Mahasiswa Wajib Turut Sama Memboikot!

boikot

Isnin lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan harga minyak petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter.

Ia merupakan penurunan kali kelima harga bahan api itu selepas mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu apabila kerajaan menaikkan harga runcit petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.

Harga minyak telah turun menghampiri paras asalnya sebelum jun 2008 iaitu RM1.92 seliter.

Namun masih ramai peniaga yang tidak menurunkan harga barangan dan perkhidmatan mereka.Tindakan itu bukan sahaja membebankan pengguna yang berpendapatan rendah dan sederhana malahan ia akan berterusan meningkatkan Indeks Harga Pengguna (IHP) sekaligus menjana pertumbuhan kadar inflasi ke tahap yang lebih mengerikan.

Kedegilan dan ketamakan segelitir peniaga (samada peruncit, pemborong atau pengilang) yang mahu untung besar segera adalah sebab utama percambahan ‘parasit inflasi’ yang berbahaya ini.

Beberapa NGO seperti Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bercadang untuk menganjurkan satu perhimpunan memboikot para peniaga yang masih berdegil untuk menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah diturunkan beberapa kali.

Menurut Presiden CUEPACS, Omar Osman , perhimpunan itu akan diadakan di ibu negara pada Disember ini dengan kerjasama Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

Oleh yang demikian saya menggesa seluruh mahasiswa Malaysia yang berjumlah 748,797 orang untuk turut sama memboikot peniaga-peniaga yang mengenakan harga yang tinggi berbanding harga pasaran.

Saya yakin jika ketumbukan seramai 0.7 juta ini memainkan peranan memboikot peniaga tamak, kemudiannya ‘menghasut secara ilmiah’ anggota masyarakat yang lain agar turut sama memboikot maka peniaga-peniaga yang tamak ini akan segera menurunkan harga barangan mereka agar selari dengan pasaran.

Seterusnya,kadar inflasi negara kita yang kini 8.2 peratus akan surut melebihi ramalan 7.6 peratus sebagaimana yang diunjurkan oleh Gabenor bak Negara tempohari.

Semoga,tindakan ini akan  mendidik dan menyedarkan pengguna tentang hak dan peranan mereka.Ia bukan bertujuan untuk menjejaskan ekonomi negara malahan bertindak selaras dengan seruan kerajaan yang mahu peniaga menurunkan harga barang.

PRESIDEN ECONS

Kenyataan di Harakahdaily

3 thoughts on “Mahasiswa Wajib Turut Sama Memboikot!

  1. Sokong..peniaga tamak memang mesti dihukum!

    ramai orang susah yg makin susah..mereka org tamak mahu makin kaya..haprak betol!!!

  2. Peniaga, pemborong ada persatuan mereka sendiri. Mereka bersatu dalam menaikkan harga. Macam-macam alasan seperti stok yang mereka guna sekarang stok waktu harga minyak mahal, peningkatan kos itu kos ini, dan peniaga pula bagi alasan yang mereka beli dari pemborong harganya memag dah tinggi.

    Siapa yang mendominasi ekonomi kita?

    Hhhmm, biskut mayat yang selalu kita makan waktu ada kematian dan baju Melayu pun kaum Cina yang buat.

  3. Haha..
    setuju dgn pandangan abg Zam..inilah masalahnya bila taburan kegiatan ekonomi di kalangan rakyat masih tidak sekata dan seimbang..

    Nak salahkan kaum cina pun tidak boleh juga.mereka mmg kuat berusaha.Tapi masalahnya orang melayu sendiri yang tak minat berbisnes..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s