Ketegasan Erdogan

APTOPIX Switzerland World Economic Forum

Recep Tayyip Erdogan, Prime Minister of Turkey, left, talks to Shimon Peres, President of Israel, right, during a plenary session during the Annual Meeting of the World Economic Forum, WEF, in Davos, Switzerland, Thursday, Jan. 29, 2009.

Tindakan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang bertindak meninggalkan sidang Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos , Switzerland semalam selepas terlibat dengan pertikaman lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung konflik di Genting Gaza adalah tindakan tegas yang wajar dipuji.

Recep dilaporkan berikrar tidak akan kembali semula menyertai forum itu, yang dihadiri oleh elit politik dan perniagaan dunia.

Dalam detik-detik paling dramatik yang jarang dilihat berlaku pada forum Davos, Recep berjalan keluar meninggalkan dewan di hadapan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon dan anggota panel lain dengan mendakwa, beliau telah dipaksa memendekkan kenyataannya mengenai perang itu.

Thank you very much. Thank you very much. Thank you very much. I don’t think I will come back to Davos after this,” kata Perdana Menteri itu sebelum beredar.

Recep juga mengkritik hadirin yang terdiri daripada tokoh korporat dan politik antarabangsa kerana memberi tepukan selepas Peres dengan penuh emosi mempertahankan serangan Israel ke atas Gaza, sehingga menyebabkan lebih 1,300 rakyat Palestin terkorban.

“I find it very sad that people applaud what you said. There have been many people killed. And I think that it is very wrong and it is not humanitarian.” katanya kepada Peres sebelum dicelah oleh pengerusi sesi iaitu kolumnis Washington Post, David Ignatius.

Tindakan Recep yang membela kematian ribuan warga Palestin patut dicontohi oleh pemimpin-pemimpin negara lain.Hakikat bahawa pemimpin-pemimpin negara Islam lain yang takut dan bacul dalam menyatakan pendirian berkaitan dengan isu-isu kemanusian sebegini wajar diubah segera.

Namun, pemimpin negara kita bagaimana?

One thought on “Ketegasan Erdogan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s