Simposium Perdana Mahasiswa Islam 2009

Berucap selaku Pengarah Simposium Perdana Mahasiswa Islam 2009  (SIDANA ’09).

Pada awalnya SIDANA ’09 hampir dibatalkan kerana karenah HEP dan kesibukan pengarah asalnya. Sebagai Majlis Tertinggi (MT) pemantau bagi projek ini, sudah tentu saya tidak rela projek yang saya gagaskan dibatalkan. Walaupun hanya ada 3 bulan lagi untuk tamat belajar di UM, saya memilih untuk meneruskan SIDANA ’09 selaku Pengarah Program – satu kerja ‘berani mati’ bagi seorang pimpinan PMIUM yang sudah hampirexpired.

Apa yang menarik adalah apabila saya dan rakan-rakan AJK berjaya menjemput tokoh-tokoh politik walaupun keras diugut oleh TNC HEP. Antara yang dijemput adalah YB Nurul Izzah dan YB Saifuddin Nasution. Apabila saya bercadang untuk menyiarkan ugutan beliau di laman web Mahasiswakini, beliau akhirnya akur tetapi meminta agar YB Saifuddin menukar tajuk asal kepada tajuk “Kepentingan Pertanian kepada Ekonomi Negara” – kononnya selaras dengan Ijazah Agronomi UPM yang dipegang YB Saifuddin. Permintaan yang sungguh aneh.

Selesai SIDANA ’09, saya dihamun beliau melalui panggilan telefon pada pagi Selasa 3 April 2009 dengan kata-kata kesat dan mengarahkan saya untuk hadir ke bangunan HEP. Beliau ber’aku – engkau’ dengan saya pada pagi itu. Sungguh otai kononnya. Apabila saya hadir bersama sahabat saya saudara Nik Abdul Razak (Exco PMIUM) yang kebetulan bertubuh agak sasa, beliau bersembunyi di biliknya.

Saya bersyukur kerana bergradusi tepat pada masanya. Jika tidak, saya juga akan terseret ke perbicaraan tatatertib yang membuang masa.

Kepada Datuk TNC HEP yang dirindui, kata-kata kesat dan tindakan Datuk mengugut saya telahpun saya maafkan. Tetapi janganlah diulang lagi kepada mahasiswa-mahasiswa lain kerana mereka bukanlah pelajar sekolah yang mudah ditakut-takutkan. Mereka adalah ‘pelanggan’ sebenar Datuk, bukannya Menteri!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s