Kritik dan Kritikal

images1. Critical (kritikal) dan Criticise (kritik) adalah dua perkara yang sangat berbeza.

2. Menurut Dr. Sidek Baba, istilah kritikal berasal dari perkataan Greek kritikos yang bermaksud judge atau menghakimi atau mengadili. Dalam tradisi orang-orang Greek dan Yunani, ia melahirkan pemikir-pemikir yang amat kritikal terhadap sesuatu subjek dan akhirnya menjadi ahli falsafah yang terkenal. Pendek kata, kritikal adalah sifat pemikiran yang tajam, tepat dan teliti.

3. Criticise pula ada sejenis perbuatan. Antara sinonimnya adalah condemn ataupun hentam/kecam.

4. Sewaktu menjadi ahli PMIUM, saya dan kawan-kawan sentiasa ditarbiyah untuk berfikiran kritikal. Tujuannya – keputusan yang bakal dibuat akan lebih tepat dan hujah yang bakal dikeluarkan pula lebih matang dan berpijak.

5. Malangnya, ada juga yang tersilap. Ada yang menyangka bahawa menjadi kritikal mestilah dengan menjadi seorang yang suka mengkritik. Mereka beranggapan bahawa apabila seseorang mampu mengkritik (apatah lagi dengan lantang), maka secara outomatiknya ia akan memiliki pemikiran yang kritikal. Golongan ini telah menjadi sangat taksub dengan pandangan sendiri. Mereka bukanlah dari golongan yang kuat membaca dan kuat berfikir tetapi mereka mudah ghairah dan teruja dengan idea-idea baru yang luar biasa dan radikal.

6. Perkara yang paling malang bagi seorang pengkritik adalah apabila dia mengkritik tentang sesuatu perkara yang dia tidak faham dan tahu secara mendalam. Orang Malaysia adalah antara masyarakat yang suka mengkritik tentang sesuatu perkara yang mereka jahil. Fenomena ini ada kaitan erat dengan kurangnya budaya dan minat membaca di kalangan masyarakat kita.

7. Dulu, saya juga gemar mengkritik. Bagi saya pada ketika itu, mengkritik adalah satu terapi minda yang luar biasa.

8. Mujurlah, masa dan pengalaman mematangkan. Sebagaimana Abraham Lincoln yang tidak lagi mengkritik apabila menyedari kesan penulisannya yang tajam rupa-rupanya tidak membawa banyak manfaat, sebaliknya mencetuskan permusuhan dan kebencian. Lincoln hampir dibunuh musuh politiknya James Shield gara-gara kritikannya dalam satu akhbar yang terlalu memedihkan.

9. Kritikal adalah perkara dalaman (internal) dan ia menguntungkan kita, namun kritik adalah perbuatan luaran (external) yang jarang memberikan pulangan kepada sesiapa, malahan kadang-kadang membinasakan.

10. Sudah menjadi fitrah bahawa manusia tidak gemar dikritik apatah lagi dihentam. Kita boleh ditegur tetapi biarlah dengan adab dan tatasusila yang menyenangkan. Ia mungkin sudut pandang yang remeh tapi kita seringkali lupa bahawa tujuan sebenar kita mengkritik adalah untuk memperbetulkan keadaan, bukannya untuk menghebohkan kepada ramai orang bahawa kita adalah orang yang paling betul. Apa guna mengkritik jika orang yang kita kritik tidak mahu terima apa yang kita kritik.

11. Kritikan yang diluahkan dengan cara dan masa yang salah adalah ibarat membaling batu ke dinding kaca. Batu tak kena sasaran, kaca rumah pecah berderai.

10 thoughts on “Kritik dan Kritikal

  1. mengkritik untuk kritikaL~~, masa muda memang untuk mencuba~tapi biLa dah saLah kena lah perbetuLkan…

    Saya cuma rasakan orang kita masih beLum bersikap terbuka. Bukan tidak mahu kerana takut dikritik tapi masih tidak memahami apa tujuan dan kepentingan sebenar kritikan.

    Yang mengkritik puLa harus sedar bahawa tujuan mengkritik adaLah untuk penambah baikan bukan untuk kepuasan diri…

  2. Salam..
    setuju 99% dgn syud,cuma nak tambah sikit.🙂
    kurang adil kalau ‘org kita’ saja yg dianggap tidak terbuka dan bermasalah..

    dalam ketamadunan orang eropah pun lebih kurang saja..misalnya di kalangan org eropah,orang british masih kurang digemari kerana mereka dilihat angkuh, american pun sama – bahasa dan term yg mereka suka gunakan agak kasar..mereka pun tidak gemar dikritik – sebagaimana James Shield.

    cuma lebihnya mereka adalah kerana pembudayaan ilmu yg meluas dalam hidup mereka..mereka menampung kekurangan dgn ilmu.

    saya yakin syud perasan yg buku tulisan Dale Carnagie – ‘How to win friends n influence people’ telah lama diaplikasikan dalam hidup mereka..dari mak cik cleaner hinggalah ke CEO sebuah TNC mega.

    kita?,
    mungkin ramai yg belum membaca buku yang telah ditulis puluhan dekad yang lalu itu..🙂

  3. … dah jd ahli falsafah ke? bagus.. kena dengan masa zaman globalisasi,kata Thomas L. Friedman; “The world is Flat”.. suatu zaman yg tidak boleh menutup mulut manusia yang pnya intelek.. kebebasan bersuara menurut Prof Abu Hasan Hasbullah pula ialah; “SUasanan menguruskan keragaman, dan bekerja dalam kritikan..”

    -Sekolah Pemikiran P.J-

  4. Mie,
    ni bukan tulisan ahli falsafah lagi ni..sekadar olahan ttg ragam manusia yg sering terkeliru dgn masa dan keadaan.

    memikirkan masalah pada akar dan baja-baja yang menyuburkan akar.

    -sekolah pemikiran baitul taubah🙂 –

  5. owh~mana lagi 1%..?

    Saya mengatakan orang kita sbb HasbiE bercerita mengenai org MalaYsia. Skop artikeL anda di situ…

    Di Malaysia, tempat yang paLing ‘hot’ untuk membina minda kritikaL adaLah waRung kopi dan juga di mapLe. Budaya dibina dan dibentuk. Jika mengharapkan masyarakat yang lebih baik, ia patut bermuLa dengan diri kiTa. Berubah untuk mengubah.

    Malaysia ada krisis ‘qudwah’ yang tidak begitu baik. Krisis ketiadaan pemimpin yang layak adaLah lebih dahsYat dari krisis ekonomi serantau.

    Hehe…sYud menuLis~~!

  6. Salam
    Syud..
    1% pada komentar enti yg terbaru..
    hehe

    maple?macam pelik jer..sbb selalu dengan suara mamak bertempik dgn bunyi kuali je..haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s