‘Producing Leaders’ atau ‘Producing Rubbish’?

Kelmarin, sewaktu menghadiri Syarahan Undang-Undang Sultan Azlan Shah ke 22 yang disampaikan oleh Tony Blair di Hotel Mandarin Oriental, saya berkesempatan berbual dengan seorang journalist sebuah majalah terkemuka, Forward.

Beliau membangkitkan tentang beberapa isu yang berlegar di kalangan mahasiswa IPT tempatan. Soal pindaan AUKU, penipuan dalam pilihanraya kampus dan kelantangan mahasiswa dalam mempertahankan hak mereka daripada dicabuli.

Saya bersetuju dengan pandangan serta kegusaran beliau. Pada hemat saya, persoalan-persoalan itu merentasi sempadan politik partisan Aspirasi atau Pro Mahasiswa. Ini isu besar yang harus difikirkan bersama. Ini isu mengenai masa depan negara tercinta kita, Malaysia.

Keadaan pilihanraya kampus yang berat sebelah usahlah dinafikan lagi. Mahasiswa bukannya bodoh untuk gagal menilai kata-kata sesiapa pun walaupun berselindung dalam raut wajah seorang alim. Mahasiswa tahu siapa insan dan siapa ‘malaun’.

Pihak pentadbiran usah lagi memandulkan pimpinan mahasiswa dengan menggula-gulakan mereka dengan kesenangan dalam berjuang. Percayalah, pemimpin yang berjuang dengan kesenangan dan kemenangan terjamin tanpa perlu kuat berusaha akan hanya menjadi pemimpin sampah yang lambat laun akan ditolak oleh masyarakat.

Pentadbir universiti harus sedar bahawa ramai Pak-Pak Menteri hari ini dan pemimpin politik pernah dikenali sebagai aktivis mahasiswa yang lantang menegur universiti. Siapa tidak kenal dengan Anwar Ibrahim, Husam Musa, Ahmad Zahid Hamidi, Saifudin Abdullah, Shabery Cheek dan Dr Khir Toyo. Adakah mereka diangkat menjadi pemimpin dengan ‘laluan mudah’ dan bertempur di padang yang berat sebelah?

Tidak! Mereka adalah bekas pemimpin mahasiswa yang berjuang dalam keringat kepayahan.

Kita mesti SEDAR bahawa bagaimana cara kita mencorakkan pemimpin hari ini menjadi gambaran tentang bagaimana wajah pemimpin yang akan menerajui negara pada masa hadapan. Pemimpin yang lahir sebagaimana cendawan tumbuh selepas hujan tidak sama dengan pemimpin yang lahir seperti pohon jati yang mengambil masa yang lama untuk membina akarnya yang teguh.

Kita perlu sedar bahawa Malaysia perlukan pemimpin-pemimpin yang kuat untuk menjaga negara. Apakah kita tidak gusar dan bimbang jika semasa Singapura sedang gigih melahirkan puluhan Lee Kuan Yew, kita pula masih belum mampu untuk melahirkan Tun Mahathir Mohamad yang kedua.

Bertindaklah segera sebelum ada yang menyindir “Producing Leaders or Producing Rubbish?”

4 thoughts on “‘Producing Leaders’ atau ‘Producing Rubbish’?

  1. Siapa tidak kenal dengan Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi, Saifudin Abdullah, Shabery Cheek,Dr Khir Toyo dan Azalina Othman Said…………Azalina Othman Said???

    boleh cerita sikit perjuangan beliau di kampus??….ramai yg tak tahu…..

  2. Salam..

    DS Azalina Othman Said adalah bekas mahasiswi Fakulti Law,UM pada waktu Datuk Rafiah menjadi dekan fakulti tersebut.

    Beliau mmg tidak pernah bertanding PRK,malahan tidak pernah terlibat dalam jawatan tertinggi law society..namun,azalina terkenal sbg mahasiswi yang aktif dan lantang dalam mengkritik apa sahaja/siapa sahaja yang pada hemat beliau tidak betul/tidak tepat.

    Penglibatan azalina adalah dalam persatuan Teak wan do,siswi ‘besi’ yang memilih jalan sukar dalam waktu teman-teman sebaya mengambil sikap tidak endah pada hidup berpersatuan,apatah lagi yang termasuk dalam kategori ‘martial art’ sebegitu..
    ….

  3. ermm…..nice artikel…producing rubbish mungkin betul…dlm producing leaders x smua akan jd leader…ada yang akan jd rubbish..hahaha

    kita sbg umat islam kena sensitif…yg pegi jemput tony balir sape suh..bg aku tony blair adalah jenayah perang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s