Mahu Bantai Mustafa Ali Sampai Lumat?

Media masih belum sepi dari menyiarkan pandangan dan kritikan beberapa pemimpin PAS terhadap tindakan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang tidak yakin dengan kerajaan 16 September.

Bermula dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang bertindak mengecam , kemudian Datuk Husam Musa yang mengkritik Cikgu Pa sehingga mengungkit adab-adab berjemaah.

Terbaru adik Shahrir Samad pula yang membantai Cikgu Pa.

Bukanlah bermaksud bahawa saya mahu membela Cikgu Pa semata-mata dia orang Terengganu. Namun apakah ini adab ahli politik Islam dalam menghadapi sesuatu krisis?

Sepatutnya apabila Cikgu Pa sebagai seorang pemimpin veteren parti mengakui kesilapannya tempohari dan bersedia merendahkan egonya sebagai seorang ‘anak’, pemimpin dan ahli-ahli PAS wajar menerimanya dengan berlapang dada.

Secara jujurnya, saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan yang boleh merencatkan perancangan Pakatan Rakyat. Penyalahgunaan Harakah untuk menyiarkan pandangan peribadinya yang bercanggah dengan keputusan parti juga adalah tidak wajar.

Namun apakah pejuang-pejuang Islam ini terlalu mudah lupa dengan jasa dan peranan besar teman-teman seperjuangan mereka hanya kerana satu dua kesilapan yang dilakukan?

Lupakah kita bahawa Cikgu Pa adalah antara bekas Ketua Pemuda PAS yang sangat berkesan pada zamannya? Lupakah kita bahawa beliau adalah salah seorang dari 3 individu dalam PAS yang bersungguh-sungguh mahu menegakkan Kepimpinan Ulama walaupun beliau bukan tergolong dari golongan itu?

Adakah cara PAS yang mengaku memperjuangkan Islam persis cara UMNO juga  dalam menghadapi krisis?

Saya khuatir bahawa strategi Anwar bukan sahaja mampu menghuru-harakan UMNO-BN tapi juga mampu memporak-porandakan PAS yang semakin hari semakin kukuh.

Buanglah yang keruh,ambillah yang jernih.

………………………………………………………………………

Petikan Malaysiakini

Pendekatan keras dan tiada senarai keutamaan menyebabkan PAS Terengganu tewas di tangan BN dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu, kata Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Abdul Samad.

“Kami di Selangor yang jauh lebih lemah daripada mereka, tetapi kami berjaya. Lalu apa yang perlu difikirkan ialah mungkin ada strategi dan kaedah mereka yang perlu diperbaiki.

“Kerana tidak ada sebab mereka harus kalah, sedangkan negeri-negeri lain yang yang lebih sukar, kita boleh menang,” katanya dalam satu temubual.

PAS negeri itu di bawah pimpinan pesuruhjayanya Datuk Mustafa Ali dikatakan mempunyai “mentaliti mengharamkan apabila berkuasa” daripada “menyediakan suasana maa’ruf”.

djz english teaching conference 080707 khalid samadAntara yang menjadi sasarannya, tambah Khalid, persembahan konsert, minuman keras, judi dan cara berpakaian.

“Kita cuba perhatikan, dengan majoriti Melayu muslim yang ramai, PAS Terengganu masih tidak dapat menang dalam pilihanraya umum ke-12, Mac lalu.

“Jadi, kita perlu lihat kembalilah mengenai kaedah kita, daya penarik kita dan sebagainya. Ini kerana, kita tidak boleh terlalu keras, kerana akhirnya orang tidak akan beri kita sokongan. Jadi, apa maknanya?

“Dari sini, saya rasa mereka mungkin tidak memahami dan masih tidak mahu cuba untuk memikirkan uslub dakwah yang lebih berkesan,” kata Khalid.

Bercakap kepada Ummahonline.com minggu lalu, beliau turut mengkritik kenyataan Mustafa yang bernada tidak yakin dengan projek peralihan kuasa yang diusahakan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 September lalu.

Tindakan itu, menurut Khalid, “cukup merugikan kerjasama politik dan setiakawan” dengan dua parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Mengulas kontroversi kenyataan Mustafa dalam Utusan Malaysia dan Harakah – masing-masing 11 dan 12 September lalu, Khalid berkata:

“Sama ada bermoral ataupun diktator (tindakan Mustafa), saya tidak mahu cakaplah. Tapi, memang tidak patutlah dia buat begitu.

“Dia sepatutnya menyedari bahawa Harakah sepatutnya digunakan untuk pandangan rasmi, ataupun untuk mana-mana pandangan-pandangan yang selari dengan pandangan yang rasmi.”

Beliau turut mengakui, “sedikit sebanyak ada kebenaran” bahawa presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipengaruhi Mustafa dalam merumuskan keputusan parti.

“Saya rasa sedikit sebanyak mesti ada kebenaran. Saya tahu bahawa Ustaz Hadi menghormati Cikgu Pa dari segi bacaan politiknya,” katanya.

Rundingan sulit PAS-Umno, yang mendapat sokongan kuat Abdul Hadi, dikatakan didorong oleh analisis Mustafa.

3 thoughts on “Mahu Bantai Mustafa Ali Sampai Lumat?

  1. salam…

    nampaknya sindrom “koro” dah berjangkit dlam PAS?? Ramai nak jadi hero nampaknye. Ingat , PRU12 Pakatan Rakyat menang bukan disebabkan PR kuat dan tegar tetapi BN yang teramatlah lemah. Rasenya, Pesuruhjaya2 yg belum tentu jayanya kena review balik… By da way, mana semangat demokrasi warga PAS selama nih. tak tahulah apa akan terjadi pada PAS dan ahli-ahlinya jika TGNA tidak lagi bersama …. suatu hari nanti.

    adios…

  2. apabila orang itu insaf dan mengaku kesilapan yang lalu ,maka kita sebagai hamba Allah s.w.t perlulah menerima beliau dengan hati yang terbuka dan lupakan kesilapan beliau yang dulu .Sedangkan Nabi ampunkan umat ,inikan pula kiata yang tidak seberapa ini .Tindakan beberapa pihak dalam pas yang mengecam cikgu pa itu tidak mengikut cara islam yang sebenar .Ini akan menyebabkan masyarakat luar akan melihat pas sebagai parti yang tidak mempunyai semangat kekeluargaan yang teguh .

  3. pendekatan “MENGHALALKAN” cara ala ala pemimpin erdogan dalam PAS nampaknya semakin mengganas…mana pergi slogan “MEMBANGUN BERSAMA ISLAM” yg selama 50 tahun di bawa oleh PAS?…PAS terpedaya dengan Anwar Ibrahim yg juga bekas ahli UMNO yg PAS gelarkan sesat dan lebih hina dari yahudi itu…kalau PAS letakkan syarat hudud pada UMNO dalam pertemuan sulit UMNO-PAS, kenapa PAS tak letak syarat yg sama pada Anwar Ibrahim dan kuncu kuncunya….?…perjuangan kejar kuasa PAS yg didoronng oelh pimpinan parti seperti Khalid samad ini akhirnya akan menjadikan PAS itu sama dengan UMNO dan tiada bezanya …beza PAS hanyalah sekadar pandai berceramah dan menjatuhkan hukum pada org lain sedangkan jemaah PAS dan yg sekutu dengannya pun sama 2 kali lima …lihat lah satu demi satu isu PKR yg ditunjukkan pada rakyat..isu sedekah sekd, babi , jawatan majlis ahli majlis dan rasuah di kalangan ahli dan parti PKR sendiri akhirnya akan menjatuhkan PAS itu sendiri…is a matter of time….air dan minyak tak boleh bercampur…PAS dan PKR serta HINDRAF / DAP sudah di uli bagaikan dodol yg dah dicampurkan tempoyak ..akhirnya kulat penuh dan busuknya sekata …PAS perlu balik pada perjuangan asal AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR…MEMBANGUN BERSAMA ISLAM bukan berkuasa bersama ANWAR IBRAHIM!!!!
    TAKBIR!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s