Jika Anwar Ibrahim Dipenjarakan

Teruk+diseksa1. Pembicaraan DS Anwar Ibrahim masih belum selesai. Terbaru, ia ditangguhkan ke 15 Julai kerana peguam Sulaiman Abdullah masih belum sihat sepenuhnya.

2. Saya berdoa semoga kebenaran timbul jua. Samada kebenaran milik Saiful atau milik Anwar, itu soal kedua. Yang penting ia (kebenaran) hadir dalam perbicaraan kali ini.

3. Bercakap tentang Anwar, dia mungkin akan disabitkan bersalah. Kalau itu berlaku apa akan jadi pada Pakatan Rakyat?

4. DAP dan PAS memang punyai dua kutub berbeza. Payah nak bertemu apatah lagi bersama. Setakat ni hanya Allahyarham Ustaz Fadzil dan Anwar Ibrahim saja yang mampu mengikat mereka (dengan izin Allah). Tanpa mereka atau pemimpin yang sepintar mereka, barangkali DAP dan PAS akan kembali berseteru.

5. PAS dan DAP yang berseteru adalah rahmat besar buat UMNO-Barisan Nasional (UBN). Pasca PRU 1999, DAP tewas teruk termasuk Kit Siang dan Karpal Singh. Waktu itu keadaan masih harmoni. Sesudah PAS kehilangan Ustaz Fadzil, suhu hubungan mereka semakin membahang. DAP keluar Barisan Alternatif kerana tidak bersetuju dengan agenda Negara Islam tajaan PAS.

6. Perang mulut mereka di media pun tak kurang hebatnya. Paling parah bilamana Ustaz Hadi melabelkan Kit Siang dan Karpal Singh sebagai ‘ubat tamat tempoh’. Dalam PRU 2004, PAS pula yang menderita. PAS kalah teruk termasuk Ustaz Hadi dan Timbalannya Ustaz Nasha kalah di Marang dan Besut. Pada waktu itu , Anwar Ibrahim belum dibebaskan.

7. Pada tahun 2004, Anwar Ibrahim dibebaskan. Dalam tempoh 2004 hingga 2006, beliau banyak membuat anggangement dengan pimpinan PAS dan DAP. Anwar dihentam juga sebab banyak dilihat keluar ke luar negara. Namun dalam masa yang sama, beliau berusaha menyatukan parti pembangkang terutama PAS dan DAP.

8. Natijahnya, PRU 2008 parti pembangkang tidak bertembung sesama sendiri. Kemenangan besar diraih dalam pilihanraya.

9. Anwar Ibrahim bukanlah faktor mutlak, namun dia juga adalah antara faktor penyumbang. Memang PAS ada sejarah hitam dengan dengan Anwar. Siapa tidak kecewa bilamana beliau memilih UMNO sebagai wadah perjuangannya meninggalkan PAS yang terkial-kial pada tahun 1982. Pada waktu itu, PAS ibarat melukut di tepian gantang. Tiada siapa berminat. Kaderisasi PAS di kampus-kampus juga pernah tergugat dengan pengaruh Anwar.

10. Namun usah dinafikan Anwar juga banyak berjasa kepada PAS. Kemenangan 27 kerusi dalam PRU 1999 banyak disumbangkan gelombang Reformasi pada ketika itu yang Anwar gerakkan. Begitu juga dengan kemenangan 23 kerusi (tidak termasuk Ibrahim Ali) dalam PRU lepas.

11. Apapun, saya berharap kebenaran milik Anwar. Tetapi antara Anwar dan kebenaran, saya tetap memilih kebenaran.

17 thoughts on “Jika Anwar Ibrahim Dipenjarakan

  1. Apakah impian akan menjadi realiti…..our next PM will be DSAI. Takdir akan menentukan segalanya…tapi jangan berserah pada takdir semata-mata usaha yang mantap perlu diatur. Yang pasti…
    1) usaha berterusan untuk merapatkan BA.
    2) Sokongan padu dari rakyat untuk BA.
    3) Keikhlasan perjuangan untuk membela rakyat
    4) Pergolakan berpanjangan dalaman BN
    5) Kegagalan BN mengatasi tuntutan MP dari Sabah/Sarawak…
    ……Kemungkinan satu sejarah dalam politik Malaysia akan tercipta……

  2. salam,

    kemenangan ini adalah kemenangan demokrasi. namum kemenangan islam masih jauh, perjalanannya masih penuh liku, dan pengorbanan yang dituntut masih banyak. jangan tersilau dengan tegak nya demokrasi kerana ia mungkin akan mengganggu tumpuan kita pada perjuangan yang masih panjang.

    Jalan Allah ini tidak semudah yg disangka, pahlawan sebenar akan terus istiqamah, tegar dan tsabat pada jalan yang hanif ini. tingkatkan ubudiah dan pengabdian, keikhlasan dan pengobanan, cinta dan pengharapan.

    kepad DSAI, ketahuilah Allah mengetahui segala gerak langkahmu, mencatit setiap denyut nadimu, dan sekiranya dikau yakindengan jalanmu dan ikhlas kerana perjuanganmu, semoga Allah memberkatimu dan semoga syahid menantimu. Tapi ingat, sekiranya dikau mengkhianati kepercayaan ini, aku serahkan semua urusan kepada ALlah yang maha perkasa dan maha besar.

    wallahuaklam,
    hasbi muda, teruskan menulis, barakallahufik,

    Muhammad
    Senior Smapk SPM 99
    YM ID: pahlawansejati

  3. Salam..
    Till death do us part.. does DSAI has these complete qualities?
    F – Fatanah??
    A – Amanah??
    S – Siddique??
    T – Tabligh??
    A question to ponder – Why Mat Sabu never agrees with DSAI?

  4. salam..sesungguhya dari kecil lagi idol pemimpian sy adalah DSAI..sy mengagumi beliau sbg pemimpin sejati..biar apa org nak kata, fitnah macam2..tp bg pnyokong kuat beliau spy sy tidak akan mudah mengaku kalah..sy sentiasa myokong beliau dari belakang..harap beliau dapat mberikan khidmat terbaik beliau slepas ini…

  5. sdr,catatan yang baik dan hampir menyeluruh tentang sdr anwar..ada pro dan kontra dalam pelan tindakan sdr anwar…walau bagaimana pun,buat ketika ini saya melihat sdr anwar adalah PM in waiting..seterusnya wallahua’lam…

    boleh tak di perincikan isu baling sehingga sdr anwar di baling ke ISA? saya ketinggalan dalam kes tersebut kerana tidak banyak artikel rasmi yang dapat di baca tentang kes tersebut..dan mungkin juga sekiranya catatan sdr anwar dalam tahanan ISA dalam peristiwa isu baling dapat di ketengahkan? good job bro…

  6. Sdr,
    Saya berpendapat saudara Anwar Ibrahim lebih layak memikul tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana karisma beliau.Tidak ada calon pemimpin yang setanding dengannya buat masakini.
    Wasallam.

  7. Salam tahniah atas artikel saudara berkaitan Anwar Ibrahim.

    Melihat fenomena Anwar Ibrahim adalah bukan bagi kita untuk bicara soal apa yang perlu diangkat lagi buat Anwar Ibrahim

    Seharusnya potret Anwar Ibrahim sudah habis dalam bicara perjuangan jiwa muda anak muda, yang patut ada ialah Anwar Ibrahim perlu teruskan langkah beliau dalam keadaan ada beberapa kekeliruan yang ditimbulkan.

    Dosa UMNO yang ada pada masa lampau telahpun dihukum oleh rakyat dalam PRU-12 tempoh hari, namun dalam keadaan kita menghukum UMNO, yang akhirnya merasai hukuman itu ialah Melayu dan kedudukan Islam di Malaysia. Bukan kita mahu bicara soal ketuanan Melayu secara melampau, namun asas pembinaan negara dan perlembagaan dengan Melayu menjadi teras perlu diambil kira.

    Dosa UMNO adalah warisan apa yang telah Tun Dr. Mahathir lakukan terhadap bangsa dan negara dalam ada kebanyakkan kebaikan pembangunan yang dilakukan.

    Dalam pembangunan ada keruntuhan yang dilakukan. Namun kita perlu sedar Anwar Ibrahim juga ada disitu tatkala sejarah Malaysia dicorak Tun Mahathir.

    Disebabkan terlalu banyak kompromi Anwar dengan sikap dan kerakusan Tun Mahathir menyebabkan bahananya ialah apa yang berlaku dalam politik hari ini. Apabila diminta mengekang Tun Mahathir, jawapan Anwar ialah, “Hangpa tunggulah hingga aku jadi PM”

    Hari ini sekali lagi, Anwar bercakap dengan nada yang sama, soal, ” Bila Pakatan Rakyat menang, saya akan isytihar harga minyak turun”

    Semuanya ini bentuk-bentuk perubahan selepas berkuasa. Dahulu ketika Menteri Pendidikan apakah yang berlaku ke atas AUKU?

    Mungkin kerapuhan politik Melayu Islam hari ini berlaku kerana ada manusia yang bernama Anwar Ibrahim yang hanya tahu untuk berkompromi keterlaluan untuk mengejar cita-cita PM beliau. Hari ini juga Anwar banyak berkompromi tentang soal keistimewaan Melayu yang dibuka luas buat yang lain bertanya yang akan dipertahankan semula setelah menjadi PM.

    Kita wajar percaya, apa yang telah kita beri tidak akan kembali semudah kita memberi. Sejarah UMNO banyak begitu, jika hari ini bukan dengan UMNO, maka PKR pula jadi kenderaan mahu menjual dengan Anwar Ibrahim menjadi pemandunya. Jika begitu, baik kita generasi baru berfikir buat menobatkan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin perubahan.

    Salam Hormat & Salam Perjuangan

    Nazree Yunus

    http://www.minda-pemuda.blogspot.com/

  8. memandang hidup mati gerakan berdasarkan kewujudan pemimpin yang hebat??

    negatif: menimbulkan masalah keyakinan dalam diri ahli walhal ahli juga memainkan peranan yang cukup besar.

    saya hanya menganggap DSAI sebagai legenda. pemimpin masa depan sedang dibina dan mereka ada di kalangan kiTa. mungkin anda~~!

  9. keadilan untuk semua baik melayu, cina atau india dan kaum-kaum lain di malaysia. Undang -undang harus ditegakkan bagi menjamin kestabilan hidup peduduk Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s