Pro Mahasiswa atau Penggerak Mahasiswa?

Pilihanraya Kampus di Universiti Malaya sudah mula terasa kehangatannya. Pro Mahasiswa (Pro M) dan Penggerak Mahasiswa (GERAK) akan bertempur setelah tertangguh beberapa bulan. Jentera Pro M sudah mula menggempur kolej-kolej kediaman manakala Jentera GERAK sudah mula membuat giliran untuk menjaga pintu-pintu ‘gate’ kolej kediaman yang dikuasai mereka.

rimaw2-copy

Sebagai makluman, Pro Mahasiswa adalah nama baru bagi Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM – Gagasan) atau Parti NADI (Nama sebelum Gagasan). Penggerak Mahasiswa pula adalah nama baru bagi Aspirasi ataupun Majlis Gabungan Mahasiswa Universiti Malaya (MGMUM).

promSaya tidak pasti sampai bilakah nama GERAK ini akan bertahan. Sebelum ini Aspirasi UM cuba menggunakan nama Revolusi Mahasiswa (Revo M) namun disebabkan nama itu adalah persis ‘kitaran semula’ nama lama bagi Aspirasi di UIAM (REVO), maka akhirnya nama Revo M terkubur.

Saya ada cadangkan kepada Pengerusi GERAK UM agar nama GERAK itu dicantikkan dengan nama ‘GERAK Student’. Cadangan saya itu bertujuan supaya bunyinya lebih sedap bila mahu dilaungkan sewaktu ada rapat umum atau demontrasi. Seronok juga bila saling berbalas sorakan nanti.

Walau apapun nama baru yang mahu diubah pada Aspirasi, saya tetap cuba melihatnya dengan optimis dan positif. Saya sedar bahawa pendokong-pendokong Aspirasi hari ini mahukan perubahan. Mereka sudah lali untuk terus digelar ‘balaci HEP dan UMNO’ dan pelbagai lagi gelaran yang jijik lantaran kesilapan mantan-mantan pendokong mereka yang lalu.

Sewajarnya, kita sokonglah mana yang baik. Selalu juga saya berbincang dan mengajukan cadangan kepada saudara Hasif agar Aspirasi bukan sahaja berubah secara luaran namun ‘substance’nya juga. Bagi saya, perubahan pada luaran mudah sahaja untuk dilakukan. Tempah ‘banner’ GERAK dan gantung di kolej kediaman.

Namun, perubahan dalaman sudah tentu sukar. Samada beliau (Hasif dan teman-temannya) mampu ‘hijack’ unsur-unsur kotor yang ada dalam Aspirasi ataupun mereka sendiri yang akan di’hijack’ nanti. Apapun, saya doakan beliau berjaya.

Harapan saya, pada PRK kali ini kita bertindaklah dengan cara yang terbaik.

Kepada Pro M atau GERAK, hantarlah calon-calon yang berkualiti dan terbaik. Janganlah hanya calon yang menjadi Pak Turut tanpa mampu membawa apa-apa manfaat kepada pengundi. Saya berharap agar calon yang bertanding nanti benar-benar mampu mewakili suara mahasiswa, berpengalaman dan punyai tahap integriti yang tinggi. Lebih baik jangan bertanding jika kerana sogokan atau ganjaran pihak-pihak tertentu.

Kepada jentera kedua-dua pihak, bertindaklah dengan waras. Jangan takut kepada persaingan di padang yang rata. Jika ada pihak yang boleh berucap di kolej kediaman, berikanlah ruang yang sama kepada pihak yang lain. Janganlah berterusan dengan amalan politik takut. Jangan juga beremosi keterlaluan. Politik kampus ini kecil sahaja. Janganlah putus ukhuwwah dan hilang kawan kerana PRK.

Kepada pengundi-pengundi, pilihlah calon-calon yang terbaik. Calon yang boleh bersuara dan berkerja dengan baik.

Sewaktu zaman saya berada dalam MPMUM yang lepas , tidak dinafikan ada beberapa ahli MPMUM yang bagus kualiti kerja mereka.

Utamakanlah calon-calon yang berkualiti.

Semoga Universiti Malaya tidak terus jatuh dan jatuh!

7 thoughts on “Pro Mahasiswa atau Penggerak Mahasiswa?

  1. Memang betul, saudara Hasbie…
    Yang penting ialah semua bakal calon MPMUM 08/09 harus ikhlas dalam memperjuangkan kebajikan pelajar…
    Jangan asyik berpolitik di luar (Pro M),tidak memperjuangkan manifesto mereka (Aspirasi & Pro M), mengikut sahaja dan tidak menyoal dengan mendalam serta teliti (Aspirasi) dan akhir sekali bertindak melulu dan bercakap tidak berasaskan fakta(Bebas)
    Good Luck to all…

    Mantan MPMUM 07/08 (Fakulti Sains)

  2. tahniah buat Pro M kerana telah menang majoriti mudah hari ni…buat penyokong2 pro…anda suma adalah nadi kepada kemenangan pro M…tuhan telah mendengar doa kita semua…semoga perubahan yang diimpikan oleh mahasiwa ini akan berlaku…hidup pro M…

  3. sesiapa sahaja yang memegang tampuk pemerintahan mahasiswa universiti malaya ,diharapkan supaya bekerja dengan ikhlas dan memeperjuangkan hak mahasiswa dan bukan hanya duduk diam menanti bulan gugur dari langit …suara mahasiswa telah dilaungkan ,maka yang terpilih perlu menanggung amanah yang diperintahkan

  4. teoh chern zeong….u ckp politik luar ditujukan kpd Pro-M…sbnrnya aspirasi yang berkiblatkan oleh UMNO…cuba tanya rakan2 u mcm fendi omar n tanjung, camne dia org ada hubungan bwh meja dgn KPT…n mcm mana korg di kuarantin dulu masa nak bertanding…sapa yg byr duit tu…duit UM kan..u perlu tahu mcm mana pemimpin UMNO boleh mkn semeja dgn jentera aspirasi di kelab golf…seldik dulu ye teoh chern zeong…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s