Keputusan rasmi pemilihan Ketua Pemuda UMNO telah memihak kepada saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar.Beliau memperoleh 304 undi menewaskan Dato’ Seri Dr. Khir Toyo (254 undi) dan Dato’ Mukhriz Mahathir (232 undi).
Gaya kepimpinannya yang ‘segar’ dan lantang, pendekatannya yang kuat menyerang pembangkang, gayanya yang berani berdepan, ‘tagline’nya (Setiakawan) yang mesra politik wang serta publisti media yang banyak menyebelahinya adalah antara asbab kemenangan Khairy.
Jika ditinjau dari analisis-analisis yang dibuat, kemenangan adalah milik mutlak Dato’ Mukhriz Mahathir. Beliau sepatutnya menang dengan 486 undi. Namun undi arus perubahan itu terpecah dua apabila Dr. Khir turut sama bertanding.
Apapun tahniah kepada Khairy. Diharapkan agar Pemuda UMNO tidak lagi lembik di bawah beliau!
Apabila diintai di sebelah kepimpinan pemuda PAS pula, dikhabarkan bahawa saudara Salahuddin Ayub akan melepaskan jawatannya pada Muktamar PAS yang akan diadakan pada pertengahan tahun ini. Dan difahamkan juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Tantawi pula tidak berminat untuk bertanding jawatan tersebut.
Umum masih tercari-cari siapakan bakal panglima baru PAS yang akan mengetuai Dewan Pemudanya untuk penggal 2009/2011 nanti.
Sejarah mencatatkan bahawa ketua-ketua Pemuda PAS bukanlah calang-calang individu. Antara bekas ketua Pemuda PAS yang terkenal adalah Dato’ Mustafa Ali, Haji Muhammad Sabu (pemangku), Dato’ Abu Bakar Chik, YB Mahfuz Omar dan yang terakhir YB Salahuddin Ayub.
Pada waktu ini, PAS merlukan seorang Ketua Pemuda yang bukan setakat berani dan petah berhujah, namun juga seorang ketua sayap penting parti yang strategis, karismatik dan berpengaruh.
Namun persoalannya SIAPA?
Saya bersetuju dengan saudara. Saya juga ada mencoret mengulas implikasi kemenangan KJ.
tahniah dan takziah utk khairy dan UMNO…mmglah pada tempoh ini musuh politik dalam dan luar menganggap dia liabiliti kpd UMNO dan BN. tp gaya kepimpinannya semacam anwar ibrahim sewaktu memasang cita2 bersama UMNO sekitar awal 80-an. dari satu segi ia bagus utk pemuda UMNO menyegarkan kepimpinan selepas layu mengarak keris di Perhimpunan Agung UMNO di bwh hishamudin…x sabar ku nak tgk die arak keris 6 tahun lagi sebagai presiden UMNO…hahahahha, mungkin…
persoalan yg ditimbulkan siapa pengganti salahudin…susah nak menganggarkannya, mahupun menjawabnya. x dinafikan selepas salahudin ku mcm x nmpk siapa dia…pape pun sama2 kita tunggu bulan JUN ni.tp ku yakin dan percaya pengganti sallahudin lebih hebat atau sama hebat mcm dia…dulu org berkata kalau dato Asri hj Muda sudah x ade, kelantan akan jatuh ke tangan UMNO. namun selepas pemergian Dato Asri kembali ke dalam UMNO, PAS mendapat sebutir permata yang bersinar iaitu Tuan Guru Nik Aziz, ternyata tuan guru lebih hebat dari dato Asri…konsep yang sama ku nak guna siapa pengganti nik aziz selepas ini, dan siapa pengganti sallahudin…pape pun gerakan Islam pasti akan dihujani dengan pemimpin yang berkaliber.selepas salahudin PAS pasti akan mendapat pemimpin yang lebih hebat dari salahudin…Allahuakbar…
RENUNG-RENUNG PILIHAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
Pertama kali saya saksikan senario sebegini dalam Mesyuarat Agung UMNO Malaysia.
http://depa-kata.blogspot.com/2009/03/kjrasuahkjrasuah.html
Ketua Pemuda UMNO yang baru dipilih menang dengan 304 undi.
Adakah 11 juta pengundi Malaysia setuju dengan 304 perwakilan itu?
Kepada 304 perwakilan Pemuda UMNO, tahniah saya ucapkan … !
FERIZ OMAR
http://www.ferizomar.com
Salam..
Saya bersetuju dengan pandangan saudara Mat Jang.Moga pengganti YB salahuddin adalah yang terbaik di kalangan pemuda.
Senario yang dibangkitkan oleh abg Feriz juga menarik.Belum pernah pemenang ketua sayap pemuda UMNO di ‘boo’ sedemikian’ teruk.
Moga Allah tunjukkan kebenaran kepada hamba-hambaNya.
Janganlah yang menang mendabik dada. Apa yang penting cari jalan macam mana nak memartabatkan bangsa Melayu. Janganlah hendaknya para pemimpin sama ada UMNO atau PAS meletakkan agenda sendiri untuk terus mengunggulkan diri, sebaliknya harus mencari jalan bagaimana untuk mengembalikan kegemilangan Melayu. Hapuskan rasa dendam, iri hati dan megah diri. Sebaliknya harus bersatu, supaya suatu hari nanti anak-anak Melayu akan menyalahkan kita sebagai pemimpin pelapis yang tidak tahu merencanakan kegemilangan Melayu. Adu domba yang berpanjangan akan menghancurkan bangsa. Bangsa lain ambil kesempatan. Ingatkan sejarah Pak Kaduk. Jangan sampai bangsa tergadai, barulah nak bersatu. Kasihanilah bangsa kita. bangsa Melayu!