Anwar dan Isu Kerajaan Perpaduan

images1. Pimpinan utama Pakatan Rakyat telah membuat satu ketetapan – tidak bersetuju dengan gagasan Kerajaan Perpaduan. Tuan Guru Nik Aziz pun dah tarik balik kecamannya terhadap Ustaz Nasha dan PAS pula sudah kembali tenang. Syukur Alhamdulillah.

2. Di padang silat mahasiswa pula, Presiden GAMIS telah menolak pelawaan debat isu tersebut dengan saudara Mior Isfandy. Mahu tumpukan pada isu Selatan Thai dan PPSMI katanya. Terpulanglah.

3. Saya sendiri juga sudah tidak berminat untuk menulis dan bercakap tentang isu ini. Pendirian saya konsisten semenjak awal. Kerajaan Perpaduan adalah cadangan yang baik untuk difikir-fikirkan namun buat masa ini ia tidak relevan dan praktikal untuk dilaksanakan. Saya gembira apabila melihat ramai ahli-ahli PAS yang berani melahirkan kritikan dan pandangan kritikal terhadap pimpinan mereka. Ini adalah perkembangan yang baik dan cukup sihat. Berbeza dengan zaman Dato’ Asri Muda dulu.

4. Walaubagaimanapun, ahli-ahli PAS (termasuk pimpinan) perlu belajar satu lagi perkara – kemahiran menyampaikan kritikan atau pandangan kepada pimpinan mereka. Maksud saya dari sudut adab dan cara terbaik dalam mengritik. Ia mungkin sudut pandang yang remeh, namun dengan cara yang salah, ia boleh mengeruhkan lagi keadaan dan bukan menjernihkan. Sebagaimana yang saya tulis sebelum ini, kritikan yang diluahkan dengan cara dan masa yang salah adalah ibarat membaling batu ke dinding kaca. Batu tak kena sasaran, kaca rumah pecah berderai.

5. Dalam menangani krisis sebegini, saya cukup kagum pada Anwar Ibrahim.

6. Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang mampu menguruskan krisis dengan cermat dan bijaksana. Ibarat menarik rambut dari dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tak tumpah.

7. Anwar boleh saja melatah. Beliau boleh mencabar Ustaz Hadi berdebat jika beliau mahu. Beliau juga boleh mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika dia mahu. Beliau juga boleh menyuruh pembantunya untuk mewujudkan blog anti-Nasha,anti-Chegupa atau anti sesiapa sahaja. Dia boleh buat apa sahaja sebagaimana orang lain buat jika dia mahu.

8. Namun beliau tidak.

9. Beliau hanya diam dan menjadi pemerhati/pendengar yang baik. Terakhir, beliau telah memberikan satu ulasan yang begitu optimis terhadap kekuatan Pakatan Rakyat.

10. Inilah pemimpin. Cerdik.

5 thoughts on “Anwar dan Isu Kerajaan Perpaduan

  1. Sdr jelas salah sorang kuncu anwar………anwar lupa hadis muaz di lantik amir ke yaman ganti org yg berkehendak, jadi tidak layak…..disqualified. Anwar disqualified walaupun beliau master in managing perception. Org cerdeik pun terpedaya. Saiful yang melenting sebab jealous

    1. salam
      saudara abdullah ansary,
      jgn mudah membuat kesimpulan..
      adakah hanya dengan memuji sudah mampu menjadikan saya seorang kuncu?

      tulisan-tulisan saya yg lepas2 jelas mengkritik beliau.
      yg pasti anwar ibrahim bukanlah pemimpin malaysia yg terbaik bagi saya.beliau juga punyai byk kelemahan.

  2. salam
    saya setuju dan sependapat dengan hasbie..
    “anwar ibrahim bukanlah pemimpin malaysia yg terbaik bagi saya.beliau juga punyai byk kelemahan.”
    saudara abdullah ansary tidak harus buat kesimpulan yang mendadak begitu. adakah jika kita memuji seorang tokoh bermakna kita kuncu nya? maksud hasbie di situ sebagai seorang pemimpin salah satu parti komponen dalam pakatan rakyat.
    seseorang yang kita tidak suka itu tidak semestinya tidak mempunyai sifat baik langsung..jika itu kelebihannya kita patut mengakui..jangan terlalu kolot dalam membuat penilaian..saya yakin anda bukanlah dalam kategori itu..

  3. Anwar seorang yang amat licik. Dia pintar menggunakan sesuatu isu dan mengolahnya sehingga ramai yang terpedaya terutama dengan kelancaran kata-katanya.

    1. Salam..
      soal licik atau apapun sifatnya yg buruk, ia tidak pernah menafikan keperluan utk kita ‘belajar’ pada apa yg bagus dlm diri beliau..

      Bak kata pepatah, ambil yg baik dan buangkan yg keruh..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s