Memperkasa Media Mahasiswa Malaysia (1)

burst_student_power

Mahasiswa Malaysia khususnya gerakan mahasiswa pada hari ini ketara berbeza dengan gerakan mahasiswa Malaysia pada era 70-an dan 80-an. Perbezaan ini berpunca daripada pelbagai faktor. Antara faktor yang dominan adalah orientasi dan corak perjuangan gerakan mahasiswa.

Orientasi perjuangan berkait erat dengan ideologi dominan yang menguasai gerakan mahasiswa pada satu-satu masa.Pada era 60-an da 70-an kelompok aliran sosiolis dan nasionalis paling menonjol.Orientasi perjuangan mahasiswa pada ketika itu tertumpu kepada isu-isu rakyat marhein yang tertindas, soal bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, soal kepimpinan Tunku yang dipertikaikan serta beberapa isu yang berkaitan dengan ideologi yang mereka dokong.

Antara lewat 70-an dan 80-an, ideologi gerakan mahasiswa yang dilihat bertunjangkan Islam mula mengambil tempat.Persatuan mahasiswa Islam seperti PKPIM dan PMIUM menonjol dalam mengetengahkan idea ‘Faham Islam’ dalam mengubah masyarakat ke arah mempraktikkan Islam yang lebih sempurna.Impaknya bukan hanya kepada masyarakat kampus, sebaliknya juga kepada masyarakat luar kampus.

Namun, impak-impak ini hanya berkesan apabila gerakan mahasiswa tidak dilihat terikat pada mana-mana parti politik Malaysia seperti Barisan Nasional, PAS, PKR dan DAP.Pada 3 dekad pertama memang gerakan mahasiswa dilihat bebas, namun tidak pada tiga dekad mutakhir bermula era 90-an.Gerakan mahasiswa telah mula dilihat terpecah kepada dua kumpulan iaitu blok Pro Kerajaan dan blok Pro Pembangkang.

Diakui bahawa pengaruh dan elemen politik partisan ada menyusup ke dalam gerakan mahasiswa namun ia hanyalah cebisan-cebisan kecil yang datang dari pintu belakang.Kaitan yang jelas sememangnya tidak wujud namun tohmahan media arus perdana serta HEP/BTN seolah-olah mengiayakan perkara tersebut. Maka di manakah silapnya apabila para aktivis dan pimpinan mahasiswa gagal menjawab dan menepis tuduhan dengan berkesan?

Dari sudut corak perjuangan, gerakan mahasiswa era lampau lebih dilihat bersifat ‘Gempar dan Gempur’ .Misalnya dalam memperjuangakan isu kemiskinan di Baling, isu Hamid Tuah, isu setinggan dan sebagainya maka corak perjuangan yang memerlukan mobilisasi massa kerapkali digunakan.Sebelum mereka berdemonstrasi di sesuatu tempat, mereka menggunakan Speaker Corner di kampus untuk menjelaskan isu itu kepada masyarakat kampus sekaligus menuntut simpati agar mahasiswa yang menyokong perjuangan mereka akan bertambah.

Tidak dinafikan bahawa Demonstrasi dan Speaker Corner adalah nadi utama perjuangan mahasiswa pada era 60-an hingga awal 90-an.Namun persoalannya masih relevankan kedua-dua method ini untuk terus digunakan oleh mahasiswa zaman kini?

Saya bersetuju jika Demonstrasi dan Speaker Corner masih digunakan, namun ia sudah tidak mampu membawa impak yang besar.Kita wajar memikirkan secara serius method perjuangan yang seharusnya menjadi nadi perjuangan mahasiswa zaman kini.Method yang tidak menuntut masa dan tenaga yang banyak namun impak dan kesannya kuat dan mampu mencipta perubahan besar kepada masyarakat.

Antara method berkesan yang boleh diperkasakan adalah penguasaan media yang serius.

untitledLaman Mahasiswakini adalah satu kes terpencil yang menggambarkan usaha permulaan ke arah penguasaan massa mahasiswa menerusi media.Kini Mahasiswakini digeruni oleh sesetengah pentadbir HEP di kampus-kampus utama serta turut juga diakses oleh MP-MP untuk tujuan perbahasan isu pengajian tinggi di Dewan Rakyat.

Walaupun sumbangan yang mula diusahakan oleh laman web kecil ini masih belum signifikan dan berkesan di kebanyakan kampus IPT di Malaysia, namun semangat dan inisiatif yang telah dimulakan oleh beberapa aktivis mahasiswa UM itu sewajarnya diambil iktibar.

Apabila ada usaha memulakan, seharusnya ada usaha untuk membuat penambahbaikan.R&D seharusnya menjadi catalyst utama yang memacu gerakan mahasiswa.

Amatlah malang apabila aktivis mahasiswa Malaysia masa kini masih menagih ‘belas ihsan’ beberapa media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan NST serta media alternatif seperti Malaysiakini, Harakahdaily, Siasah dan sebagainya untuk memaparkan tulisan mereka ataupun membuat liputan tentang aktiviti yang mereka usahakan.

Amatlah malang jika mahasiswa Malaysia yang menjadi cream of the society masih tidak mampu mencipta, memiliki dan mengendalikan akhbar bercetak sendiri.Akhbar yang berperanan meluahkan pandangan barisan pelapis kepemimpinan negara sekaligus egen check and balance masyarakat dan kerajaan yang berkesan.

Mahasiswakini adalah permulaan kecil dimensi baru perjuangan mahasiswa. Ia bukan kemuncak apatah lagi pencapaian yang mesti diagung-agungkan zaman.Ia harus diperkasakan dan ditambahnilai secara berterusan.

Seperti juga Kampus Negara dan Idealis-Mahasiswa, Mahasiswakini akan tumbang apabila pendokong-pendokongnya mulai leka dan merasa puas dengan pencapaian yang tidak seberapa.

One thought on “Memperkasa Media Mahasiswa Malaysia (1)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s