Shahrizat Perlu Yakin!

lembpantai

Amatlah malang jika Shahrizat Jalil masih ragu-ragu untuk mengetepikan ‘pelan peralihan jawatan Wanita UMNO’ yang sangat pelik lagi mengarut itu. Pelan untuk berkuasa selama 3 bulan dan diganti oleh pemangku selama hampir 3 tahun!

Memang beliau tersepit dan keliru. Namun, Shahrizat perlu memiliki keyakinan bahawa DS Rafidah Aziz sudah tidak relevan buat masa ini. Pencalonan sebanyak oleh 73 bahagian yang menentang arus adalah kekuatan bonus yang luarbiasa untuk beliau.

Pemimpin bukan sekadar perlu pintar, namun juga harus yakin dalam membuat keputusan sukar. Samada beliau mahu membuat satu keputusan tegas atau karier politik beliau akan terus terkubur kerana satu keputusan yang menuju lemas!

rafidah

5 thoughts on “Shahrizat Perlu Yakin!

  1. sharizat atau kamilia yang layak menerajui wanita umno? persoalan ini sering menjadi persoalan di dada-dada akhbar dan kaca televisyen ….namun apa komen saudara?…

  2. Assalamu’alaikum wrt wbt

    Tahniah diatas pelantikan Saudara Hasbie untuk memimpin amanah sebagai Presiden ECONS. Moga amanah ini digalas sebaik mungkin bagi melahirkan kepimpinan Islam yang mampu mengutarakan pandangan dan solusi mengenai pelbagai dasar dan pelaksanaan terutamanya yang berkaitan dengan ekonomi negara.

    Saya bukanlah graduan mahasiswa yang lahir dari Fakulti Ekonomi. Tapi, saya sudah sedikit berminat dengan isu-isu sekitar pengurusan ekonomi terutamanya makroekonomi Malaysia.

    Namun, saya sukar mendapatkan pandangan-pandangan anak muda mengenai pemasalahan ekonomi. Saya berharap agar saudara boleh memimpin bicara dan minda mengenai isu tersebut kelak.

    Saya juga ingin berjumpa saudara, jika tidak keberatan di program Wacana Ekonomi Malaysia pada 23hb November ini yang akan diadakan di Shah Alam. InsyaAllah, jika tiada aral saya akan berada di sana juga.

    Salam perjuangan!

    Mior Isfandy Mior Azizan
    013 – 697 3646

  3. Salam..

    kepada Wanita UMNO,sudah tentu pilihan saya kedua-duanya..maksud saya DS Shahrizat sbg ketua dan Datuk Kamilia sebagai Naibnya..

    kepada abg Mior,terima kasih atas ucapan tahniah itu dan kesudian untuk berkunjung ke laman ini.

    Saya juga sependapat berkaitan kurangnya bloggers mahasiswa menulis ttg isu ekonomi.InsyaAllah saya dan teman-teman ECONS akan cuba berkongsi sekadar yang termampu.

    Ya..jika tiada aral yang melintang..kita berjumpa di sana,InsyaAllah

  4. Berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai,Shahrizat akan umumkan untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO khamis ini..

    Jika benar berita itu,tahniah diucapkan..semoga gandingan Shahrizat dan kamilia mampu menjadi gandingan teraju wanita UMNO yang boleh diharap dlm memperjuangkan bangsa dan agama.

  5. Salam,

    Salam ziarah kembali, sudah menjadi suatu tindakan perlu untuk aktivis mahasiswa membicarakan persoalan ekonomi dengan kebijakan-kebijakan secara holistik dan tuntas.

    Salam hormat & Salam Perjuangan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s