Anjurkan Debat Ketua Pemuda UMNO

Setakat ini, Mukhriz sudah peroleh 40 pencalonan manakala Khairy 20 pencalonan. Khir Toyo dan Zahidi pula masih jauh ketinggalan.

Walaupun jumlah pencalonan sebenarnya belum mampu mencitrakan keputusan undi sebenar perwakilan nanti, namun ramai yang sudah menjangka Mukhriz akan menang. Tidak kurang juga yang percaya bahawa Khairy bakal melakukan kejutan. Walaupun analisis saya masih condong untuk meletakkan Mukhriz sebagai bakal Ketua Pemuda UMNO yang baru namun secara peribadinya saya lebih gembira jika Khairy yang bakal dipilih.

Apabila hegemoni Pak Lah berakhir, Najib bakal memulakan era pemerintahannya. Era pentadbiran ‘ala-ala Mahathir’ akan bermula kembali.

Oleh itu, perlu ada ‘team leader’‘ UMNO yang boleh melakukan ‘check and balance’. Jika Pak Lah masih Perdana Menteri memanglah Mukhriz yang paling sesuai. Namun jika Najib yang menjadi perdana menteri, maka Khairylah yang paling sesuai. Jika Mukhriz yang condong kepada Najib juga yang dipilih, maka kurang berkesanlah agenda perubahan UMNO yang dicanang-canang sebelum ini.

Oleh itu,eloklah jika Pemuda UMNO menganjurkan debat antara kedua-dua tokoh pemuda ini.Sekurang-kurangnya bakal perwakilan nanti tahu untuk memilih bakal ketua mereka. Tidaklah mereka bakal terpedaya dengan agenda perubahan yang belum tentu tulen ataupun palsu.

9 thoughts on “Anjurkan Debat Ketua Pemuda UMNO

  1. Saya setuju dengan pandangan saudara. Apabila tempoh penamaan calon berakhir, maka elok diadakan perdebatan. Biar pemuda memilih berdasarkan hujah dan ilmu, bukannya emosi dan personaliti. Oh ya, jemputlah melawat blog saya sekiranya saudara kelapangan.

  2. Sy bersetuju diadakan perdebatan kerana kredibiliti seseorang pemimpin akan menonjol melalui idea dan pemikiran yg akan disampaikan….Melalui perdebatan ini ia akan menjadi pengukur terhadap kesiapsiagaan seseorang itu utk menjadi pemimpin dimasa depan…

  3. Bagi aku kan hasbie, aku rasa elok lagi Mukhriz naik sebab dia insyaAllah macam bapak dia jugak..Tun Dr.M yg takkan menjadi pengampu dan balaci siapa2 pun. KJ tu…memanglah korang nak sebab dia kan liabiliti bagi UMNO yg akan terus dimainkan oleh pembangkang untuk burukkan kerajaan.

  4. Amat setuju dengan cadangan debat sebelum pemilihan, ada kata-kata yamh mengatakan seseorang itu dapat dikenal cerdik datu bodohnya apa bila dia mula berkata-kata…kita nak nilai isi hujahannya…bukan kecekapan pidatonya.

  5. Yang kita mahu dengar ialah isi, wawasan dan pemikiran calon, bukan stail dan gaya bercakap. Apa guna lantang bercakap ibarat tin kosong jika tiada keikhlasan,tiada ilmu, seperti Bung Moktar Radin dalam dewan jugalah.

  6. kami tengah promosi blog kami. kami budak-budak UKM yang cuber nak jadi kool. walau pon kami cuber nak jadi kool, tapi kami tetap gagal. kami tetap dilabel sebagai poyo.

    kalo sudi, jenguklah blog poyo kami di:

    http://diskopi.wordpress.com

    biar poyo jangan paip*!

    paip ialah singkatan daripada pemuda/pemudi anti ilmu pengetahuan (PAIP). hehehe.

    blog kami blog trilingual. bm ader, bi pon ader. manglish pon ader!

    macam-macam hal yang kami layan tulis. dari perkara serius sampailah kepada perkara sempoi dan santai.

    kalo suker dengan blog kami, silalah beritahu kawan-kawan yang lain.

    timer kaseh.

  7. bagi saya siapa pun yang di pilih ,tidak menjadi masalah ,tetapi perubahan yang dirancanga perlu dilaksanakan agar umno dapat berdiri gah semula bagi meneruskan politik untuk negara malaysia tercinta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s