August 7, 2009 by Mohd Hasbie Muda
Semalam WS Rendra atau Wahyu Sulaeman Rendra menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 73 tahun. Rendra bukan hanya dikenali sebagai penyair, pelakon teater dan sasterawan yang masyhur, namun juga seorang aktivis masyarakat dan hak asasi manusia yang cemerlang.
Perkenalan saya dengan Rendra melalui puisi-puisinya seawal darjah 5 lagi. Kebetulan buku kompilasi sajak-sajak beliau ada terdapat di rumah saya. Saya pernah membacanya – kononnya memiliki minat yang mendalam terhadap sastera.
Satu kenangan lucu yang saya sukar lupakan adalah pada suatu pagi di Tingkatan 2 Neptun, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK). Kami telah diminta untuk menyiapkan dua buah sajak.
Berbekalkan sedikit memori pada sajak Rendra yang bertajuk “Bersatulah Pelacur-Pelacur Kota Jakarta”, saya mengarang sajak saya sendiri yang bertajuk “Pelacur Sial Kota Jakarta” – karya ciplak namun sarat dengan bahasa yang agak keras dan ke’pelacur’an. Satu lagi adalah sajak yang bertajuk “Pemimpinku” – luahan kritikan saya kepada para pemimpin negara yang korup. Pada waktu itu, pengaruh Reformasi puak-puak penyokong Anwar Ibrahim masih kuat dalam diri saya.
Continue Reading »
Posted in Santai | Tagged rendra | 2 Comments »
August 7, 2009 by Mohd Hasbie Muda
Saya memaparkan kembali pandangan seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina dan beragama Islam mengenai beberapa isu berbangkit mengenai bangsa Melayu di Malaysia. Dr Ridhuan Tee Abdullah telah memberikan satu pandangan jujur yang tidak memihak apabila memperkatakan tentang nasib bangsa Melayu di Malaysia. Walaupun tidak bersetuju sepenuhya dengan pandangan beliau, namun tulisan beliau ini cukup menarik dan wajar dibaca.
RENCANA 1 – NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU
Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan suruhanjaya bebas diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock. Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.
Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini. Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.
Continue Reading »
Posted in Islam | Tagged dr. ridhuan tee abdullah | 13 Comments »
August 5, 2009 by Mohd Hasbie Muda
1. Tulisan saya berkaitan sistem ekonomi Islam nyata provokatif. Semalam, seorang teman mengingatkan saya agar berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan. Katanya, pendapat bahawa sistem ekonomi Islam tidak wujud adalah pandangan puak-puak Islam Liberal khususnya di Indonesia. Ia boleh menggoncangkan aqidah, katanya lagi.
2. Ada juga pembaca yang memberi amaran agar saya tidak sewenang-wenangnya bercakap atau menulis tentang perkara yang saya jahil. Ada juga yang menempelak dan memaki hamun saya dengan kata-kata yang kurang enak.
3. Saya berlapang dada dengan pandangan dan teguran sedemikian. Saya juga akur bahawa istilah ‘tidak wujud’ lebih sesuai digantikan dengan ‘belum wujud’ . Namun, pendirian asal saya bahawa sistem ekonomi Islam yang belum wujud masih tetap dan tidak berubah. Dan saya bertanggungjawab atas pandangan yang saya keluarkan itu.
Continue Reading »
Posted in Ekonomi | Tagged ekonomi islam, melayu, Politik | 2 Comments »
August 3, 2009 by Mohd Hasbie Muda
1. Sebahagian rakyat Malaysia masih memandang serong pada perhimpunan aman. Kononnya, ia dilihat sebagai budaya rakyat Malaysia yang emosional dan berfikir pendek.
2. Pada asasnya, saya berpendirian menolak sebarang usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Anarki. Tiada kompromi. Namun, benarkah berhimpun sebagaimana semalam boleh membawa Malaysia ke arah sebuah negara Anarki – negara yang kacau bilau dan tidak berperaturan. Kononnya, pelabur tidak akan datang, FDI akan jatuh, peluang pekerjaan akan berkurangan dan ekonomi negara akan merudum. (Frasa dan ayat-ayat ini biasa dimomokkan dalam kursus BTN.)
3. Sejujurnya, saya bukanlah orang yang berminat dengan perhimpunan atau ‘Demonstrasi’. Selalu juga disindir oleh teman-teman sewaktu menjadi pimpinan pelajar dulu kerana jarang turun berhimpun atau berdemonstrasi. Walaupun kurang berminat, saya tidak menafikan perlunya berhimpun.
4. Kita harus jujur dalam membuat penilaian. Salahkah berhimpun? Pendek akalkah orang-orang yang berhimpun sebagaimana prasangka kita?
Continue Reading »
Posted in Politik | Tagged bantah isa, barisan nasional, Politik | 3 Comments »
August 2, 2009 by Mohd Hasbie Muda

1. Gambar ini dirakamkan dalam perhimpunan membantah ISA, semalam. Seorang Ahli Parlimen Malaysia, Dr Hatta Ramli ditarik oleh polis sehingga bajunya koyak rabak.
2. Kalaulah ahli Legislatif yang dipilih secara sah oleh rakyat ini boleh diperlakukan sedemikian rupa, kita rakyat bawahan bagaimana? Tentu lebih teruk. Continue Reading »
Posted in Politik | Tagged bantah isa, dr hatta ramli, politik malaysia | 2 Comments »
July 28, 2009 by Mohd Hasbie Muda
1. Minggu lepas, saya sempat membaca satu emel yang dikirimkan seorang kawan. Dalam emel itu, terisi belasan gambar-gambar orang Eropah (yang kononnya lebih bertamadun) sedang mencium babi dengan penuh kasih sayang. Dikaitkan bahawa budaya mencium babi di Eropah adalah punca kepada virus Selsema Babi.
2. Betul atau tidak teori itu, saya tidak pasti.
3. Namun bagi saya, budaya mencium haiwan yang digelar khinzir atau babi itu adalah suatu perkara yang tidak boleh diterima akal.
4. Barangkali ini adalah tanda keruntuhan tamadun Eropah. Apabila anak-anak yang lahir ke dunia sudah tidak tahu ke mana kasih sayang mahu dialirkan, maka kasih mereka tertumpah ke merata walaupun pada binatang yang bergelar babi.
5. Kita mungkin sudah buntu untuk berhujah dengan golongan yang memandang remeh isu perzinaan atau seks bebas, namun tuhan selaku pencipta alam pasti ada caranya.
Posted in Santai | 7 Comments »
July 25, 2009 by Mohd Hasbie Muda
1. Hujah-hujah saudara Wan Fayshal (Rausyan Fikir) dalam DisKon ECONS petang tadi nyata menguatkan lagi pandangan saya mengenai status kewujudan sistem ekonomi Islam. Katanya, memang benar sistem ekonomi Islam belum wujud!
2. Beliau berhujah bahawa pada era kegemilangan Islam dahulu, umpamanya zaman Uthmaniyyah, ekonomi negara-negara Islam memang diuruskan secara islamik kerana Islam pada ketika itu memerintah. Wujudnya institusi Waqaf, Baitul Mal, Masjid dan Souk (pasar) sebagai elemen dalam mengabsahkan bahawa ekonomi diuruskan secara Islamik. Namun, jika dibandingkan dengan era kontemporari, Islam belum memiliki sesuatu himpunan peraturan dan teori yang komprehensif dan syumul untuk membentuk sebuah sistem ekonomi Islam.
3. Beliau juga mengaitkan bahawa umat Islam dikaburkan dengan sistem kewangan Islam yang hanya tempelan kepada sistem kewangan konvensional. Seolah-olah sistem ekonomi Islam hanyalah pada sistem kewangan Islam semata-mata. Kita, umat Islam lebih gemar membicarakan tentang sistem kewangan kerana ia dilihat sebagai pasaran yang agak mudah untuk ‘mengandungkan’ duit.
4. Kita akan tersentak apabila wang yang dikandungkan mengalami ‘keguguran’. Waktu itu barulah kita terkapai-kapai mencari sistem ekonomi Islam yang sebenar. Itulah yang berlaku dalam krisis ‘ Gadaian Subprima US’ beberapa bulan lalu.
Continue Reading »
Posted in Ekonomi | Tagged econs, pas, Politik, sistem ekonomi islam | 13 Comments »
July 23, 2009 by Mohd Hasbie Muda
“Hidup ISA! Pertahankan Hak Istimewa Orang Melayu!“
1. Saya terkedu membaca kenyataan di atas. Rupa-rupanya ada pihak yang menganggap bahawa Internal Security Act (ISA) adalah salah satu Hak Istimewa Orang Melayu.
2. Kenyataan di atas adalah dua premis yang berbeza. Namun apabila ia disekutukan dalam laungan-laungan bersemangat dan di kain-kain pemidang yang direntang, sudah tentu ia membawa perkaitan makna yang akrab.
3. Benarkah ISA adalah salah satu Hak Istimewa Orang Melayu?
4. Selama saya hidup, ini adalah kali pertama saya bertemu dengan satu kenyataan yang sangat aneh dan memualkan sebegini. Lebih malang, ia datang dari kelompok Melayu yang mengaku perjuangkan nasib anak bangsa.
Continue Reading »
Posted in Politik | Tagged demo isa, isa, isa akta zalim, Politik | 10 Comments »
July 21, 2009 by Mohd Hasbie Muda
1. Sewaktu di bangku sekolah menengah, saya mula diperkenalkan dengan 4 sistem ekonomi utama yang diamalkan di dunia ini. Sistem Ekonomi Kapitalis, Sosialis, Islam dan Campuran. Kata Cikgu Mahani guru Ekonomi saya, Malaysia mengamalkan sistem ekonomi Campuran. Unsur-unsur yang baik dari sistem ekonomi Kapitalis, Sosialis dan Islam akan digunapakai membentuk sistem ekonomi Campuran.
2. Sehingga ke hari ini, saya memahami signifikan kewujudan sistem ekonomi Kapitalis, Sosialis dan Campuran. Namun saya masih keliru tentang kewujudan sistem ekonomi Islam. Adakah ia wujud?
3. Adakah sistem ekonomi Islam wujud sebagai suatu sistem ataupun ia hanyalah cebisan-cebisan prinsip muamalat yang berkaitan dengan Islam? Adakah sistem ekonomi Islam wujud hanya dengan terma-terma Arabic seperti Mudharabah, Murabahah, Bai Bithaman Ajil atau Bai Attakjiri? Atau sistem ekonomi Islam hanyalah Utopia yang tidak wujud?
Continue Reading »
Posted in Ekonomi | Tagged sistem ekonomi islam | Leave a Comment »
July 19, 2009 by Mohd Hasbie Muda
1. Perkembangan politik nasional pada masa ini dirasakan semakin panas. Terbaru kes kematian misteri Setiausaha Politik (Setpol) seorang exco kerajaan Negeri Selangor. Beliau ditemui mati sehari selepas ditahan SPRM untuk siasatan sebuah kes rasuah.
2. Pihak Polis masih menyiasat dan diharapkan agar hasil siasatan itu nanti akan didedahkan secepat mungkin bagi mengelakkan khabar angin dan prasangka yang berleluasa.
3. Di samping isu itu, satu lagi berita nyata turut menggemparkan. Bekas Naib Presiden MCA yang juga bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng mengumumkan menyertai PKR setelah meletakkan jawatannya selaku Ketua MCA Bahagian Bakri, semalam.
4. Dr Chua bukanlah calang-calang pemimpin. Ketakutan kepada pengaruh beliau menyebabkan Dr. Chua kerapkali disabotaj rakan-rakan sendiri, baik dalam MCA atau Barisan Nasional. Sebelum Pilihanraya Umum 2004, karier politik beliau telah cuba dimusnahkan kerana Dr. Chua dikatakan pro Anwar Ibrahim. Saban hari masalah mutu kesihatan awam dimainkan di dada akhbar untuk memburukan imej beliau selaku menteri bertanggungjawab. Semenjak 2004 juga, beliau dinafikan daripada bertanding dalam pilihanraya walaupun berstatus pimpinan kanan dalam MCA. Walaupun beliau tewas dua kali dalam perebutan jawatan Presiden MCA, namun pengaruh beliau dalam MCA masih tidak kurang hebatnya.
Continue Reading »
Posted in Politik | Tagged chua jui meng, fauzi abdul rahman, Politik, zaid ibrahim | 1 Comment »
July 17, 2009 by Mohd Hasbie Muda
1. Ramai sedang ghairah membuat penilaian terhadap kepimpinan Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak. Secara pukalnya saya mengesani ada pujian positif walaupun hasil polisi era Datuk Sri Najib masih meragukan.
2. Walaubagaimanapun, saya hanya memilih untuk membuat penilaian terhadap Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) selama separuh sesi memimpin. Ia lebih kena dan sesuai bagi seorang mantan ahli MPMUM seperti saya. Mahu mengulas tentang DS Najib mungkin boleh, namun kredibiliti saya belum melayakkan.
3. Penilaian tentang MPMUM ini berkemungkinan kurang tepat. Namun, saya berharap apa yang baik boleh diambil pengajarannya dan yang tidak benar boleh diperbetulkan.
Continue Reading »
Posted in Mahasiswa | Tagged mahasiswakini, mpmum, Politik | 3 Comments »
July 14, 2009 by Mohd Hasbie Muda
1. Tragedi Natrah bukan hanya terletak pada Rusuhan Natrah 1950. Ia adalah sebuah tragedi yang sangat panjang. Baca di sini.
2. Perkara yang paling memilukan adalah kegagalan Natrah dalam menguruskan penderitaannya. Mungkin kerana beliau telah dirampas daripada ibu angkatnya Che Aminah pada usia yang teramat mentah. Natrah juga gagal mencermati episod sulit hidupnya dari kacamata yang lebih matang.
3. Hingga ke akhir hayat, beliau masih dibelenggu rasa bersalah. Antaranya adalah kerana menyangkakan dirinya punca kematian 18 orang dan kecederaan 173 orang dalam peristiwa Rusuhan Natrah.
4. Sejujurnya, saya sangat bersimpati pada Natrah. Lebih-lebih lagi apabila beliau tidak mengakhiri hayatnya sebagai seorang Muslim. Juga cintanya pada Mansor Adabi yang terputus di tengah jalan.
Continue Reading »
Posted in Islam | Tagged dakwah, kisah natrah, natrah | 2 Comments »