Tahniah, Akhirnya Pro Mahasiswa Kembali Memimpin

promTahniah buat pendokong dan penyokong Pro Mahasiswa di Universiti Malaya diatas kemenangan majoriti mudah (simple majority) calon-calon Pro Mahasiswa dalam PRK kali ini.

Kemenangan yang diperolehi pada kali ini memang sukar dijangka.Saya akui, diskriminasi ketara yang ditunjukkan pihak HEPA dan pentadbir kolej kediaman sejak hari pertama kempen agak menyukarkan kemenangan ini dari berlaku.

Apapun, kita harus insaf dan rendah diri untuk menerima kemenangan ini sebagai rahmat dan ujian daripada Allah.Pada hemat saya,ini bukan kemenangan buat Pro Mahasiswa semata-mata,sebaliknya ini adalah kemenangan buat seluruh mahasiswa Universiti Malaya keseluruhanya.

Gendang Pilihan Raya Kampus (PRK) telah tamat dipalu.Marilah kita tautkan kembali ukhuwwah yang tegang sepanjang tempoh kempen sebelum ini.Pro Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa mestilah konsisten dan komited dalam memperkuatkan perpaduan di kalangan mahasiswa.Janganlah sampai “Kalah Jadi Abu, Menang Jadi Arang”.

Apapun, mengisi kemenangan adalah lebih sukar daripada memperolehinya!

2 thoughts on “Tahniah, Akhirnya Pro Mahasiswa Kembali Memimpin

  1. slm…
    thniah buat angkatan proM..yep,smga kalian dpt jd pemimpin yg telus ikhlas serta jujur dlm melaksanakan t/jwb…tautkan kembali ukhwah2 yg telah retak dek propaganda jahat yg hadir dlm PRK kali ni,esp dikalangan pimpinan GERAK n proM yg menyandang kerusi..dan pastinya,suburkan kembali juga tautan ukhwah yg mungkin telah diperkotak katikkan oleh yg xbertanggungjawab antara kalian n pihak HEP…buktikan,proM adalah untuk semua,sdia berkhidmat untuk semua..

    1 permintaan sy dari kalian pimpinan baru MPMUM,berusahalah untuk mengurangkan kemasukan ‘hiburan’ yg ntah pape dlm kmpus ni,malah,teruskan usaha untuk menyajikan hidangan ilmiah yg penuh manfaat buat semua..insyaAllah,mg2 Allah permudahkan segalanya…

    doa sy,insyaAllah akan sntiasa bersama shbt2 sekalian…
    do d best!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s