalan pokok namun sedikit sebanyak mampu membuka ruang perbahasan yang sihat.
9. Manfaat besar daripada terasasnya ‘Kepimpinan Ulama’ adalah wujudnya suatu sistem semak dan imbang yang sangat berkesan dalam PAS iaitu peranan Ulama’ dalam mengawal halatuju parti.
10. Namun membina tembok penguasaan eksklusif di sebalik konsep tersebut adalah malapetaka besar yang hanya akan menunggu masa untuk dibuktikan.
11. Satu undi untuk Husam.







Komentar