Mahathir Keluar UMNO, Untung Atau Rugi?

Apabila Tun Mahathir mengumumkan perletakan jawatannya selaku ahli seumur hidup UMNO, ramai yang terkejut. Ada yang benar-benar terkejut dan ada juga yang buat-buat terkejut. Tidak kurang juga yang buat-buat tak tahu.

Bagi saya selaku anak muda yang menyoroti episod hidup mantan-mantan presiden UMNO sejak Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, perletakan jawatan Tun itu adalah suatu perkara yang biasa dan sudah dijangka. Manakan tidak, semua mantan presiden UMNO (kecuali Tun Abdul Razak yang meninggal semasa masih memimpin parti) telah keluar parti atas sebab musabab yang hampir serupa.

Apabila Tun bertindak keluar UMNO tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan lompat ke parti lain, kita tertanya-tanya bahawa adakah agenda beliau untuk menekan Pak Lah akan berjaya. Kita juga tertanya-tanya bahawa pihak manakah yang akan untung dan pihak mana pula yang akan rugi daripada senario ini.

Tun adalah politikus UMNO yang berfikiran tajam. Dia tidak akan melakukan sesuatu tindakan yang boleh memberikan untung kepada pihak lain melebihi ‘kadar’ keuntungan yang akan dia perolehi. Jangan kita lupa dengan 1,001 krisis yang pernah melibatkan Tun. Jangankan Musa Hitam atau Anwar Ibrahim, Sultan Iskandar pun pernah ‘kecundang’ di tangan Tun sewaktu krisis perlembagaan 1993. Itu belum termasuk krisis UMNO 1987 dan 1998. Hampir semua krisis dan konfrontasi yang melibatkan Tun pasti akan memberikan kemenangan kepada beliau.

Kini, Tun bukan lagi di puncak kuasa. Hampir sebahagian besar ‘kesaktiannya’ selama ini sudah di tangan orang lain. Namun, sebahagian lagi ‘kesaktian’nya masih bersarang di otaknya. Tun masih sepintar dan secergas dulu baik physically atau mentally. Maka, sudah tentu keputusannya dan tindakannya itu bakal memberikan mileage politik yang besar kepada beliau dan proksinya yang sedang meluru ke puncak.

Pada hemat saya, Pakatan Rakyat pasti akan berputih mata jika tindakan susulan daripada ahli dan pimpinan UMNO yang Tun harapkan bakal menjadi kenyataan. Harapan Tun adalah Pak Lah segera meletakkan jawatan lantaran tekanan yang Pak Lah terima akan lebih berat dan pengantinya akan lebih mudah mengatur langkah untuk berada di kerusi Presiden UMNO dan memperbaiki UMNO agar lebih kuat.

Selepas itu, jika bakal presiden UMNO yang baru mampu menyusun semula saf kepimpinan UMNO yang lebih perkasa dan berjaya memulihkan keyakinan rakyat dalam masa yang singkat, maka harapan DS Anwar Ibrahim untuk ‘menuju ke Putrajaya’ akan menjadi sekadar mimpi di siang hari. Jumlah 30 ahli parlimen BN akan lompat parti sudah tentu akan menyosot. Maka, DS Anwar perlu menunggu masa yang lebih lama untuk membongkarkan kelemahan presiden UMNO yang baru itu. Tapi, jika pengganti itu adalah timbalan presiden sekarang, barangkali tempoh itu akan lebih pendek.

Dari sudut yang lain, PAS sebenarnya belum tentu akan peroleh manfaat daripada tindakan Tun petang tadi. Walaupun Tuan Guru Nik Aziz dilihat cukup gembira dan optimis bahawa banyak manfaat yang bakal partinya peroleh, namun tanpa langkah yang kemas, ia akan hanya menjadi pencak wayang yang sekadar untuk dipandang. PAS perlu tangkas mengambil peluang.

PAS dan ahli Pakatan Rakyat yang lain juga perlu berdoa semoga Pak Lah akan terus memerintah pusat sehingga beliau dijatuhkan sendiri oleh ketumbukan mereka. Jika Pakatan Rakyat mahu menjadi parti pemerintah, mereka perlu pastikan UMNO, BN dan kerajaan sekarang diubah dari luar, bukannya dari dalam!

4 thoughts on “Mahathir Keluar UMNO, Untung Atau Rugi?

  1. Saudara Hasbi….

    Assalamualaikum,salam dari Kaherah,Egypt…

    Saya mempunyai pandangan yang hampir serupa.Tentunya Tun Dr Mahathir buat sesuatu yang mendatangkan keuntungan.Tapi kali ini suasana agak berbeza kerana beliau tidak berkuasa lagi.

    Telahan anda ada kewajarannya.Saya berminat dengan apa yang anda keutarakan.Namun,dalam menangani isu ini,sepatutnya oarang-orang berkenaan sama ada pimpinan parti atau “orang pencen” seperti Musa Hitam mesti menjaga perpaduan UMNO dalam keadaan UMNO dilanda krisis.

    Dengan mengeluarkan kenyataan yang kurang sesuai terhadap isu ini,ianya akan lebih menambahkan masalah kerana Tun mempunyai penyokongnya.

    Saya kurang faham maksud saudara berkenaan “Jika Pakatan Rakyat mahu menjadi parti pemerintah, mereka perlu pastikan UMNO,BN dan kerajaan sekarang diubah dari luar, bukannya dari dalam!”.

    Apakah anda mahu pembangkang sendiri yang mengubah UMNO ? bukankah pembangkang lebih selesa dengan keadaan sekarang ? Saya percaya isu Tun Dr Mahathir kali ini akan digunakan oleh PAS dan parti pakatan lain untuk meraih sokongan terhadap mereka

  2. pasti ade hikmahnye…tapi macamyg saudara ckp…jika pak lah turun jawatan pati akan menjadi lebih cabaran untuk PR menggapai pae yg dihajatkan…

    namn begitu bile difikikan semula…
    kalau terdapatnya pimpinan baru..
    rakyat juga pasti tak dapat menerima 100% keranamuke baru yg kurang berpengalaman…

    munkin kepercayaan akan diaserahkan kepada DS anwar

  3. Salam..
    kpd sahabat sy ezo,maksud sy PR mesti pastikan bahawa agenda untuk menjatuhkan Pak Lah adalah mengikut jalan yg mereka caturkan..bukan jalan yang Tun dan ‘org2nya’ yang caturkan.Jika Tun berjaya mendesak Pak Lah dan digantikan dengan PM proksinya,sudah tentu harapan PR untuk memegang tampuk kuasa akan lebih sukar.

    Sebaliknya jika perubahan kepimpinan lebih condong menghala kpd PR khususnya batang tubuh Dato’Seri Anwar,sudah tentu impian mereka akan menjadi kenyataan.Oleh y demikian,mereka perlu lebih dominan dalam agenda mendesak PM ini..

    Kepada amat,saya bersetuju dgn pandangan saudara..

  4. slm..makluman kepada semua,mulai sekarang dapatlah kiranya kita bentuk dan bantu rakan2 lain supaya dapat membantu dan menyumbang kepada organisasi,andaikata kerajaan bertukar tangan di depan hari..kita sibuk menkritik,tp kt terlupa,seolah2 ingin mendirikan rumah,jendela dan bahan lain semua telah siap tetapi tapak entah di mana..stakat ini,di sabah kita bakal mendapat 30 kerusi parlimen,manakala di semenanjung bakal mendapat tambahan 16 kerusi.Peluang untuk bertukar kerajaan adalah amat cerah.
    Wallahua’lam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s