Biro Tata Negara Peruntuh Negara?

biro-tatanegaraSaya sedikit terperanjat apabila membawa laporan Harakahdaily pagi ini.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mendedahkan bahawa beliau mendengar sendiri penceramah dalam latihan Biro Tatanegara (BTN) memfitnahkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai anasir subversif dan pengkhianat negara.

“Saya mendengar sendiri penceramahnya menuduh Tuan Guru, (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan (Lim) Kit Siang sebagai sebagai anasir subversif dan pengkhianat negara,” kata beliau. Beliau juga membangkitkan tentang tindakan BTN mengapi-apikan isu perkauman di dalam modul yang mereka kendalikan.

Jika benar dakwaan yang disebutkan oleh saudara Salahuddin itu, maka ia adalah satu gambaran yang amat jelek dan menyedihkan. BTN telah kelumpuhan fungsi yang sepatutnya dimainkan. BTN sepatutnya menjadi agensi kerajaan yang berperanan untuk membina kesedaran yang tinggi tentang perpaduan di kalangan rakyat. Bukannya membuat fitnah membabi buta dan bukan juga menjadi alat pihak-pihak tertentu yang mengejar keuntungan politik.

Jika disoroti sejarah BTN yang ditubuhkan pada tahun 1975, BTN sebenarnya mempunyai peranan yang cukup penting dalam membina negara dari sudut moral dan jatidiri rakyatnya.

Pada tahun 1970-an, semasa program belia, fungsi Biro Tatanegara (BTN) ketika itu ialah mengawasi kegiatan pertubuhan mahasiswa dan belia bagi memastikan mereka bertindak selaras dengan kehendak dan aspirasi negara.

Pada tahun 1981, selaras dengan keputusan Kerajaan, fungsi BTN telah diperluaskan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara serta meningkatkan semangat keIslaman di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk belia, pelajar, kakitangan kerajaan dan sektor swasta.

tree-planting-bigAntara lagu yang sering dinyanyikan dalam kursus BTN ialah lagu Warisan. Peserta dibimbing untuk memahami perkara yang tersurat dan tersirat dalam lagu tersebut. Meskipun kelihatan semangat kemelayuan yang ketara dalam lagu tersebut, namun objektifnya ialah bagi mengeluarkan orang Melayu daripada kancah kemiskinan dan akhirnya mencapai matlamat utamanya iaitu perpaduan kaum.

Hal ini adalah selari dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu membenteras kemiskinan tanpa mengira kaum dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia. Kerajaan amat sedar bahawa perbezaan taraf ekonomi dan sosial antara kaum di Malaysia adalah penyebab utama berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Seterusnya pada November 1986, aktiviti BTN diperjelas dan diperkembangkan kepada melatih pemimpin dan bakal pemimpin supaya mereka mendukung usaha-usaha pembangunan dalam beberapa bidang seperti agama, sosial, politik, ekonomi dan pendidikan.

Pada tahun 1992, Jawatankuasa Penyelaras Latihan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan BTN melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Program Bina Negara telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri serentak dengan Kursus Bina Negara 1 yang diadakan pada 1 hingga 4 Januari 1992.

Penyertaan dalam Kursus BTN adalah wajib untuk semua pelajar yang mendapat biasiswa kerajaan untuk ke luar negeri. Tujuan kursus tersebut adalah untuk menyemai semangat kenegaraan di kalangan pelajar tersebut agar terus bersikap patriotik ketika di luar negeri.

Namun begitu, timbul banyak aduan daripada peserta kursus tersebut (terutamanya yang berketurunan bangsa minoriti) bahawa terdapat jurulatih BTN yang menyebarkan idealogi yang bersifat perkauman, hinggakan ke tahap menimbulkan kebencian terhadap kaum-kaum minoriti di Malaysia.

Saya juga pernah diprovok dengan kandungan modul-modul sebegitu. Intipati ceramah akan dimulai dengan kepentingan untuk memahami sejarah kependudukan bangsa Melayu, kemudian keadaan anak bangsa Melayu yang masih mundur, kemudian diceritakan tentang kesungguhan pemimpin-pemimpin Melayu dalam parti pemerintah yang gigih membangunkan bangsa dan negara..

…dan kemudian dibilas dengan hentaman dan kejian terhadap pemimpin-pemimpin Melayu dan bukan Melayu yang berada di pihak oposisi. Disedapkan cerita dengan tuduhan subversif, hubungan dengan pihak Yahudi dan sebagainya.

Saya menjadi pelik bin hairan.

Menjadi persoalan, apakah sebenarnya agenda BTN diwujudkan?Apakah mahu membangunkan negara atau MERUNTUHKAN negara?

13 thoughts on “Biro Tata Negara Peruntuh Negara?

  1. Pandangan saudara terhadap btn sangat prejudis..saudara tidak boleh menafikan peranan besar btn dlm meniupkan semengat untuk memperkasakan bangsa melayu..

  2. salam

    saya tidak menafikan peranan BTN ..cuma saya pertikaikan halatuju BTN pada masa kini..

    Adakah mahu benar-benar memperjuangkan TATANEGARA atau mahu merosakkan perpaduan di kalangan rakyat..

    saudara perlu ingat bahawa,BTN cukup dibenci oleh bangsa lain lantaran dakwaan bahawa BTN mempunyai agenda-agenda tertentu yang mahu memperkasakan melayu semata-mata

  3. kat uni aku pon BTN dok kutuk pembangkang
    aku bukan nak sokong pembangkang
    kalau takda pembangkang kerajaan akan asyik syok sndiri
    yakin sangat yang semua yang diorang buat betol belaka
    pembangkang mengimbang parlimen negara
    ni kalau dok kata pembangkang extremist, subversif, anwar yahudi and etc
    apa nak jadi nih
    nordin kardi memalukan golongan kelas pertama dengan membuat modul yang seperti minda kelas ketiga malah lebih bawah lagi

  4. Tu la..setuju dgn pendapat Zikri..btn patutnya jd agensi kerajaan yang disegani..tp sekarang tidak..

    Depa adalah agensi yang paling tak dihormati oleh majoriti rakyat malaysia.

  5. Dah memang mentaliti manusia sekarang yang tak reti bersyukur, kerjanya asyik complain aje. Cuba la bagi komen yang membina. umpama kalau saya orang kaya, saya bagi duit kat kampung2, sure depa kata nak menunjuk. Kalau saya tak bagi pulak, confirm depa kata kedekut. Lu pikir la sendiri…

  6. salam…teringat salah satu modul dalam BTN…antara 4 perkara-agama, pendidikan, negara, ekonomi(kalau xsilap)-yang mana satu perlu didahulukan untuk membina sesebuah negara…semua ahli kumpulan disuruh membuang kertas yang bertulis pilihan tersebut mengikut keutamaan yg pertama, kedua, ketiga dan keempat…ana terlupa ana pilih apa sebagai pilihan pertama yang perlu didahulukn… dalam modul ini ramai menekankan aspek pendidikan untuk membina negara (memandangkan majoriti adalah pelajar perubatan di dalam kumpulan ana)…

    setelah berbahas panjang (tak terkecuali ana yang turut sama menggoreng), jawapan sebenar ialah negara….dilihat disini, semangat nasionalisme cuba diterapkan, semangat kenegaraan yang akan mengabaikan negara lain asalkan negara sendiri selamat…sebagaimana yang berlaku ke atas umat Islam di Palestin…semangat kenegaraan menyebabkan tiada negara Islam yang berani memerangi kerajaan yahudi laknatullah kecuali iran(mungkin) kerana menjaga negara sendiri…sedangkan di dalam Islam sebenarnya, dasar utama ialah agama…agama yang menjadi sempadan…dasar pecah perintah terlalu ketara sehingga sekarang…sudah pasti mereka berbangga dengan hasil usaha mereka, yang mana cuba pula diterapkan oleh kerajaan malaysia sendiri….apalah malang nasib…

    (teringat sahabat di uia, pernah kata, kalau bukan sebab dia berada di malaysia, pasti dia akan sertai apa sahaja tunjuk perasaan yang dianjurkan..mungkin tiada kaitan dgn BTN tapi ada kaitan dengan malaysia yang terlalu mengongkong pelajar selepas kebangkitan DSAI dizaman mahasiswa dahulu—fikir2kn)

  7. Salam, Aku prnah gak ikut kursus BTN tahun 2005 dulu, masa aku ambik program keusahawanan. Kursus nya sangat ok dan baik, sentiasa mengingatkan tentang perjuangan dan halatuju bangsa bukan sahaja dlm kontek negara bahkan luar negara. bab politik ada la dia puji kerajaan yang memerintah. tapi rasanya lebih banyak yang suruh kami berfikir dan buat keputusan sendiri. Ingat adik aku yg buat mdic kat dublin, dia pun kena kursus BTN bagus jugak baru dia perasan dia sorang je kerajaan hantar belajar dah habiskan hampir 1 juta ringgit utk 6 tahun dan diingatkan pulak supaya belajar betul2. . bayangkan kerajaan telah hantar beibu-ribu orang anak bangsa kita… tak silap aku MB slangor jg adalah bekas psrta kursus BTN… aku rasa ini politik je.. BTN betul jalankan fungsinya.. kalau BTN ni betul berpolitik takkan pembangkang makin byk menang pilihanraya.. kan

    1. Salam
      Tidak semua jurulatih BTN rela mjadi balaci UMNO.ada yg sekadar menjalankan amanah yg sewajarnya..

      Kemenangan pmbangkang dalam pilihanraya mungkin akan lebih besar jika BTN tidak berpolitik.

      itu pandangan sy.
      TK

  8. salam.saya seorang bekas peserta yang pernah mengikuti program anjuran btn. bagi saya kursus btn memberi fokus kepada 3 perkara.

    1.maklumat/fakta
    2.kefahaman maklumat
    3.kesedaran

    semuanya untuk memperkasakan semangat patriotisma dikalangan rakyat malaysia.program ini sangat bagus untuk semua golongan di malaysia.

    salahuddin ayub adalah orang politik. kenyataaan beliau diragui samada mencerminkan keadaan sebenar atau retorik politik semata mata. saya berpendapat kenyataan rakan rakan peserta yang pernah mengikuti program berkenaan lebih layak diterima pakai. bukan dari orang politik seperti ketua pemuda pas itu.

    saya juga pernah hadir kursus berkenaan. tidak pernah pula saya mendengar tuduhan tuduhan seperti yang dikatakan oleh salahuddin itu dilemparkan oleh para penceramahnya. terserahlah kepada anda semua untuk membuat andaian. kerana pelbagai andaian boleh dibuat.sesiapa sahaja boleh membuat andaian.

    termasuk saudara hasbie yang membuat andaian bernas kepada BTN berdasarkan kenyataan salahuddin terhadap program BTN.

    petikan(…”Jika benar dakwaan yang disebutkan oleh saudara Salahuddin itu, maka ia adalah satu gambaran yang amat jelek dan menyedihkan. BTN telah kelumpuhan fungsi yang sepatutnya dimainkan”…)

    andaian saya pula, salahuddin juga membuat kenyataan berdasarkan andaian beliau sendiri.kerana bagi saya beliau perlu menyatakan masa, tarikh, dan tempat dimana beliau mendengar penceramah yang tidak diketahui namanya itu membuat tuduhan pelbagai terhadap ikon ikon pujaan hatinya itu.

    salahuddin tidak menyatakan fakta fakta yang boleh diambil kira untuk mempercayai kenyataanya. oleh itu pada saya beliau hanya bermain retorik.

    saya adalah rakyat malaysia yang disedarkan oleh program btn untuk mempercayai fakta fakta, bukan andaian andaian.

    mohon maaf, saya juga baru menyedari bahawa komen saya ini juga adalah andaian saya sendiri. terpulang kepada pembaca untuk menilai.

  9. askm,sy prnh hadiri program bina negara di dungun thn 2005 utk sek di trg yg dipilih dr 3 daerah di trg.Mmg benar jurulatih di situ mengaitkan pas(semas itu tak ada lagi pakatan rakyat) dengan anasir-anasir jahat yg blaku terutamanya ketika itu peristiwa al-maunah.Ada lagi soalan bahawa benarkah ke pas(maaf sy kurg ingat soalan sterusnya) namun sy amat pasti beliau(jurulatih) mgaitkan pas dgn tuduhn yg x berasas.Dlm 5 hari program berlangsung sy rasa btn amatlah jauh tersasar dr matlamat asal,hanya jadi agensi bg kpentingn politik BN shj.Alamaknya mereka syok sendiri sdgkn pmbngkang adalah penasihat mereka walaupun tak langsung dlm pmerinthn negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s