Coret-Coret MHM 3

images>>Isu Bakar Karpet Merah

1. Pada masa ini, web mahasiswakini cukup hangat. Hits laman itu hampir menyamai hitsnya pada hari-hari ketika berlakunya isu Kepala Babi di Surau APIUM januari lalu. Ia disebabkan tidak lain tidak bukan kerana isu terbaru yang sedang melanda kampus UM – isu Puaka Rosmah.

2. Berkenaan dengan isu terbaru ini, ada yang menyokong tindakan Izzudin dan Syahrudeen itu. Ada juga yang mempertikai. Bagi yang sokong, biasalah jika ia disandarkan dengan sirah nabawiyah. Bagi yang mempertikai pula, dalil dan sirah nabawiyah juga turut sama dihujahkan. Selain itu, pelbagai sebab lain turut ditimbulkan bagi merasionalkan bangkangan mereka. Kata mereka, kalau benci pada Rosmah, sepatutnya Rosmahlah yang dibakar, bukannya karpet. Adakah mereka marahkan karpet? Itu kata mereka la..

3. Bagi saya, isu sebenar bukanlah isu itu. Itu bukan isu pun. Bagi ahli-ahli PMIUM, setakat karpet Rosmah dibakar belum layak dianggap isu. Ia terlalu remeh. Lainlah kalau rambut atau baju Rosmah yang terbakar.

4. Isu sebenar adalah bagaimana isu-isu sebegini diatasi. Adakah pimpinan PMIUM akan terus beraksi defensif dan eksklusif ataupun bertindak responsif namun persuasif? Adakah pimpinan PMIUM mahu berlapang dada mendengar pandangan ahli-ahlinya yang kontradik ataupun masih mahu berkeras dengan pendirian mereka. Saya yakin, ahli-ahli PMIUM bukanlah kisah sangat dengan isu-isu sebegini, namun sekali-sekala dengarlah luahan ahli-ahli biasa PMIUM. Mungkin ada sesuatu yang mereka ingin katakan. Kadang-kadang sesuatu krisis bukanlah disebabkan oleh apa-apa isu atau masalah. Namun ia kebanyakannya berpunca dari kegagalan (dibaca: masalah komunikasi) oleh pihak-pihak berkaitan dalam menyelesaikan sebarang masalah/isu yang berlaku.

5. Bagi saya, pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang berada di atas masalah. Bukan di dalam masalah.

>>Tamat Praktikal di MATRADE

1. Pada hari ini (3 Julai), tamatlah latihan praktikal saya di MATRADE.

2. Alhamdulillah, banyak pengalaman dan cerita-cerita menarik sepanjang dua bulan berkampun di Menara MATRADE ini. Ada yang lucu, menarik, sedih, ngeri dan kenyang.

3. Terima kasih kepada Puan Noreen, En Shariffuddin, Cik Nazreen Farhana, Puan Shyma , Shazana, Izyan, Miza, Puan Haidah, staf-staf HRM yang lain serta semua teman-teman sepraktikal. Moga bertemu lagi.

>>Balik Kampung Nyiur

1. Pada masa ini, tidak ada apa yang ada dalam fikiran saya melainkan pulang ke kampung halaman. Mahu bersama keluarga dalam tempoh yang agak panjang. Kalau boleh dua minggu.

2. Rindu pada Cik (ibu saya), kakak-kakak , abang-abang, adik  dan saudara mara.

3. Juga pada anak-anak saudara yang comel dan baik. Boboy, Ayieh, Jiha, Hadi, Nasrullah dan semuanya.

3 thoughts on “Coret-Coret MHM 3

  1. aku setuju jika dibincangkan segala masalah yang berlaku, pimpinan perlu mendengar luahan ahli, tapi jangan pula ahli mengharapkan luahannye dietrima bulat2…22 pihak perlu berlapang dada n merendah diri dengan pandangan masing2…

    yang paling aku kecewa, apabila ada ahli yang mempertikai ijtihad dan pandangan pimpinan…manusia tiada yang maksum, tidak pernah lepas daripada melakukan kesalahan..mungkin ijtihadnye betul dan tepat dengan suasana, mungkin tidak…tapi sekurang2nye mereka cuba membuat sesuatu dalam zaman kepimpinan mereka untuk belajar dan membina kepimpinan masing2…bagi yang bakal menerajui kepimpinan ini, ambillah iktibar jika kesalahan telah dilakukan, dan sambungla kebaikan yang dilakukan mereka dalam nafas yang baru, sesuai dengan kehendak zaman masing2..

    daripada mencari kesalahan siapa, adalah lebih baik merancang ape perkara yang perlu dilakukan di masa mendatang…kita nak salahkan ahli tidak bersedia, mad’u memandang serong PMI, tapi pernahkah kita muhasabah kepimpinan dizaman kita??apa yang dilakukan untuk memnangi hati dalam menerajui dakwah kampus?? adakah kita turun ke surau2 kolej2 kediaman?? kadang2 kita terlalu sibuk dengan medan politik, sehingga lupe dalam berpolitik juga perlunye nilai2 dakwah, mainkan peranan masing2 dilapangan masing2…

    setiap batch mempunyai kekuatan masing2, jangan duk menyalahkan org lain, kita renung diri kita…ana cakap bile menjemput kedua batch yang ada dikampus, masing2 bertegang urat, tak boleh nak kendur, macam amne nak selesai…dan paling ana rase baik, jika adik2 salah, bimbing mereka, jangan tinggalkan, mentang2 die salah…sebab kita sama2 bergelumang dalam menaikkan dan memartabatkan islam melalui wadah PMIUM…bahkan kita dah ikat janji setia untuk bersama2 dikala susah senang, tetap bersama..kita tidak akan ikut jika menyimpang daripada landasan al-quran dan sunnah..dan ana yakin, dalam hal ini, hanyalah, perbezaan pandangan dalam mengatur strategi…masing2 ada pandangan…gunakan platform masing2 dalam menegur dan membimbing serta membawa islam itu di atas…wallahualam..

    1. Salam.
      akh Anak Muda Reform (AMR)
      setuju dgn pandangan dan komentar yg diutarakan..

      biasa la adik-beradik berselisih, lama-lama bercantum semula.Tegang-tegang sikit tu pun biasa la.

      apapun, demi Islam dan demi jemaah yg perjuangkan Islam – kita semua bertanggungjawab terhadap perjuangan ini.ada masa kita perlu menegur, ada masa juga kita perlu ditegur.

      namun yg penting juga, soal ijtihad pun bukanlah perkara main2.ia tidak boleh diputuskan dgn mudah.sblum sesuatu ijtihad dikeluarkan, kita mesti benar2 cukup dengan maklumat yg diperlukan.dgr pandangan org2 yg lebih arif, bukan hanya kelompok2 terdekat kita,yg selalu brainstorm dgn kita.

      skrg ini, kita semakin banyak mencipta seteru.bukan hanya dgn musuh, malahan penasihat2 yg pernah membimbing kita pun sudah kita ketepikan.ni bukan salah era ini. era batch ana dan sblum batch ana pun sama.

      apapun, ana bersetuju dgn byk isi yg AMR utarakan.cuma satu yg kurang ana setuju.

      apa yg berlaku pd hari ini bukanlah sekadar beza ijtihad atau strategi semata-mata, namun sebenarnya halatuju dan bentuk perjuangan pmium pada hari ini.

      adakah kita sudah mahu mengambil alih peranan parti politik?

  2. dalam usaha mahasiswa membentuk jatidirinya sendiri, kita akan dipengaruhi oleh segala bentuk pengaruh yang mungkin mematikan atau memajukan mahasiswa, oleh itu pemikiran kritis dan semangat revolusi yang kuat serta bantuan tuhan memungkinkan semarak semangat mahasiswa terus bergerak, Mahasiswa Fighting!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s