PAS Parti Anti Perubahan?

1. Saya tidak membuat dakwaan. Hanya persoalan untuk kita fikirkan.

2. Sebelum membuat penilaian tentang PAS, kita perlu melihat signifikan peri pentingnya suatu perubahan.

3. Sehingga 1940-an, 80 peratus daripada semua jam di dunia dibuat di Switzerland. Pada penghujung 1960-an, seorang pencipta jam membawa idea sejenis jam ciptaannya ke syarikat jam Swiss yang terbesar pada ketika itu. Ideanya ditolak oleh syarikat itu dan syarikat-syarikat Swiss lain yang didekatinya. Berkat kepercayaan yang tinggi pada ciptaannya, pencipta itu membawa ideanya ke sebuah syarikat di Jepun. Syarikat itu adalah Seiko dan idea reka bentuknya adalah jam digital. Pada hari ini, 80 peratus jam menggunakan reka bentuk digital. Satu pilihan bijak yang dibuat dengan bijak dapat mengubah nasib seluruh hidup kita malah dapat mengubah sejarah dunia. (John C. Maxwell, 2004)

4. PAS adalah parti yang sangat berpotensi kerana dasarnya adalah Islam. Namun, mempunyai semata-mata dasar Islam tidak menjamin parti ini menang pilihanraya seterusnya memerintah negara. Perubahan adalah catalyst yang sangat penting jika parti ini mahu memimpin Malaysia.

5. Kes pertama – sewaktu era pimpinan Allahyarham Ustaz Fadzil Nor, istilah Yang DiPertua baru diubah kepada Presiden. Sewaktu ia hendak diubah, kedengaran suara-suara segolongan ahli agar perubahan tidak perlu dilakukan. Bagi golongan itu, istilah Yang DiPertua adalah tradisi umat Melayu di Malaysia yang wajar dijaga. Kalau di Indonesia, mereka bangga menggunakan istilah Ketua Umum maka golongan-golongan ini juga mahu berbangga jika PAS masih terus menggunakan istilah Yang DiPertua. Mereka tidak kisah jika parti mereka dianggap kolot dan konservatif. Bagi mereka tradisi adalah sangat penting untuk dipertahankan. (Subky Latif, 2003)

6. Mujurlah perubahan itu akhirnya direalisasikan walaupun setelah puluhan tahun UMNO membuat perubahan sedemikian.

7. Rakyat sebenarnya mentertawakan PAS. Kalaulah untuk berubah dalam perkara yang remeh dan enteng seperti itupun memerlukan masa dan pertembungan pendapat yang kuat, maka apatah lagi untuk membuat perubahan dalam perkara-perkara yang lebih besar. Soal ekonomi, soal pentadbiran kerajaan, soal pendidikan anak-anak bangsa? Jangan marah jika masih ramai rakyat sedang meragui PAS.

8. Kes kedua – dalam pemilihan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS sejak 30 tahun kebelakangan ini, tempat Ketua Muslimat tidak pernah diisi oleh ahli dari kalangan non-Ustazah. Dalam PAS tidak sedikit pimpinan-pimpinan Muslimat dari kalangan Profesional yang kompeten. Antaranya Dr Lo’ Lo Ghazali, Dr. Mariah Mahmud, Dr Halimah Ali dan Mumtaz Mad Nawi. Saya tidak pasti apakah kriteria utama yang digunakan oleh ahli-ahli Dewan Muslimat dan membuat pemilihan. Atau apakah calon-calon yang saya sebutkan tadi hanya punyai nilai Al Qowwi (competency) dan tiada sifat Al Amin (integrity).

9. Walau apapun kriteria yang ahli DMPP gunakan untuk memilih ketua mereka, satu hakikat yang tidak boleh dinafikan adalah Dewan Muslimat PAS masih jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan rakan-rakan mereka dalam Pergerakan Wanita UMNO ataupun Sayap Wanita Parti Keadilan Rakyat.

10. Rakyat tetap akan mentertawakan PAS jika Dewan Muslimatnya hanya menjadi penggerak di belakang tabir dan hanya tahu menguruskan tarbiyah dan dakwah semata-mata. Rakyat juga akan terus mentertawakan PAS jika pimpinan Dewan Muslimatnya hanya mampu bercakap dengan arif tentang hal-hal kekeluargaan, hal-hal akhlak Islamiayah dan soal bagaimana untuk menjaga suami. Jangan marah jika pihak media pun tidak pernah terfikir untuk mencari pimpinan DMPP apabila timbul apa-apa isu besar negara.

11. Banyak lagi kes yang menunjukkan bahawa sifat Anti-Perubahan seakan-akan wujud dalam PAS. Namun cukuplah dengan contoh di atas. Memaparkan banyak sangat kritikan pun boleh membawa mudharat kepada parti dan saya sendiri – sang penulis. Tidak seronok juga jika dibenci oleh para Ustaz dan Ustazah yang siang dan malam mereka sentiasa taqarrub pada Allah. Saya juga harus memikirkan tentang ini.

12. Memang membuat perubahan itu pahit dan sukar. Namun ia tetap perlu dilakukan jika kita mahu sesuatu pencapaian yang lebih tinggi. Satu perkara paling penting dalam menguruskan perubahan adalah elemen Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Melalui R&D lah, dapat dibezakan pencapaian kedai runcit Mek Putih yang hanya wujud di kampung saya dengan kedai runcit Wal-Mart yang kini wujud di serata dunia. Cuba kita lihat pada parti UMNO, hampir semua ahli politiknya yang progresif memiliki satu team pemikir ataupun institut penyelidikan yang membantunya. Datuk Norza Zakaria dengan INSKAnya dan Dr Khir Toyo dengan INMINDnya dan lain-lain lagi. Dalam PAS memang telah wujud namun ia masih asing dan terpencil.

13. Kecerdikan dan kebijaksanaan tidak semestinya wujud dalam diri Muslim beriman yang taat pada tuhannya, ia mungkin wujud dalam di si Fasik, Munafik apatah lagi si Kuffar yang memusuhi kita. Sebab itu tidak hairanlah apabila Mustafa Kamal mampu meruntuhkan Khalifah Islam Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924 yang lalu.

14. Bersedialah untuk berubah, atau kita mahu menerima hakikat bahawa telah sampai suatu masa yang mana kita tidak mampu lagi untuk bangun dari rebah.

12 thoughts on “PAS Parti Anti Perubahan?

  1. PAKATAN RAKYAT sebenar nya tidak pernah ujud. Perkataan ‘keji’ ini cuma di sebut apabila menghadapi PRU atau PRK sahaja. Tiada lambang parti Pakatan Rakyat yang sah pernah kita lihat. Kerana ianya tidak pernah ujud.

    Perkatan Pakatan Rakyat cuma di ujudkan untuk membantu dan menguatkan parti pembangkan melawan parti BN yang memerintah negara. Keujudan perkatan Pakatan Rakyat ini hanya menguntungkan parti DAP dan PKR.

    PAS cuma dapat untung segantang, tetapi DAP dan PKR mendapat untung se guni.

    Sebe3nar nya ‘pakatan rakyat’ ini dimaksudkan orang cina dan india sudah bersatu dan berpakat dalam sebuah parti iaitu – DAP.

    Kaum melayu dalam PAS dan PKR pula berpakat menyokong DAP. Tujuan utama nya hanya untuk meruntuhkan kuasa pemerintahan melayu (UMNO) yang sudah memerintah dengan baik selama lebih 50 tahun.

    Jelas dan nyata tidak ujud ‘pakatan’ dimana Pakatan Rakyat memerintah. Sebagai contoh di P Pinang, Jika benar2 ujud kerajaan ‘pakatan rakyat’, mengapa PAS di pinggirkan, walaupun PAS ada seorang ahli DUN yang menang. Sepatutnya kalau ujud ‘pakatan’, PAS harus diberi satu jawatan EXCO (paling sesuai EXCO agama Islam).

    Di negeri Kedah pula ada seorang ahli DUN DAP, ianya juga di pinggirkan oleh PAS. Di Kelantan pula jangan haraf DAP akan mendapat sebarang jawatan, kerana DAP tiada ahli DUN nya.

    PAS sombong dengan pemerintahan nya di Kelantan dan Kedah. DAP megah dengan pemerintahan nya di P Pinang dan PKR bangga dengang pemerintahan nya di Selangor. Masing2 dengan cara dan kehendak mereka memerintah.

    Pada kesimpulan nya, bagaimana sebuah parti yang tidak menententu arah tuju nya ini boleh memerintah negara? DAP dengan cara nya, PAS dengan pendapat nya dan PKR ikut arah tujunya.

    Negara pasti akan menghadapi masalah yang besar jika diperintah oleh sebuah parti yang tidak tentu dan tahu arah tujunya.

    PAS bersungguh2 mahu menjadika Malaysia sebuah negara Islam. DAP menentang negara Islam yang di idamkan oleh PAS. PKR walaupun di pimpin oleh melayu/Islam tetapi tidak pernah menyokong tentang negara Islam yang hendak di ujudkan oleh PAS. Berjayakah PAS mengujudkan negara Islam sedangkan DAP dan PKR tidak pernah menyokong nya?

    Penyokong2 PAS harus sedar, PAS akan di pinggirkan oleh DAP dan PKR kerana berlainan pendapat. PKR pasti akan menyokong DAP lebih dari PAS.

    Sebagai satu contoh:-
    Jika sekiranya PR mampu menang 200 kerusi parlimen.
    PAS – 80 kerusi
    DAP – 70 kerusi
    PKR – 50 kerusi, dalam PKR semestinya ada calun dari bukan melayu.

    Jika PAS membuat usul untuk mengujud kan negara Islam nya dan mendapat tentangan dari DAP (DAP pasti menentang negara Islam). Undian akan dijalankan.
    Soalan nya, mampukah PAS meraih undi majoriti?

    1. Salam..
      saya tertarik dengan persoalan yg saudara lebai bangkitkan..
      walaupun tidak sepenuhnya bersetuju, namun bagi saya perkara ini perlu difikirkan dgn mendalam oleh PAS jika mereka komited utk perintah Malaysia dan laksanakan syariat Islam di dalamnya.

      terima kasih lebai atas kupasan yg panjang lebar dan menarik..

  2. 1. Majoriti ahli PAS menganggap PAS adalah madrasah,tempat mereka mengajar & belajar agama, bersedekah, berkomuniti mengikut kaedah islam. Tidak
    lebih dari itu

    2. Ahli PAS ini walaupun gigih memperkasakan PAS, mereka bukanlah reformis islam.

    3. Madrasah dipimpin oleh Ustaz. Para Profesional adalah pembantu Ustaz. Ini adalah lumrah sebuah madrasah. Tiada yang salah.

    4. Muktamar PAS sejak tahun 2005 yang lalu adalah pemilihan pimpinan sebuah madrasah. Jangan disalahkan pejuang melayu Mustapha Ali, Harun Taib, Hassan Ali, Nasharuddin Mat Isa & Nasaruddin Tantawi.

    5. Perwakilan muktamar mahukan PAS kekal sebagai sebuah madrasah. Tak perlu R&D. Tak perlu Think Tank.

    6. Tuan Guru Nik Aziz sebagai peneraju reformis Islam perlu mewujudkan wadah baru bagi masa depan islam di Malaysia. Satukan semua reformis islam merentasi kelompok, termasuk sdr Hasbie.

    7. Namun begitu Tuan Guru Nik Aziz perlu kekal bersama PAS bagi memperkasakan PAS sebagai sebuah madrasah. Tidak lebih dari itu.

    1. Salam.
      menarik pandangan saudara nakhaei..pandangan yg agak baru bagi saya..

      oh ya..nama saudara mengingatkan sy pada bekas naib presiden II PAS sekitar 80-an iaitu Ustaz Nakhaei Ahmad..sy teringin utk membaca pandangan beliau khususnya yg berkaitan dgn PAS dan sejarah beliau , namun masih kurang kedapatan bahan2 bacaan ttgnya..

      mungkin jika ada masa akan ke rumahnya di sebelah Taman Melewar.. mahu tahu juga kenapa orang kanan pas sehebat dia pun boleh masuk umno dan sekarang pimpin yadim..

      apapun terima kasih saudara nakhaei.

  3. untuk memastikan perubahan berlaku tenaga kaum muda harus digembeling. ini sama seperti permulaan gerakan Islah di Tanah Melayu yang dipimpin tokoh pro-Syeikh Muhammad Abduh seperti Syeikh Said Al-Hadi. Idea ini ditentang oleh Kaum Tua pimpinan Tok Kenali. Perbezaan pendapat ini masih lagi berlaku sehingga sekarang dan dapat dilihat menerusi PAS. Oleh itu, dengan perbincangan dan penjelasan yang baik dapat merapatkan jurang antara Reformis dan Konservatif dalam PAS.

  4. 1. persepsi ahli dan penyokong mesti berubah. tidak boleh menganggap bukan ulama tidak boleh memimpin. sesiapa yg layak berhak memimpin. asalkan kelakuan baik dan cukup ilmu

    2. perlu ada gerakan utk menyedarkan pemimpin dari dalam. agar yg memimpin cawangan, bahagian, negeri dan pusat lebih proaktif

    3. membuka peluang seluas-luasnya kepada anak muda. kepimpinan di semua peringkat harus mengalu-alukan pemimpin dan buah fikiran dari anak muda. movement ust abdul di kuala krai harus dipuji. kerana beliau diterima sebagai ketua bahagian yg paling muda dlm pas. pada usia 35 tahun

    4. reformasi minda pemimpin harus dilakukan. perangai pemimpin pas harus fleksibel. semasa menjadi kerajaan atau pembangkang. mesti menjaga kelakuan supaya setiap tindakan kekadang tidak keanak-anakkan. contohnya isu Dr Lo’ Lo dgn datuk nong chik. perkara yang tidak perlu diperbesarkan.

    5. setiap kenyataan atau tindakan pemimpin mesti selari. harus ada keputusan bersama bagi kebanyakkan isu. supaya menampakkan pakatan atau di dalam parti sendiri kukuh. sebagai contoh sebelum PRU-2004, TGHH menggelar karpal singh dan kit siang pemimpin yg sudah luput. alih2 2 org luput ini menang kerusi parlimen TGHH kalah di marang dgn dato rahman

    6. di peringkat PR harus ada strategis. PKR tidak harus menganggap dan cuba menjadi org yg bermain buah catur secara sendirian. PAS, dan DAP harus bersama dalam menagtur sesuatu. tidak dinafikan selain 16 sept, ucapan anwar yg mewakili PR byk memberi keuntungan ketiga-tiga parti. tidak tanduk ini harus diikuti oleh yg lain. jgn kerana perkara remeh temeh mahu bergaudh di media

    7. insyaAllah PR pasti ada peluang utk membentuk kerajaan

      1. haha..ni macam perli jerk..
        insyaAllah, tunggu masa dan ketika.
        byk lagi yg perlu diisi di dada.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s