Memperkasa Media Mahasiswa Malaysia (3)

Saya kerapkali mencadangkan agar akhbar bercetak mahasiswa direalisasikan. Benar, telah wujud akhbar Mahasiswa – Api Perjuangan yang diterbitkan oleh alumni-alumni mahasiswa pro-Kerajaan. Namun jumlah edaran terlalu kecil dan ia hanyalah bersifat propaganda semata-mata. Selain itu ia hanya diedarkan secara percuma kerana tidak ada orang yang sanggup untuk membayar akhbar sebegitu.

utusan kampus copyAktivis gerakan mahasiswa misalnya melalui Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) boleh berpakat untuk menerbitkan akhbar bercetak mahasiswa.Tidaklah perlu untuk diterbitkan secara harian atau mingguan. Keluaran bulanan pun sudah memadai. Kalau MPMN yang mendakwa ‘nasional’ tidak mampu merealisasikan akhbar bercetak mahasiswa sendiri, maka baik dibubar sahaja pertubuhan itu. Buang masa sahaja jika sekadar berkumpul, bertanya khabar dan berkongsi pengalaman gerak kerja di kampus masing-masing.

Penerbitan akhbar mahasiswa tidak perlu bersifat retorik dan terlalu padat dengan propaganda murahan. Paparkan sahaja tentang masalah yang sedang dihadapi mahasiswa serta tindakan yang telah dan akan diambil oleh pimpinan mahasiswa untuk mengatasi masalah itu.

Isu kolej kediaman di UM yang sering ketiadaan air, isu kolej kediaman di UiTM yang tidak selamat sehingga ada siswa yang hampir dicabuli, isu HEPA UM yang seringkali mensabotaj MPMUM, isu yuran kolej kediaman yang seringkali dinaikkan, serta pelbagai isu boleh dimasukkan.

Isu-isu itu mestilah bersandar kepada fakta yang tepat agar ia tidak dipertikaikan. Laporan juga mestilah bersifat objektif dan tidak cenderung untuk mengaibkan apatah lagi untuk memfitnah.Akhbar yang mengandungi fitnah, bersifat bias serta padat dengan propaganda tidak akan dihormati. Hasilnya, akhbar ini tidak akan mendapat sambutan dan matlamat kewujudannya juga tidak akan dicapai.

Rencana-rencana pimpinan mahasiswa yang bermutu dan realistik juga boleh dimasukkan.Pandangan yang idealistik semata-mata tapi tidak ‘berjejak’ wajib ditapis dan kalau perlu dibuang jauh-jauh.Pandangan sedemikian akan membawa persepsi seolah-olah aktivis mahasiswa hanya tahu mencipta retorik kosong.

Selain mewujudkan akhbar bercetak sendiri, akhbar online dan juga media penerangan juga mesti diperkemaskan.

daily copySaya kecewa kerana masih ada persatuan-persatuan yang besar dan ternama di kampus-kampus masih menggunakan domain blog percuma untuk menjadi laman rasmi persatuan mereka.Domain blog hanyalah sesuai untuk kegunaan peribadi ataupun bagi persatuan-persatuan kecil yang baru bertatih.Bagi yang sudah ada nama dan dikenali, gunakanlah domain web yang berbayar.

Setiap kampus juga mestilah ada akhbar online masing-masing. Saya sedar bahawa Mahasiswakini dilihat hanya berorientasikan Universiti Malaya semata-mata. Aktivis mahasiswa kampus lain tidak merasai sense of belonging terhadap akhbar ini. Sebab itu, pimpinan mahasiswa dari kampus selain UM yang dijemput untuk sama-sama mengendalikan Mahasiswakini kebanyakannya menolak.

HARIAN SISWA copy

Tidak ada masalah jika Mahasiswakini dianggap milik mahasiswa UM. Namun aktivis kampus lain juga mestilah mengusahakan akhbar yang sedemikian juga. UiAM mungkin boleh wujudkan StudentDaily, UPM pula dengan Harian Siswa, UKM pula dengan KosmoKampus.Buatlah sebanyak mungkin akhbar online yang berorientasikan kampus masing-masing.Vakum media penerangan mahasiswa masih luas dan besar lompongnya.

Saya yakin, pihak yang memiliki jentera penerangan dan akhbar yang berpengaruh berpeluang besar untuk menang dalam PRK. Lebih penting, pihak pentadbiran yang suka menyeleweng akan sentiasa beringat dan berhati-hati untuk membuat kesalahan kerana mereka tahu bahawa ada pihak yang akan melaporkan kegiatan mereka.

2 thoughts on “Memperkasa Media Mahasiswa Malaysia (3)

  1. Tahniah kepada pengendali UM-Today..
    nafas baru untuk media mahasiswa..

    bila ada saingan, kualiti dan produktiviti akan bertambah baik..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s