Benarkah Haji Hadi Pemimpin Keras?

Rentetan isu kenyataan Datuk Mustafa Ali, PAS Terengganu juga terpalit kritikan tak berkesudahan.

Semalam,YB Khalid Samad mengulas bahawa pendekatan keras dan tiada senarai keutamaan menyebabkan PAS Terengganu tewas di tangan BN dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

“Kami di Selangor yang jauh lebih lemah daripada mereka, tetapi kami berjaya. Lalu apa yang perlu difikirkan ialah mungkin ada strategi dan kaedah mereka yang perlu diperbaiki.Kerana tidak ada sebab mereka harus kalah, sedangkan negeri-negeri lain yang yang lebih sukar, kita boleh menang,” memetik kata-katanya dalam satu temubual.

Pada pandangan beliau PAS negeri Terengganu di bawah pimpinan pesuruhjayanya Datuk Mustafa Ali dikatakan mempunyai “mentaliti mengharamkan apabila berkuasa” daripada “menyediakan suasana maa’ruf”.

Walaupun YB Khalid bercakap atas nama peribadinya sendiri, namun pandangan itu dikongsi oleh ramai pihak. Ramai beranggapan bahawa kekalahan PAS di Terengganu adalah kerana PAS masih dikuasai oleh ‘orang-orang yang keras’ yang sukar menerima pandangan orang lain. ‘Orang-orang’ itu dibaca termasuklah Haji Hadi Awang barangkali. Pemimpin utama mencitrakan punca pandangan umum.

Benar, umum mengakui bahawa susuk tubuh Tuan Guru Haji Hadi Awang adalah susuk seorang pemimpin yang tegas dan berpendirian keras. Selain ilmu yang mendalam, itulah kekuatan beliau semenjak zaman mudanya lagi.

Jika tidak, masakan ada yang menggambarkan era akhir 80-an sebagai era Fenomena Hadi. Pidatonya pada ketika itu jauh lebih ber’nyawa’ berbanding pidato Anwar Ibrahim. Keras, tegas dan sarat dengan kefahaman Islam yang mendasar. Kalau dengar, boleh naik ‘raa’ kata orang Kelantan.

Namun persoalannya, apakah benar Haji Hadi adalah manusia yang ‘keras’, sukar menerima pandangan, tiada senarai keutamaan (aulawiyat dalam siasah), gong (ego) dan pelbagai lagi konotasi negatif yang lain.

Saya cuba membaca buku-buku siasah yang mengulas tentang beliau. Majalah-majalah lama juga diselak semula. Video ucapan beliau sewaktu menjadi Menteri Besar, Ketua Pembangkang Parlimen, Ketua Pembangkang DUN Terengganu ditonton semula.

Satu perkara yang mengejutkan saya adalah apabila saya membandingkan ucapan beliau sewaktu menjadi Ketua Pembangkang DUN dengan ucapan Allahyarham Ustaz Fadzil semasa menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia (2001). Perbezaan ketara.

Ustaz Fadzil yang raut wajahnya selalu tenang tampak jauh lebih garang membalas hujah dan membuat sindiran tajam kepada MP lawan. Memang Arwah tampak cukup keras menepis hujah-hujah MP Barisan Nasional ketika itu. Saya akui bahawa ayat-ayat dan bahasa yang digunakannya cukup pedih untuk ditelan. Itu kekuatan Arwah yang saya kagumi.

Berbeza pula dengan Ustaz Hadi,  walaupun beliau dimaki, diherdik dan diperolok-olokkan oleh ADUN-ADUN UMNO yang jauh lebih muda dan mentah darinya namun beliau tetap tenang menjawab tanpa menghiraukan makian itu.(Barang kali jika saya di tempat Ustaz Hadi-samada makian itu dibalas kasut ataupun dibalas dengan makian yang jauh lebih pedih)

Namun beliau tidak.

Sebagai ulama’, barangkali Ustaz Hadi mahu menjadi contoh ‘dudwatul hasanah’ kepada kawan-kawannya, lawannya serta rakyat yang menonton.

Pandangan umum semestinya berasaskan persepsi. Apabila seseorang nampak jarang tersenyum dan pidatonya lantang, maka orang itu akan dilabel keras, kasar dan angkuh.

Berbalik kepada pandangan YB Khalid Samad berkaitan faktor kekalahan PAS Terengganu semalam, saya tidak bersetuju dengan 2 alasan yang beliau kemukakan : pendekatan keras dan tidak ada senarai keutamaan. Pada saya itu adalah sekadar persepsi beliau yang melihat dari kejauhan menerusi kaca mata media.

Faktor utama yang mampu mengekalkan UMNO di Terengganu untuk terus memerintah adalah propaganda luar biasa yang dirancang dengan rapi oleh UMNO Terengganu pimpinan Dato’ Idris Jusoh. Pada saya itu masih menjadi punca utama.

Propaganda UMNO Terengganu adalah jauh lebih dasyat daripada propaganda PAS Kelantan. Ia dimulakan semenjak hari pertama UMNO berkuasa di Terengganu, bukan sebulan sebelum PRU seperti kebiasaan.

Dan PAS Terengganu tidak mampu menyaingi perkara itu. Jika diukur daripada taraf pemimpin yang membarisi PAS Terengganu, tarafnya jauh panggang dari api berbanding pimpinan UMNO Terengganu.

Jika dihujahkan dari sudut kegagalan mempertahankan kerajaan negeri PAS 1999-2004 , faktor  “mentaliti mengharamkan apabila berkuasa” daripada “menyediakan suasana maa’ruf” adalah suatu tuduhan yang agak berat dan kurang tepat.

Apa fakta dan sandaran hujah yang YB gunakan?

Lupakah YB dengan pelbagai sekatan dan kekangan yang digunakan untuk menekan kerajaan PAS dari mentadbir dengan baik? Lupakah YB dengan penarikan royalti yang menjadi sumber pendapatan terbesar kerajaan negeri?

YB Khalid tidak boleh bermegah dengan kedudukan PAS di Selangor. Kemenangan PAS Selangor bukanlah kemenangan mutlak. Ia sekadar kemenangan marginal yang menampung kemenangan PKR dan DAP semata-mata. PAS masih parti ketiga dalam coalition Pakatan Rakyat di Selangor. Keadaan itu juga perlu diperbaiki.

Sebagai anak muda yang kasihkah gerakan Islam, saya menyeru kepada pimpinan-pimpinan PAS untuk tidak melupakan amanat Prof Zulkifli Mohamad sewaktu meraikan kemenangan PAS di Kelantan.

One thought on “Benarkah Haji Hadi Pemimpin Keras?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s