Tips dalam menyelesaikan pinjaman PTPTN

18 11 2011

1. Bagi graduan yang baru menamatkan pengajian, hutang atau pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) adalah antara perkara yang menyerabutkan  fikiran. Peminjam perlu mulai membayar pinjaman selepas enam bulan tamat pengajian. Bagi graduan yang masih menganggur, ia tambah menyesakkan dada.

2. Artikel ringkas ini akan membekalkan beberapa tips dalam menyelesaikan pinjaman PTPTN agar pembayaran yang dibuat tidak menjejaskan kesejahteraan rutin harian kita yang lain disamping memaksimum manfaat dalam penggunaan tunai yang kita lakukan. Saya membuat andaian bahawa anda adalah graduan yang telahpun mempunyai pendapatan tetap.

3. Pertamanya kita jangan sesekali meletakkan prioriti membayar pinjaman PTPTN ini pada kedudukan terakhir dalam senarai belanjawan bulanan kita. Individu yang berhutang adalah individu yang belum sepenuhnya merdeka.

4. Jika anda belum menukarkan pinjaman anda kepada Ujrah, dinasihatkan anda segera berbuat demikian. 1% dan 3% adalah sangat berbeza. Sebelum ini kadar 3% setahun dikenakan berdasarkan jumlah baki berkurangan setiap bulan manakala dalam sistem Ujrah, kadar 1% setahun dikenakan berdasarkan jumlah asal pinjaman. Walaubagaimanapun, Ujrah adalah kurang membebankan berbanding yang sebelum ini (konvensional/non-Ujrah). Di samping itu, soal riba juga tidak lagi timbul kerana Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengesahkan ia sebagai patuh syariah.

5. Jika anda dalam kelompok peminjam PTPTN konvensional/non-Ujrah, beberapa tips boleh diguna-pakai. Anda dinasihatkan membuat pembayaran secara regresif iaitu mulai membayar bermula dengan nilai yang banyak kemudian dikurangkan sedikit demi sedikit. Misalnya tahun pertama anda membayar RM400 sebulan, kemudian tahun kedua RM350 sebulan hinggalah tahun terakhir sebanyak RM100 sebulan. Pembayaran sebegini mampu menjimatkan wang anda kerana nilai faedah yang dikenakan akan lebih rendah kerana jumlah baki semasa yang lebih kecil. Kebiasaannya pada awal-awal kerja, kita belum dibebankan dengan banyak bebanan seperti pinjaman perumahan, pinjaman kereta, pinjaman peribadi (untuk berkahwin), belanja rumah dan lain-lain lagi.

6. Selain itu, pembayaran secara lump-sum (sekaligus) juga boleh dilakukan. Anda boleh membayar dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pertengahan tahun dalam jumlah yang besar, misalnya RM2000 pada bulan januari dan RM2000 pada bulan Julai. Selain menjimatkan masa anda (untuk beratur di kaunter) anda juga dapat menjimatkan wang anda daripada caj sewaktu membuat pembayaran (walaupun ia kecil). Manfaat dalam point no 5 juga applicable dalam kaedah ini.

7. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan tidak membayar dalam jumlah yang terlalu besar kerana ia akan menjejaskan penggunaan wang anda yang lain. Janganlah sehingga terpaksa mengikat perut atau menangguhkan niat untuk membeli kereta atau berkahwin semata-mata mahu menyelesaikan pinjaman PTPTN sesegera mungkin. Anda rugi jika berbuat demikian. Perlu diingat bahawa pinjaman PTPTN dilindungi oleh insurans jika berlaku sebarang kematian atau kecacatan kekal kepada peminjam. Bermakna ia automatik langsai jika anda meninggal atau mengalami cacat kekal. Cuba bayangkan jika anda telah membayar semua pinjaman PTPTN dalam masa setahun atau dua tahun (sehingga terpaksa membujang, makan Mee Maggi serta menaiki motosikal ke tempat kerja) tiba-tiba anda kemalangan dan mengalami lumpuh. PTPTN tidak akan menyerahkan kembali duit yang telah anda bayar.

8. Jika anda dalam sistem Ujrah, tips dalam point no 5 adalah tidak relevan kerana jumlah kadar caj yang dikenakan tetap sama setiap bulan. Misalnya jika anda meminjam RM19,500.00 maka kadar caj adalah sebanyak RM195.00 setahun ataupun RM16.25 sebulan sehinggalah bulan terakhir sebelum ia langsai sepenuhnya. Ia tidak akan berkurangan walaupun anda membayar banyak di awal-awal tahun pembayaran. Apa yang perlu anda lakukan adalah memendekkan tempoh pembayaran pinjaman misalnya daripada 10 tahun kepada 7 atau 5 tahun. Anda akan mendapat rebat atau potongan kerana caj 1% akan terhenti sebaik sahaja pinjaman anda langsai.

9. Bayarlah berdasarkan kemampuan anda dan jangan sampai terpaksa mengorbankan perbelanjaan penting yang lain semata-mata untuk melangsaikan awal pinjaman PTPTN anda.  Dalam kes Ujrah, pembayaran secara progresif iaitu semakin meningkat/banyak adalah digalakkan. 3 tahun awal ini anda boleh membayar berdasarkan keupayaan anda tanpa perlu memaksa diri. Kemudian apabila masuk tahun keempat dan kelima, anda boleh menggandakan jumlah pembayaran agar segera langsai bagi mendapatkan rebat.

10 . Jika anda mendapat sesuatu pendapatan lain di luar jangkaan/kebiasaan iaitu selain gaji misalnya bonus, hadiah atau komisen hasil kerja sampingan anda, disyorkan agar anda menggunakannya untuk membayar PTPTN terlebih dahulu. Tangguhkan niat untuk menukar sport-rim kereta atau baju berjenama. Mengurangkan bebanan hutang adalah lebih menyeronokkan berbanding bergaya dengan pakaian berjenama atau sport-rim kereta yang baru. Membayar hutang beerti setingkat lebih merdeka.

11. Selain itu, anda dinasihatkan membayar melalui online banking iaitu melalui laman PTPTN sendiri. Hanya dicaj RM0.50 bagi setiap transaksi. Ia bukan hanya dapat menjimatkan masa kerana anda tidak perlu beratur di kaunter tetapi juga menjimatkan petrol anda untuk mencari mana-mana kiosk PTPTN ataupun bank yang berkaitan. Sebagaimana disebutkan sebelum ini, caj RM0.50 dapat dikurangkan daripada setiap bulan (RM0.50 x 12 bulan) kepada dua kali setahun (RM0.50 x 2 kali setahun) jika anda membayar secara lump-sum.

12. Manfaatkan sebaik mungkin nilai 1% ini. Jika anda memiliki tunai misalnya sebanyak RM10,000.00 dan anda terpaksa memilih samada membayar PTPTN ataupun menambah jumlah deposit rumah atau kereta bagi mengurangkan jumlah pinjaman rumah (6%) atau kereta (3.50%) yang anda perlu lakukan, maka anda wajar memilih untuk membayar deposit rumah atau kereta tersebut. Penentuan prioriti mestilah dilihat pada keperluan sesuatu perbelanjaan di samping nilai penjimatan yang anda dapat lakukan.

13. Selamat membayar pinjaman PTPTN!

About these ads

Actions

Information

3 responses

26 12 2011
aki

Salam. dah abih bayo ke bie?

28 12 2011
Mr. MHM

Belum. Bayar ikut jadual. Ada lagi baki.

5 01 2012
Mior_FreePTPTN

Salam…

kalo dah meminjam tu…pandai2 la bayar balik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 5,210 other followers

%d bloggers like this: