Laporan SIDANA 2009

28 Februari 2009

Perasmian dan Forum

Hari pertama SIDANA ’09 dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah SIDANA iaitu saudara Mohd Hasbie Muda dan kemudiannya dirasmikan oleh YB Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai).

Forum bertajuk “Mahasiswa Malaysia vs Mahasiswa Luar Negara” kemudiannya mengambil tempat. Forum dibarisi oleh ahli panel berpengalaman saudara Feriz Omar (Presiden ProWaris), saudara Ramadhan Fitri Elias (mantan YDP MPMUM 2003/04) dan Prof Khoo Kay Kim (Profesor UM) dan dipengerusikan oleh saudara Shazni Munir Mohd Ithnin (presiden PMIUM).

Ketiga-tiga panel merumuskan bahawa tidak wujud perbezaan yang ketara antara mahasiswa Malaysia ataupun mahasiswa luar negara. Kualiti mahasiswa bergantung pada inisiatif yang diambil oleh manasiswa untuk memajukan diri mereka sendiri.

1 Mac 2008

Ucaptama

Hari kedua SIDANA dimulakan dengan ucaptama oleh YB Datuk Paduka  Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Mas). Kehadiran dalam SIDANA ini bagi beliau telah menggamit nostalgia dan naluri kepimpinan mahasiswa apatah lagi beliau merupakan pimpinan mahasiswa suatu ketika dahulu di era 70-an yang bagi beliau bukan sahaja radikal bahkan terlalu radikal.

Mahasiswa ketika itu kata beliau akan menentang, membangkang dan juga menyokong apa yang patut ditentang, dibangkang atau disokong. Mahasiswa ketika itu bersuara lantang tetapi pada masa yang sama tidak memihak kepada mana-mana pihak atau parti politik di luar kampus dan bukan menjadi boneka kepada sesiapa.

Beliau juga secara sinis menyindir mahasiswa yang mendabik dada ingin berjihad fi sabi lillah tetapi pada masa yang sama takut  kepada AUKU. Bagi beliau , corak perjuangan mahasiswa kini yang cenderung berasaskan ideologi (ideology based) telah memecah-belahkan mahasiswa Islam di kampus universiti. Beliau juga banyak menyentuh isu-isu semasa seperti Kumpulan Artikel 11, IFC, dan isu tanah rizab orang Melayu yang mana menurut beliau hilang tanah hilanglah  segala-galanya.

Beliau menyeru mahasiswa Islam mempertahankan habis-habisan perkara yang menjadi persepakatan semua tatkala ingin mencapai kemerdekaan dahulu seperti perkara yang berkaitan dengan agama Islam, bahasa Melayu, raja-raja melayu, hak istimewa melayu dan soal kerakyatan.

Pembentangan Kertas Kerja 1 – Yb Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang)

YB Saifuddin membentangkan kertas kerjanya bertajuk “Mahasiswa sebagai rakan kongsi pembangunan tamadun negara”.Beliau menyentuh soal elemen sedar mahasiswa dan membicarakan contoh sejarah perjuangan  mahasiswa dalam mengubah masyarakat.

Beliau juga sempat  mengimbas kembali  nostalgia reformasi Malaysia tahun 1998 dan peranan yang dimainkan mahasiswa Malaysia tatkala era reformasi tersebut. Bagi beliau iklim yang kondusif perlu diwujudkan di kampus dan tidak boleh wujud suasana yang tertekan atau serba tidak boleh

Apa yang seharusnya diperjuangkan oleh mahasiswa menurut beliau lagi ialah hal-hal yang berkaitan dengan mahasiswa seperti hak untuk mendapat maklumat-sumber yang sahih daripada kepelbagaian media, kebebasan bersuara dan hak untuk menyatakan pandangan berbeza. Hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat yang perlu diperjuangkan oleh mahasiswa pula ialah hal-hal yang berkaitan dengan persoalan ekonomi, politik dan sosial.

Pembentangan Kertas Kerja 2 – Dato’ Mohd Nadzmi Mohd  Salleh (Pengerusi Proton)

Dato’ Mohd Nadzmi pula membicarakan tentang membentuk mahasiswa Islam yang berdaya saing dalam memacu ekonomi masa depan. Beliau menekankan faktor manusia dan mengambil contoh bagaimana tumbangnya syarikat gergasi dunia akibat  faktor manusia. Beliau menyeru mahasiswa merenung kejadian manusia, mengetahui asal-usul kita  dan mengapa kita dihantar ke bumi. Menurut beliau, beliau banyak mengambil dan mempelajari sistem pengurusan dari pada Al-Quran.

Selain itu juga beliau mengupas persoalan kenal tuhan, memahami konsep ibadah dalam Islam, melihat hukum alam , menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia, kreatif dan inovatif serta  berfikir setiap masa . Menurut beliau kita tidak boleh lari dari persaingan dunia dan apabila ada persaingan hanya yang terbaik akan berjaya.

Dato’ Mohd Nadzmi juga menyeru mahasiswa agar mempunyai wawasan dan bertindak strategik untuk mencapai wawasan tersebut sekaligu mampu melihat diri pada masa akan datang dan bukannya pasif dan tidak menyedari apa yang berlaku pada diri sendiri dan persekitaran.Beliau menekankan kepentingan tawakal dengan  berserah dan bergantung kepada kekuatan Allah semata-mata setelah berusaha

Beliau juga menyeru mahasiswa agar banyak membaca buku, membuat latihan berfikir, diskusi atau forum terbuka dan berdebat agar otak tidak menjadi beku. Beliau juga menekankan persoalan ketahanan diri yang kuat dan bagi beliau orang yang tidak ada ketahanan diri tidak akan Berjaya.

Pembentangan Kertas Kerja 3 – Prof Dato ‘Mohammad Abu Bakar (Dekan Fakulti Sastera Sains Sosial UM)

Prof Dato’ Mohammad membentangkan kertas kerja bertajuk “Kampus,keresahan intelek dan kebangkitan mahasiswa”.Bagi beliau kampus ialah tempat manusia-manusia di menara gading belajar, berdiskusi, berdebat, menghasilkan idea–idea baru.

Kebangkitan mahasiswa menurut beliau tidak semestinya dengan berdemonstrasi. Beliau juga menceritakan bagaimana universiti terkemuka dunia seperti  Oxford dan Cambridge yang sering mengadakan siri –siri debat, lawan kayak dan bermain dam. Beliau mengambil contoh bagaimana pendebat-pendebat di university di UK yang akhirnya menjadi Perdana Menteri kemudiannya.

Beliau menyeru mahasiswa agar banyak baca buku dan tidak memberikan alas an kesibukan sebagai penghalang untuk membaca buku memandangkan bagi beliau orang yang sibuk lebih banyak  mempunyai masa.Beliau juga menggalakkan mahasiswa untuk lebih aktif bergiat dalam hal kesukarelawanan, khidmat sosial masyarakat dan juga melibatkan diri dalam polemik-perbahasan dan aliran pemikiran dan antara kelemahan mahasiswa kini yang dikesan oleh beliau ialah ketidakupayaan dalam berorganisasi. Berkenaan  AUKU pula beliau menyeru mahasiswa agar menggunakan kebijaksanaan dengan bersikap kreativiti dan inovasi dan bukannya menyalahkan AUKU semata-mata bahkan melihat kepada AKU itu sendiri

Pembentangan Kertas Kerja 4 – Muhamad Hisommuddin Bakar (Mantan Presiden MPMUM Sesi 2001/2002)

Muhamad Hisommudin membentangkan kertas kerja bertajuk “Ke arah kesatuan mahasiswa Islam Malaysia”.Beliau menyentuh keunikan Gerakan Mahasiswa Islam dengan adanya sistem marhalah (peringkat) dan  menyeru Gerakan Mahasiswa Islam agar lebih mencari persamaan dan cuba mengelak perbezaan antara jemaah.

Beliau juga mengupas persoalan antara perjuangan nilai  dan perjuangan kuasa dan  menyeru gerakan mahasiswa Islam agar segera memobilasi massa dengan membuat tinjauan lapangan untuk mengenal pasti apa cita rasa masyarakat sekarang.

Beliau berharap istilah dakwah dan tarbiyah dalam gerakan mahasiswa Islam tidak sekadar menjadi lipstick dengan terlampau fokus kepada politik merebut kuasa semata-mata sehingga mengabaikan aspek dakwah dan tarbiyah dalam gerakan. Di samping itu,beliau mengharapkan adanya  jaringan yang baik antara jemaah gerakan mahasiswa Islam di Malaysia.

– disunting dari laporan saudara Wan Wasif

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s