Gambar ini diambil pada pagi penamaan calon Pilihanraya Kampus 2007. Kami berkumpul di rumah yang diwakafkan sementara oleh ahli PMIUM untuk dijadikan markaz dan tempat calon-calon berbincang.
Berbeza dengan calon-calon Aspirasi yang berkampung di hotel mewah dengan dijamu makanan enak dan keselesaan yang terjamin, kami hanya dibekalkan dengan kesederhanaan serta semangat untuk membawa perubahan.
Pemimpin, kalau dilatih dengan kemewahan dan bersenang-lenang, apakah mereka akan bersedia untuk berkorban atau bersusah-payah demi orang yang dipimpin?
Calon-calon kami majoritinya kalah pada tahun ini. Tapi kami puas kerana kalah kami bermaruah.