Memahami Sebalik Tragedi Natrah

maria1. Tragedi Natrah bukan hanya terletak pada Rusuhan Natrah 1950. Ia adalah sebuah tragedi yang sangat panjang. Baca di sini.

2. Perkara yang paling memilukan adalah kegagalan Natrah dalam menguruskan penderitaannya. Mungkin kerana beliau telah dirampas daripada ibu angkatnya Che Aminah pada usia yang teramat mentah. Natrah juga gagal mencermati episod sulit hidupnya dari kacamata yang lebih matang.

3. Hingga ke akhir hayat, beliau masih dibelenggu rasa bersalah. Antaranya adalah kerana menyangkakan dirinya punca kematian 18 orang dan kecederaan 173 orang dalam peristiwa Rusuhan Natrah.

4. Sejujurnya, saya sangat bersimpati pada Natrah. Lebih-lebih lagi apabila beliau tidak mengakhiri hayatnya sebagai seorang Muslim. Juga cintanya pada Mansor Adabi yang terputus di tengah jalan.

5. Kisah Natrah sebenarnya menjadi cermin citra bagi identiti orang Melayu Islam di Nusantara khususnya Tanah Melayu dan Singapura. Ia adalah lambang kasih dan sayang orang Melayu Islam terhadap seorang insan yang bukan sedarah sedaging mereka. Yang hanya disatukan oleh nilai Islam – rahmatan lil alamin.

6. Berbicara soal agama dengan teman-teman yang berlainan agama sememangnya satu perkara yang sangat rumit dan sensitif. Kerana kerumitan itu, ramai memilih untuk tidak bercakap tentangnya. Bimbang disangka ada muslihat tersembunyi. Bimbang dituduh mahu menukar agama asal mereka. Akhirnya dakwah* menjadi begitu tersekat-sekat dan akhirnya terhenti.

mainpix7. Satu perkara yang harus difahami adalah Islam berupaya mengikat kasih sayang sesama insan merentasi sempadan kaum dan warna kulit. Bukan semangat Melayu apatah lagi fahaman Sosialis atau Kapitalis.

8. Dakwah kepada teman-teman bukan Islam bukanlah perbuatan keji apatah lagi sarat dengan agenda tersembunyi. Apakah yang akan diperolehi jika ada teman non-Muslim memilih untuk menjadi Muslim? Adakah akan dapat bayaran ribuan ringgit? Tiada apa-apa ganjaran melainkan keredhaan daripada Allah, tuhan bagi semua makhluk dan alam. Itupun ganjaran yang tidak nampak dan hanya diperolehi di alam selepas-selepas ini.

9. Paling utama, ia sebenarnya didorong oleh rasa cinta yang sangat mendalam. Baik kepada rakan-rakan Cina, India, Sikh, Iban ataupun Kadazan. Kasih sayang untuk menjadi seorang hamba kepada tuhan yang sebenar-benarnya dengan cara yang sebetul-betulnya. Itu sahaja, tiada lebih.

10. Jom berdakwah dengan kasih sayang!

*Dakwah bermaksud mengajak orang bukan Islam mengenali dan memahami islam dengan lebih baik.

3 thoughts on “Memahami Sebalik Tragedi Natrah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s