Mati Kerana RM16.00?

“KERANA RM16… Salah seorang wanita yang selamat terbaring di tengah-tengah mayat fakir miskin dan mereka yang cedera dalam kejadian berasak-asak merebut wang zakat bernilai 40,000 rupiah (RM16) di Pasuruan, Jawa Timur.

Dalam kejadian itu, sebanyak 23 orang terbunuh dan ramai yang lain cedera dalam rempuhan apabila kira-kira 5,000 fakir miskin berebut-rebut untuk menerima bantuan zakat daripada seorang peniaga di Pasuruan, semalam” – Berita Harian

Amatlah menyedihkan dan memilukan jiwa apabila kita melihat keadaan yang berlaku di negara luar. Kemiskinan, peperangan, bencana alam serta pelbagai lagi musibah.

Sudah tentu apabila membandingkan perkara itu dengan situasi di negara kita, amatlah jauh beruntungnya kita.Negara yang aman,rakyat hampir keseluruhannya cukup makan,tiada pergaduhan kaum, jarang-jarang mendapat bencana alam dan pelbagai lagi nikmat yang dikurniakan tuhan.

Kita perlu bersyukur kepada tuhan dan berterima kasih kepada kerajaan yang kuat membangunkan negara. Jasa dan pengorbanan sesetengah daripada mereka tidak boleh dinafikan.

Namun demikian, sebuah negara yang makmur tidak mustahil akan jatuh apabila tiba masa dan ketikanya. Negara ibarat rumah yang tersergam indah. Ia boleh tumbang dalam diam hanya kerana bahana anai-anai yang mereputkan binaan rumah tersebut.

Dalam konteks negara, anai-anai adalah korupsi, nepotisme, kronisme dan pelbagai lagi penyelewengan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia yang duduk di kerusi pengusaha.

2 thoughts on “Mati Kerana RM16.00?

  1. sebagai rakyat malaysia ,kita harus bersyukur kerana dikurniakan rezeki yang cukup dan melimpah ruah oleh Allah s.w.t .sehinggakan setiap musim perayaan ,pembaziran berlaku …sedangkan rakyat negara luar terpaksa berebut -rebut untuk mendapatkan makanan ..Oleh Itu jadikanlah bulan puasa ini bulan yang menyedarkan kita tentang pentingnya mengelakkan pembaziran …kerana membazir itu amalan syaitan ..ingatlah kesusahan yang dialami oleh penduduk miskin dan rakyat negara lain yang tidak mempunyai makanan yang mencukupi …sekian

  2. kada dan kadar telah berlaku…sesaat lebih tidak ,sesaat kurang pun tidak,,itu hanya jadi sebab kepada yang tiada,,tetapi pengajaran pada yang hidup

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s