Dr. Mahathir Akhirnya Mengaku

1. Dua hari lepas, Tun Mahathir dilaporkan tidak bersetuju dengan idea Kerajaan Perpaduan. Katanya, pembangkang masih diperlukan kerana tanpa pembangkang, kerajaan tidak akan ada ‘cermin untuk melihat dirinya sama ada cantik atau tidak’.

2. Saya tidak peduli dengan kenyataannya yang pertama. Tun punya pasal lah sama ada bersetuju atau tidak. Dia bukan Mursyidul Am PAS.

3. Tetapi kenyataannya yang kedua membuatkan saya berfikir dengan teliti tentang apa isi yang tersirat – yang tanpa disedari telah dikeluarnya.

4. Untuk tempoh beberapa dekad – Tun akhirnya mengakui bahawa peranan pembangkang dalam pentadbiran di Malaysia adalah amat mustahak. Secara tersiratnya, Tun telah mengakui bahawa apa yang dibuat dan difikirkan oleh pembangkang telah banyak membantunya dalam memerintah Malaysia. Bayangkan – tempoh 22 tahun bukanlah tempoh yang singkat namun dia berjaya lalui hingga akhir. Bayangkan – Ku Li, Musa Hitam, Anwar Ibrahim yang menentangnya dalam UMNO dulu bukanlah calang-calang politikus namun dia berjaya hadapinya dengan baik . Bayangkan – krisis ekonomi 1997 bukanlah krisis yang remeh namun dia juga berjaya tangani dengan baik.

5. Patutlah Tun berjaya memegang tampuk kuasa selama 22 tahun, otak-otak cerdik pandai pembangkang telah digunakannya sebaik mungkin.

6. Pandangan pimpinan-pimpinan pembangkang samada Karpal Singh, Kit Siang, Ustaz Hadi, Ustaz Nik Aziz telah dicerna dalam pemikirannya dalam diam-diam. Dr. Mahathir tanpa segan silu sebenarnya mengakui bahawa apa yang difikirkan pembangkang adalah apa yang dia telah fikirkan. Walaupun tidak semestinya bersetuju dan selari – pandangan pimpinan pembangkang itu telah membantunya untuk membuat satu-satu keputusan yang lebih tepat.

7. Pimpinan dan ahli PAS bagaimana?

8. Semalam saya ada menulis serba ringkas pandangan saya tentang iktibar dari sejarah Datuk Asri dulu. Natijahnya – saya diserang depan belakang di laman Tranungkite dan Greenboc.

9. PAS sebenarnya parti yang sangat berpotensi. Namun malangnya ada DUA halangan yang menyebabkan parti ini masih memerlukan masa yang sangat lama untuk perintah Malaysia.

10. Pertamanya – cara ahli PAS berfikir. Saya tidak pasti mengapa ini berlaku. Mungkin tabiat membaca dan berwacana secara bebas perlu dilihat dan dikaji semula. Apa yang dibaca dan wacana sebagaimana yang dihadiri? Berapa peratus ahli-ahli PAS yang membaca buku sekurang-kurangnya sebuah dalam tempoh seminggu?

11. Keduanya – sukarnya PAS membuat perubahan. Bayangkan istilah Yang DiPertua Agung ditukar kepada Presiden setelah puluhan tahun UMNO membuat perubahan yang sama. Bayangkan Datuk Asri hanya dijatuhkan setelah empat tahun beliau diyakini tersilap. Bayangkan Ustaz Fadzil (Allahyarham) telah dikritik hebat apabila mahu bertahalluf dengan Semangat 46 dan menemui Anwar sewaktu malam penahanannya. Bayangkan pimpinan-pimpinan PAS lepasan JIM dan ABIM seringkali diragui seolah-olah pimpinan PAS kelas kedua.

12. Semua ini adalah halangan yang besar bagi ahli dan pimpinan PAS.

13. Ia pasti sukar dilakukan. Buatlah secara perlahan-lahan tanpa jemu – dalam kerangka berjemaah yang memelihara adab dan prinsip.

14. Saya memohon maaf jika tulisan saya dianggap satu kritikan. Namun bagi saya ia bukanlah kritikan. Ia hanyalah suatu pandangan biasa yang bersifat kritikal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s