Menjawab Kritikan Saudara Nazree Yunus

Pandangan pengerusi GERAK saudara Nazree Yunus bahawa kepimpinan PMIUM perlu ditukar segera kerana kurang efektif adalah kurang ‘kena’ pada tempatnya dan bersifat provokatif semata-mata.

Kayu ukur yang beliau gunakan adalah tidak kredibel – pandangan tegas daripada pucuk pimpinan PMIUM berkaitan isu Rafiah Salim dipecat yang tidak kedengaran. Saya tidak pasti adakah beliau mahu mengesyorkan agar pimpinan PMIUM membantah keras pemecatan itu ataupun berpesta mengalu-alukan kehadiran Naib Canselor yang baru, Profesor Ghauth Jasmon.

Isu pemecatan (penamatan kontrak) Datuk Rafiah Salim bukanlah isu besar yang signifikan kepada mahasiswa UM apatah lagi mahasiswa Malaysia secara umumnya. Bonda, walaupun tidak serakus Razali Agus dalam menyerang gerakan mahasiswa Islam di UM namun beliau tidak banyak membantu.

Justeru saya berpendapat bahawa aksi tegas dari pihak PMIUM adalah tidak perlu. Cukuplah dengan hanya respon tawar.

Keduanya, menyentuh tentang tenggelamnya ‘domain’ PMIUM dalam menjuarai isu nasional dan kampus secara agresif dan bersungguh-sungguh.Saya bersetuju. Namun saya juga ingin menarik perhatian bahawa PMIUM sentiasa komited menghantar duta-dutanya ke segenap proksi mahasiswa bagi menggerakkan agenda yang belum pernah selesai.

GAMIS, GMMA, Persada, SMM, Bersatu Perak, Pro Mahasiswa Nasional adalah antara sumbangan aktivis-aktivis dan pimpinan PMIUM yang tidak wajar dipertikaikan. Apakah soal nama PMIUM yang menjadi ukuran sesuatu kejayaan dalam gerakan mahasiswa?

Kita bukan berkerja untuk mendapat gah pada nama.

Apapun saya menghormati pandangan beliau selaku mantan Presiden PMIUM yang masih cakna pada pergolakan  pasang surut kampus khususnya terhadap PMIUM.

2 thoughts on “Menjawab Kritikan Saudara Nazree Yunus

  1. salam
    isu rafah salim xperlu dperbesarkan..pandangan saudara amat tepat yg rafiah salim xbyk mmbantu gerakan mahasiswa islam UM. (saya juga student UM) rafiah salim diibaratkan sbgai boneka oleh sstgh pihak yg mnganggap ketidak lantangnya sbgai kelemahan beliau..ketika razali agus masih di UM, beliau dianggap lebih berkuasa drpd rafiah salim wlaupun beliau hnya TNC HEP kerana beliau mmpunyai pngaruh2 ttntu dibelakangnya..
    jd adalah lbih baik rafiah salim ditukarkan dan digantikan oleh org lain yg mmpu mngawal org bwhnnya dgn lbih bksan..isu ini sengaja diperbesarkan oleh lim kit siang di parlimen utk mndapatkan publisiti murahan politik dan utk mnnjukkan yg mereka adalah pembela sbnar golongan mahasiswa..pdahal sblom ini UM sering juga dikutuk mereka akibat penurunan ranking U tbaik dunia..mereka juga tidak mmbantu rafiah meningkatkan smula imej UM..kenapa apabila rafiah disingkirkan mereka perlu bising?? mahasiswa UM lbih tahu apa sbnarnya yg mereka mahukan..org yg hanya tahu mengkritik ttapi tidak mmbantu, xperlu menyibukkan diri dan boleh dianggap tidak layak..

  2. ambo setuju dengan jawapan daudara hasbie terhadap kritikan saudara nazree. bagus, kita kena ada pendirian sendiri yang tegas. kerana kita yang masih belajar tahu situasi yang berlaku di kampus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s