Coret-Coret MHM 1

>>Kursus Pelatihan ESQ 165

1. Saya dijemput mengikuti Kursus Pelatihan ESQ 165 pada 20 dan 21 Jun yang lepas. Terima kasih kepada pihak ESQ dan Kak Zalinda.

2. Kebanyakan perkara yang didedahkan mungkin biasa kita temui dan dengari sebelum ini, namun pendekatan mereka luar biasa. Saya ingat, hati saya sudah terlalu keras dan kering untuk mengalirkan air mata keinsafan. Rupanya tidak.

3. Saya seperti telah mendapat ‘diri’ yang baru. Moga perubahan ke arah yang lebih baik ini berterusan dan konsisten.

4. Bagi yang belum pergi, saya cadangkan baik segera mendaftar. Nilai RM1380 (eksekutif) atau RM550 (mahasiswa) adalah sangat berbaloi jika dilaburkan dengan menyertai kursus tersebut. Benar, wujud beberapa kritikan kepada ESQ. Namun perkara-perkara itu telah dan sedang diperbaiki. Mengapa kita terlalu melihat perkara-perkara negatif walaupun yang positifnya banyak menimbun?

>>Presiden GAMIS, PMIUM hentam PAS

1. Saya sedikit terkilan apabila Presiden GAMIS dan PMIUM berterusan mengkritik dan menghentam pimpinan PAS. Timbalan Presiden serta beberapa pimpinannya seolah-olah tidak dihormati lagi. Secara jujurnya, saya lebih melihat mereka sebagai ‘mengkritik’ dan bukannya ‘berkongsi pemikiran kritikal’.

2. Benar, memang wujud isu Kerajaan Perpaduan. Namun isu tersebut tergolong dalam kategori isu-isu yang kabur. Jenis dan bentuk Kerajaan Perpaduan yang bagaimana pun masih kita kabur.

3. Menyatakan pendirian yang keras dalam isu yang kabur berisiko memperlihatkan seseorang individu itu berfikiran kabur. Tiadanya atau kurangnya clearity of thought boleh menjatuhkan kredibiliti kita di mata ahli-ahli atau sesiapa sahaja. Lebih buruk apabila kritikan itu tidak mampu membawa kepada pencerahan dan kejernihan, sebaliknya tambah mengeruhkan. Dalam isu Kerajaan Perpaduan ini, kita perlu banyak bersabar sebelum membuat sebarang kenyataan, apatah lagi yang bersifat provokatif.

4. Pandangan saya mungkin dianggap mengkritik mereka berdua. Namun ia sesungguhnya tidak pernah mengubah pandangan kasih saya kepada mereka berdua (saudara Shazni dan Dzulkhairi) semenjak dahulu.

>>Tulis Buku

1. Saya teruja apabila membaca buku tulisan saudara Dzulkhari Mohd Noor – “50 Kata-Kata Tokoh dan Cerita Di Sebaliknya”. Menarik dan ia telah membuka lembaran baru dalam dunia Gerakan Mahasiswa Islam. Tahniah!

2. Semalam, saya telah memetaraikan perjanjian dengan abang saya, saudara Hilman untuk berkolaborasi dalam menulis buku. Asalnya mahu memilih tema EPS (Ekonomi, Politik dan Sosial). Namun disebabkan ini sebagai latihan dan permulaan dalam bidang penulisan, kami bersetuju untuk menulis tentang mahasiswa sahaja – Kebangkitan Mahasiswa, letusan dari pinggiran Lembah Pantai..

3. Saya mungkin dianggap berangan ala-ala Mat Jenin. Namun tabiat Thomas Edison yang gemar membuat Sidang Media apabila mendapat idea untuk mencipta atau menemukan sesuatu penemuan baru sangat mengesani diri saya. Sekurang-kurangnya, kita akan lebih berkomitmen ke arah itu.

4. Apapun, doakan saya.

>>22 June 2009

1. Selamat Hari Lahir buat kekanda terdekat saya, Kay (Khadijah Muda). Moga usiamu yang makin meningkat ini digunakan untuk beribadat sepenuhnya. Beribadat dalam ertikata yang luas.

2. Juga kepada teman rapat saya semenjak kecil, Mak Nong (Mohd Nor Firdaus Yusof). Moga kenangan zaman kecil kita tidak pernah luput dari ingatan. Selamat maju jaya jua buatmu.

3. Usia semakin meningkat. Maut juga makin menghampiri kita. Moga kita sentiasa bersedia untuk dipanggil menghadap-Nya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s